Pameran yang hebat dan yang terbaik seni bina paling canggih dan reka bentuk dalaman merentasi Rantau Asia Pasifik.
Halaman telah lama memainkan fungsi penting dalam reka bentuk kediaman, mengawal cahaya, naungan dan penggunaan ruang. Berabad-abad tradisi sebagai inspirasi kontemporari, kini arkitek mula menyedari laman mampu menghidupkan semula suasana dalam sesebuah kediaman. Kajian yang cukup mengagumkan 25 kediaman di seluruh rantau Asia Pasifik mempunyai rumah dari Australia, Taiwan, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, India, Vietnam dan Sri Lanka. Rumah pilihan yang dirangkumkan oleh fungsi halaman, buku ini terdiri daripada lima bab – ciri privacy
; ruang sosial; garis pandangan; udara, cahaya dan teduh; dan sempadan yang kabur – yang digambarkan kaya dengan fotografi serta ilustrasi seni bina yang memperlihatkan kedudukan halaman dalam pelan lantai lebih jelas. Mempamerkan peluang gaya hidup yang unik yang diberikan oleh reka bentuk halaman kontemporari ini, adalah sumber inspirasi untuk sesiapa sahaja yang berminat dalam kehiduapan yang lebih terbuka dan semula jadi. Penulis Courtyard Living,Charmaine Chan adalah Editor Reka Bentuk Morning Post di South China. Beliau memulakannya kerjaya kewartawanan di Sydney, mengejar kerjaya di Tokyo dan berpindah ke Hong Kong pada tahun 1997 menyertai Morning Post. Beliau hanya memberi tumpuan pada seni bina dan reka bentuk di Asia sahaja.Pastinya buku Courtyard Living ini menjanjikan kepuasan untuk pencinta reka bentuk dalaman dan luaran yang cukup luar biasa untuk menikmati kelebihan sentuhan pakar seni bina yang pasti telah menzahirkan nikmat dunia yang cukup magis.