Ciri-ciri Ruang Belajar Yang Boleh Tingkatkan Fokus Anak-anak

Share

Pendidikan anak-anak bukan sahaja di sekolah malah di rumah. Sekolah, sudah pasti penyediaan yang tersedia memberi keselesaan si cilik anak untuk menumpukan pelajaran. Namun, bagaimana pula dirumah. Perkara ini paling banyak diabaikan oleh ibu bapa. setakat menyediakan meja belajar, itu tidak memadai untuk mendorong dan memberi keselesaan buat si cilik. Sebab itu, antara anak-anak yang belajar di rumah tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya. Sedar akan kepentinggan itu, ibu kepada 3 orang cahaya mata ustazah Nurul Syazwina Sazali berkongsi tip dan cara penyediaan ruang belajar untuk si cilik yang telah dipraktekkan bersama suaminya

wina nak share sikit ilmu parenting yang wina dan suami amalkan. Sebenarnya, ada yang bertanya dengan wina macam mana wina dan suami ajar anak kami di rumah. Jadi, boleh baca sedikit sharing ni ye :

1) WUJUDKAN SATU BILIK KHAS

Sediakan satu bilik khas untuk anak-anak supaya mereka suka berada di dalam bilik tersebut. Maksudnya bagi anak-anak ada rasa teruja nak berada dalam tu, menarik bagi mereka. Seolah-olah dalam rumah kita tu tak ada tempat lain paling best selain bilik tersebut

2) DECO MENGGUNAKAN TEKNIK LABELLING.

Sebab apa wina pentingkan teknik labelling? Macam dalam gambar, wina buat label pada trofast dan apa jua tempat simpan atau storage toys anak-anak, sebab wina rasa dengan cara ini anak-anak akan terdidik dengan berdisiplin, lepas main simpan dalam box mengikut kategori yang wina sediakan.

Sekali sekala buat acara siapa cepat simpan toys dia menang, atau siapa tak simpan toys abah buang! Haha suara itu selalu terngiang-ngiang di telinga ibu bila abah mereka dah naik tone suara.

Sambil memegang plastik hitam di sebelah tangan sebagai signal mainan tu akan dibuang. Percayalah, toys itu akan tersusun rapi semula sebab anak-anak memang sayang sangat dengan toys diorang. ( eh, baru perasan ibu ni memang kaki labelling ke? Sebab semua benda nak kena label hihi

Ciri-ciri Ruang Belajar Yang Boleh Tingkatkan Fokus Anak-anak
27749781_1871480676196454_6844378116736558909_n.

3) DECO DENGAN BAHAN-BAHAN YANG SESUAI.

Macam banner yang wina gunakan tu. Contoh, rukun islam dan rukun iman. Kita mesti nak anak-anak kita master perkara basic tu kan? So, kena laa letak dekat part yang selalu anak-anak kita lepak dan santai. Jadi, kita pun sebagai ibu abah boleh bacakan pada anak-anak secara tidak langsung

Kalau nak anak mahir solat, deco dengan bahan yang berkaitan dengan ibadah dekat tempat solat. Kalau nak anak mahir doa makan, doa masuk keluar tandas, jadi deco dekat tempat yang bersesuaian di meja makan dan di dinding sebelum masuk ke tandas. ( Actually banner tu dah lama, dari tahun lepas lagi wina beli sekali dengan banner surau utk sekolah )

4. WUJUDKAN SUASANA HOMESCHOOLING.

Adakan satu tempat atau sudut untuk anak-anak belajar, ada bahan untuk kita sendiri mengajar mereka. Kalau boleh nak beli mainan pun kita jangan pakai beli je, beli mainan yang educated sikit. So, dalam masa yang sama kita boleh terapkan element bermain sambil belajar. Kan seronok!

5) PERBANYAKKAN BUKU DAN PELBAGAIKAN PILIHAN BUKU.

Kita kena adakan pelbagai jenis buku. Yang penting buku tu buku yang anak-anak suka dan menarik. Kita mesti tahu apa yang anak kita suka kan? Trust me, jika persekitaran anak-anak kita penuh dengan buku InsyaAllah anak-anak kita akan menjadi ulat buku automatically

Nak anak-anak jadi ulat buku? Kat rumah kena la ada buku banyak-banyak. Buat macam mini library orang kata. Lama-lama anak kita akan bersahabat dengan buku dan cintakan ilmu.

6. ADAKAN MASA UNTUK MENGAJAR ANAK-ANAK WALAU SESIBUK MANA PUN KITA.

Walaupun kita sibuk dengan kerja, badan penat seharian mencari rezeki, adalah menjadi tanggungjawab kita mengadakan masa untuk anak-anak. Bagi tumpuan pada mereka walaupun sekejap. Lepas Solat Maghrib tu nak tunggu Solat Isyak, ajarlah mengaji sekejap. Buat aktiviti ke, mewarna ke, membaca ke, kitakan nak anak-anak kita cemerlang. Kita pun kenalah cemerlang

InsyaAllah kalau di rumah kita dah touch up, di sekolah pun cikgu-cikgu mereka tambah touch up, InsyaAllah cemerlanglah mereka di dunia dan akhirat. Amin.

Pengalaman sendiri, setiap hari wina menyaksikan dikalangan anak-anak murid wina perbezaan seorang anak yang dipeduli oleh ibu bapa mereka dan seorang anak yang tidak dipeduli oleh ibu bapa mereka. Jadi, kita sendiri yang kena pilih dan tentukan!


27749877_1871479976196524_8231841620046679384_n.

Nota Comel : Sebenarnya wina sendiri tak habes lagi deco bilik anak-anak wina ni. Sebab katil belum sempat beli. Cadangnya nak beli katil ikea je, tapi disebabkan wina dan suami bz melampau tak tahu bila nak pegi ikea lagi hihi.

Nasib anak-anak ibu cermat bila main toys, kebanyakan toys masa Abg Long kecik-kecik dulu still boleh main. Sekarang dah jarang beli toys sebab Abg Long dah besar. Adik-adik pun sambung main toys abg long dulu je hehe. Selamat duit ibu abah.

Published by
Impiana