Pemilihan konsep atau tema merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian teliti sebelum memulakan mana-mana proses pengubahsuaian. Pemahaman yang mendalam tentang konsep berbeza akan memudahkan anda untuk membuat pilihan selain dapat memberi peluang buat anda untuk memahami kehendak dan matlamat reka bentuk kediaman impian anda.
Dalam isu kali ini, IMPIANA akan menekankan tentang berbezaan antara dua konsep yang sememangnya sering menimbulkan kekeliruan buat kita semua. MODEN dan KONTEMPORARI. Mungkin ada antara anda yang menganggap tiada bezanya antara kedua-duanya kerana penggunaan warna yang lebih kurang sama , garis-garis bersih dan hiasan yang minima. Tetapi anda mungkin telah tersilap…
LATAR BELAKANG
MODEN merujuk pada tempoh masa tertentu iaitu antara awal hingga pertengahan abad ke-20. Waktu itu merupakan kemuncak bagi seni dan reka bentuk Bauhaus dari Jerman, mewujudkan gaya yang berbeza dan memberi tumpuan kepada bentuk yang simple dan praktikaliti. Selepas moden, datang pula era mid-century (tahun 50-an ke 60-an). Walaupun begitu, dalam dunia seni reka hiasan dalaman istilah “modern design” sering merangkumi kedua-duanya sekali.
KONTEMPORARI tidak merujuk kepada tempoh masa yang tertentu, ia sentiasa berubah-ubah untuk mencerminkan gaya reka bentuk popular masa kini. Ia meminjam kualiti dari modenisme, minimalism, dan gaya global yang lain tanpa memberi tumpuan yang lebih kepada satu-satu konsep yang khusus.
PERBEZAAN
Kontemporari akan sentiasa berubah dengan mengikut definisi gaya terkini yang sedang menjadi trend. Hal ini menjadikan konsep kontemporari lebih sukar untuk didefinasikan. Berbeza dengan konsep moden yang mempunyai nilai estetik dimana ia menekankan garis segar, warna-warna neutral yang hangat serta keseimbangan.
PERSAMAAN
“Less is more” adalah motto untuk kedua-dua reka bentuk kontemporari dan moden. Setiap gaya ruang biasanya amat mudah dan rapi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI