Colony merupakan salah satu perintis bagi industri ruang kerja bersama di Malaysia yang terkenal dengan exclusivity dan keistimewaan konsepnya. Pada Febuari 2019, mereka dengan rasminya telah melancarkan lokasi ketiga yang bertempat di tengah-tengah hab pengangkutan kereta api yang terbesar di Malaysia, KL Sentral.
Dengan keluasan 15k kaki persegi, rangkaian pejabat coworking terbaru ini telah mendapat sentuhan magis dari Audrey Ooi yang juga merupakan pengasas bersama Colony. Menurut beliau, setiap ruangan Colony yang direkanya mempunyai konsep yang berbeza-beza. Mendapat ilham dari seni bina Perancis, Colony di Q Sentral ini memberikan feel mewah dan elegan dengan penggunaan tona neutral, mengimbangi warna terang seperti biru dan hijau membangkitkan suasana yang meriah lagi harmoni.
Sejajar dengan cawangan Colony yang lain, Audrey telah mengekalkan motif monokromatick dan aksen emas dengan adunan kontemporari yang sudah sebati dengan imej Colony. Walaupun terdapat persamaan yang jelas, ada juga perbezaan yang memberi setiap ruang Colony watak sendiri.
Seperti dalam semua projek-projek beliau, Audrey terlibat dengan reka bentuk dalaman secara menyeluruh, dari pemilihan kemasan higgalah ke perabot.
Sewa bulanan di Colony @ Q Sentral bermula dari RM410 untuk setiap hot desk di ruang terbuka, dan pejabat persendirian bermula dari RM3,488. Sewa adalah termasuk utiliti, akses internet kelajuan tinggi dan perkhidmatan pembersihan pejabat.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekor Bajet Kediaman PPA1M Berkeluasan 850sqf, Hasilnya Menarik. Jika dahulu ramai antara kita yang suka memenuhi setiap sudut dan ruang dalam rumah dengan pelbagai perabot serta aksesori sehinggakan kalau tidak dikawal kediaman akan nampak sesak dan penuh dengan perabot.
Kini ramai yang lebih gemarkan dekorasi sederhana tetapi sedap mata memandang. Ditambah dengan saiz kediaman kini yang tidak sebesar dan seluas kediaman 20 atau 30 tahun dahulu, maka pemilik kediaman perlu bijak menghias.
Kali ini, IMPIANA ingin memaparkan kediaman PPA1M milik seorang wanita ini yang baru mendapat sentuhan sebuah syarikat dekorasi dalaman bajet, milik Pn Anis Syuhada. Menurut Anis beliau mendapat panggilan untuk menatarias rumah yang baharu dimiliki oleh seorang kakitangan Imigresen dengan pilihan tema Modern Minimalist di dalam kediaman berkeluasan 850 kaki persegi berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Kediaman sederhana ini terletak di Kepong dan baharu didiami oleh pemilik sebaik sahaja segala proses dekor siap sepenuhnya dalam masa sebulan. Dengan bantuan Anis dan juga idea pemilik yang inginkan dekorasi sederhana tetapi menarik maka siapa sangka rumah ini kelihatan menarik walaupun tanpa dekorasi berlebihan.
Dibawah ini IMPIANA buat kompilasi gambar untuk tatapan pembaca yang lain, simple dan moden, tak banyak perabot dalam rumah, hanya yang penting sahaja.
Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Wawa Zainal telah menghadiahkan sebuah rumah teres setingkat di tanah Semenanjung Malaysia khas buat ibu tercintanya yang sebelum ini menetap di negeri Sabah.
Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin telah berkongsi khabar gembira itu dengan memuat naik satu rakaman video menerusi akaun laman media sosial TikTok milikya, pada Rabu.
Menerusi rakaman video tersebut, Wawa yang juga isteri kepada pelakon terkenal Aeril Zafrel turut berkongsi tranformasi ubah suai sebelum dan selepas kediaman tersebut.
Apabila melihat hasilnya ternyata daripada sebuah rumah lama yang dahulunya kelihatan seperti rumah biasa, namun kini selepas pengubahsuaian dilakukan kediaman tersebut tampak sangat menakjubkan. Mari kita lihat bersama hasilnya.
SEBELUM
SELEPAS
Melihat dari segi dekorasi ruangan dalaman rumah ini, kelihatan telah menampilkan konsep moden Inggeris sebagai pilihan dengan bertemakan rona kelabu dan coklat terang.
Difahamkan, hasil transformasi dekorasi kediaman ini telah dilakukan sepenuhnya oleh pakar pereka hiasan dalaman, AQI STUDIO. Manakala, bagi pengubahsuaian rumah pula oleh daripada khidmat arkitet, AQI DESIGN.
Foto: TikTok Wawa Zainal
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Paduan warna hijau dan putih selalu menjadi igaun kepada pemilik kediaman yang mempunyai anak kecil yang dalam fasa membesar, tetapi itu tidak menghalang seorang pencinta warna segar hijau daripada mendekor rumahnya dengan simple tetapi menarik.
Beliau ialah Pn Nazziatul Nahira, dia mendiami rumah jenis apartment berkeluasan 1004 kaki persegi serta mempunyai dua orang cahaya mata. Dia berpendapat bahawa tema warna putih sebegini akan membuatkan rumahnya nampak lebih luas serta warna hijau akan membuatkan dia berasa tenang serta sedap mata memandang terutamanya selepas pulang dari bekerja.
Apabila ditanya tentang penjagaan dekorasi yang telah disiapkan, dia menyatakan bahawa dia akan sentiasa menyimpan lebihan cat di rumah untuk menutup semula karya seni anaknya yang sentiasa menjadikan dinding rumah sebagai kanvas seni dan pada masa yang sama segala hiasan dalam rumah ini tidak menggunakan belanja yang besar kerana mereka sudah memutuskan untuk tidak berbuat demikian berikutan anaknya yang masih lagi dalam fasa membesar.
“Segala susun atur dekor ini kami lakukan secara berperingkat bermula daripada dapur hinggalah ke ruang tamu kerana bekerja sepenuh masa sebagai kakitangan kerajaan”ujarnya yang turut menanam beberapa tumbuhan hijau di dalam rumah untuk memastikan tema hijau ini kekal lama serta tetamu tidak menganggap tema ini hanya hidup melalui cat, tetapi hidup disebabkan tumbuhan hijau yang segar.
Penulis berharap para pembaca tidak terkejut melihat kompilasi paparan gambar dibawah ini, kerana penulis susun daripada proses sebelum dan selepas proses dekor dijalankan.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.