Colony Lancarkan Ruang Kerja Eksklusif Bergaya Di Q Sentral
April 2, 2021
Share
Colony merupakan salah satu perintis bagi industri ruang kerja bersama di Malaysia yang terkenal dengan exclusivity dan keistimewaan konsepnya. Pada Febuari 2019, mereka dengan rasminya telah melancarkan lokasi ketiga yang bertempat di tengah-tengah hab pengangkutan kereta api yang terbesar di Malaysia, KL Sentral.
Dengan keluasan 15k kaki persegi, rangkaian pejabat coworking
terbaru ini telah mendapat sentuhan magis dari Audrey Ooi yang juga merupakan pengasas bersama Colony. Menurut beliau, setiap ruangan Colony yang direkanya mempunyai konsep yang berbeza-beza. Mendapat ilham dari seni bina Perancis, Colony di Q Sentral ini memberikan feel mewah dan elegan dengan penggunaan tona neutral, mengimbangi warna terang seperti biru dan hijau membangkitkan suasana yang meriah lagi harmoni.
Sejajar dengan cawangan Colony yang lain, Audrey telah mengekalkan motif monokromatick dan aksen emas dengan adunan kontemporari yang sudah sebati dengan imej Colony. Walaupun terdapat persamaan yang jelas, ada juga perbezaan yang memberi setiap ruang Colony watak sendiri.
Seperti dalam semua projek-projek beliau, Audrey terlibat dengan reka bentuk dalaman secara menyeluruh, dari pemilihan kemasan higgalah ke perabot.
Sewa bulanan di Colony @ Q Sentral bermula dari RM410 untuk setiap hot desk
di ruang terbuka, dan pejabat persendirian bermula dari RM3,488. Sewa adalah termasuk utiliti, akses internet kelajuan tinggi dan perkhidmatan pembersihan pejabat.