Jika kita lihat pada zaman dahulu terhadap citarasa pengguna lebih gemar menggunakan kemasan lantai rumah jenis jubin yang bersaiz kecil. Tetapi, berbeza dengan pada zaman sekarang yang dilihat kebanyakan orang masa kini lebih gemar untuk menggunakan jubin bersaiz besar sebagai kemasan lantai rumah.
Perubahan citarasa ini sememangnya dapat dilihat ekoran jubin yang bersaiz besar ini sering menjadi permintaan ramai masa kini.
Dalam pada itu, pengarah urusan jenama kumpulan Niro Ceramic, Encik Ian Kok turut mengakui perubahan terhadap citarasa pengguna ini sememangnya berlaku dalam pasaran jubin tempatan pada masa kini.
Maklumnya lagi, jubin yang bersaiz besar sentiasa menjadi pilihan dan permintaan ramai pada masa kini.
Ads
“Jika kita lihat pada masa kini, permintaan yang paling banyak adalah kepingan jubin yang bersaiz besar. Contoh, kepingan jubin kami yang saiz paling besar iaitu 5kaki x 10kaki sentiasa mendapat banyak permintaan dan menjadi pilihan ramai.
“Jadi, kita dapat lihat citarasa pengguna masa kini sudah mula berubah. Kalau kita lihat sekarang, saiz 2kaki x 4kaki sudah menjadi saiz biasa dan bukan lagi saiz yang besar lagi.
“Meski begitu, kategori jubin bersaiz yang lebih kecil ini tetap masih ada lagi permintaan daripada pengguna meski perubaahan citarasa orang ramai telah berubah.
Ads
Ingin tahu info dan maklumat lanjut mengenai jubin yang menjadi pilihan ramai masa kini, anda boleh saksikan pautan video penuh temu bual bersama Encik Ian Kok di bawah;
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Di mana anda harus simpan barang keperluan ini di rumah?
Selalu menjadi tanda tanya bila kita beli bahan mentah ini dan tak tahu tempat sepatutnya kita letak. Letak luar, takut basi. Bila letak dalam peti ais pula katanya tidak bagus. Mana satu yang betul? Ini jawapan yang perlu kita tahu.
Isu penyimpanan telur sama ada dalam peti sejuk atau bukan dalam peti sejuk sudah lama menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Mana tidaknya, telur adalah sumber makanan yang wajib ada di dalam setiap rumah. Kalau dalam keadaan terdesak, tak ada lauk lain, lauk telur pun cukuplah kan? Tapi, ada juga yang mengatakan bahawa jika anda tidak menyimpan telur dalam peti sejuk, boleh menyebabkan penyebaran bakteria yang dipanggil ‘Salmonella’? Betul ke?
Berdasarkan Natural Medicine House, situasinya agak berbeza di beberapa negara di mana di Amerika, Jepun dan Australia, di mana mereka menggalakkan untuk menyimpan telur di dalam peti sejuk tetapi tidak di negara-negara Eropah. Masyarakat di negara Eropah lebih memilih untuk menyimpan telur di dalam suhu yang biasa iaitu suhu bilik. Hal ini kerana, ayam di Eropah telah diberi penjagaan dengan lebih rapi dan telah disuntuk dengan vaksin.
Waktu pagi, sarapan telur dengan roti mesti sedap kan? Kalau nak diet kuruskan badan pun elok makan telur juga. Memang telur sudah terkenal dengan kandungan nutrisi yang tinggi sejak dulu lagi. Tapi, bila dah beli telur tu, keliru pula nak simpan dalam peti sejuk ke tak sebab banyak sangat pandangan orang yang bercanggah mengenai isu ini.
Tetapi, bagi situasi di Malaysia, rasanya majoriti memang menyimpan telur di dalam peti sejuk kan? Hal ini kerana, penyimpanan telur di dalam peti sejuk memang dapat menjadikan telur lebih tahan lama. Bukan itu sahaja, menyimpan bahan makanan di dalam peti sejuk dengan suhu yang betul iaitu 20 darjah celcius ke bawah
1. Timun : Meja dapur. Bila timun agak sedikit lembik dan anda boleh masukkan dalam peti sejuk
2. Pisang : Meja dapur
3. Mentega : Dalam peti sejuk beku
4. Coklat : Dalam tempat yang sejuk dan kering. Simpan dalam peti sejuk boleh menyebabkan rasa coklat hilang.
5. Kentang : Dalam rak dapur / laci kabinet
6. Roti: Bungkus dalam plastik dan diletakkan di suhu bilik
7. Kicap dan Sos: Dalam rak dapur, bukan dalam peti sejuk. Selepas dibuka baru diletakkan dalam peti sejuk.
8. Bawang : Dalam rak dapur/ laci kabinet. Simpan dalam peti sejuk akan cepat lembik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sejak kebelakangan ini, dunia sedang dalam keadaan berjaga-jaga dengan penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti lebih kurang 50 orang di Malaysia setakat ini (5 Mac 2020, 11.30am). Dengan cuaca negara ini yang tidak menentu, ia telah menyumbang kepada panik masyarakat. Walau sedikit perubahan suhu badan pun sudah cukup untuk membuat seseorang itu pergi ke hospital untuk menjalankan ujian penyaringan. Apatah lagi yang baru pulang dari luar negara, lebih-lebih lagi dari negara yang terjejas teruk oleh virus tersebut.
Selain perlu menjaga kebersihan dan memakai perlindungan, kita juga boleh boleh amalkan tip dari Dr Suri Roowi ini yang memfokuskan penggunaan bahan alami untuk mengatasi gejala demam, batuk serta selesema.
12 TIPS ALAMI UNTUK BANTU ATASI DEMAM, BATUK & SELSEMA
Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.
Caranya adalah;
1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.
Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.
Selepas itu barulah ditambah air suam.
Sebaiknya diambil bersama madu.
Dapatkan madu yang asli.
2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.
Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.
Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.
3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
4. Minum madu asli – Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
5. Minum yoghurt atau madu kelulut – Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk
Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;
“Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” Surah Ashshu’ara’ ayat 80
Dapatkan MADU ASLI
7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
9. Bahan meruap mint (Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus
10. Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.
11. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam
12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise”), salah satu pemaju hartanah utama di Malaysia, hari ini melancarkan pelan induk pembangunan perdana terbarunya, Kiara Bay yang terletak di tengah bandar Kepong. Kiara Bay adalah perbandaran bersepadu yang menawarkan kehidupan bertaraf tinggi di tepi tasik yang berdekatan dengan Kepong Metropolitan Park. Di antara keunikan bandar ini adalah tasik, kecantikan alam semula jadi dan gaya hidup aktif dengan kemudahan dan kesinambungan persekitaran bandar yang meriah untuk mewujudkan kehidupan yang menyeronokkan dan lebih mudah.
UEM Sunrise memperkenalkan konsep ‘liveability’ di Kiara Bay di mana terdapat kepelbagaian dalam penggunaan ruang – dari kedai runcit ke taman di luar – kerana mereka melengkapkan satu sama lain untuk mewujudkan suasana meriah bagi masyarakat di bandar yang mampan. Melalui konsep ini, mereka juga bercita-cita untuk membangunkan masyarakat yang rapat di dalam Kiara Bay dengan menghasilkan keseronokan di bandar melalui acara masyarakat, festival, dan perayaan.
“Fokus kami dengan konsep ‘liveability’ ini akan menjadi pencetus dari segala yang kami lakukan di Kiara Bay untuk mewujudkan ikon kehidupan bandar yang aktif yang mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada seluruh lapisan komuniti pelbagai generasi,” kata Anwar Syahrin Abdul Ajib, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise. “Di UEM Sunrise, kami berhasrat untuk membina lebih daripada sekadar struktur dan bangunan, malahan masyarakat dan persekitaran yang inklusi untuk semua. Mont’Kiara adalah bukti kami untuk visi ini, dan juga untuk Kiara Bay.
Projek pembangunan bercampur ini akan dibina bersama rakan usaha sama, Melati Ehsan Group. “Kami teruja berada dalam perjalanan ini dengan UEM Sunrise untuk mewujudkan sesuatu yang baru di Kepong. Digabungkan dengan pelan induk yang terperinci dan watak yang dirangkumi, Kiara Bay akan menjadi penanda aras industri bandar urban,” kata Tan Sri Dato’ Yap Suan Chee, Pengerusi Melati Ehsan Holdings Berhad Group.
Menurut pelan induk yang dilancarkan, Kiara Bay terdiri daripada unit kediaman, pusat membeli-belah, ruang pejabat, hotel, pusat penjagaan kesihatan dan pusat pendidikan yang merangkumi 73 hektar tanah pajakan utama di Kepong, dengan nilai perumahan keseluruhan Nilai Domestik Kasar (GDV) sebanyak RM15 bilion.
Fasa pertama projek ini terdiri daripada 870 unit kediaman dengan kawasan binaan antara 800 hingga 1,250 kaki persegi yang berharga di antara RM600,000 hingga RM900,000. Termasuk dalam fasa ini adalah kemudahan seperti kolam renang, pusat gim, dek langit dan banyak lagi. Anggaran siap tarikh plot pertama disasarkan untuk suku keempat 2023, sementara perbandaran keseluruhannya pada tahun 2039.
Dari segi aksesibiliti, Kiara Bay boleh diakses melalui beberapa lebuh raya dan jalan utama seperti Middle Ring Road 2 (MRR2), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Duta Ulu Klang, Jalan Kuching, dan Jalan Kepong. Terdapat dua persimpangan baru yang akan menyediakan akses terus dari MRR2 ke Kiara Bay.
Dua stesen MRT 2 – Kepong Baru dan Jinjang – dijadualkan beroperasi menjelang 2021 dan menjadi stesen – stesen MRT terdekat ke Kiara Bay. “Projek regenerasi 15 hingga 20 tahun ini akan membolehkan perancangan induk bersepadu dengan pelbagai jenis produk, kemudahan dan perkhidmatan komuniti seperti Polis Auxiliary dan bas ulang-alik ke stesen MRT yang terdekat,” kata Anwar.
“Dengan memanfaatkan pengalaman dan kejayaan kami dalam membangunkan Mont’Kiara dan rekod jejak JV Melati Ehsan Group dalam pengurusan pembinaan, kami ingin mencipta nilai yang sama dengan Kiara Bay supaya para pembeli rumah dan pelabur dapat menikmati pertumbuhan modal dalam aset mereka.” Beliau juga berkata berbanding dengan perkembangan pembangunan yang kecil, pelan induk Kiara Bay yang menyeluruh akan mewujudkan lebih banyak komuniti dan aktiviti komersil yang akan memberi impak positif kepada Kepong dari segi ekonomi dan sosial.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.