Berita

Clorox Kini Bukan lagi Yang Dulu!

Share

Sebut sahaja Clorox pastinya ramai tahu akan kegunaannya. Jenama peluntur nombor satu yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil yang bagi korang stress dekat kawasan seperti dapur, bilik air dan satu ketika dahulu Clorox ini digunakan untuk menyerlahkan baju yang berwarna putih. Kasut sekolah anak pun kadang-kadang korang rendam dengan Clorox betul tak? Siapa pernah buat angkat tangan.

Lebih menarik yang korang kena tahu Clorox kali ini mampu membersihkan handphone korang. Kita selalu kata tangan, beg, pemegang pintu, tandas kotor bukan tetapi anda terlupa sebenarnya telefon bimbit anda lebih kotor dari semua yang anda rasa kotor. Sebab telefon bimbit korang akan letak dimerata tempat. Betul ke tak?  Betul kan! masuk tandas pun korang akan bawa telefon bimbit.

Clorox kali ini memperkenalkan Clorox Scentiva, rangkaian pembersih berharuman Tropika-Tuscan Lavender dan Jasmine serta Pasific Breeze dan Coconut. Haruman yang cukup menyegarkan dan pastinya tidak menyakitkan deria bau anda serti bau Clorox sebelum ini.

Clorox Scentiva ini mampu mengubah rumah anda menjadi syurga idaman dengan haruman yang lebih menyenangkan.

Published by
Impiana