METMalaysia dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan amaran Cuaca Panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia selama tiga hari berturut-turut.
Dek cuaca panas, bil elektrik juga dijangka naik mendadak berikutan penggunaan alat pendingin hawa yang kerap sepanjang musim cuaca panas ini.
Mengambil kira hal ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum ini pernah berkongsi beberapa tips kepada pengguna mengenai penggunaan elektrik secara berhemah sepanjang tempoh peningkatan titik panas dan jerebu berikutan cuaca kering ketika ini.
TNB melalui kenyataan memaklumkan, antara langkah penjimatan yang boleh diambil oleh pengguna adalah meminimumkan penggunaan elektrik di ruang tamu, luar rumah, bilik tidur, dapur dan bilik mandi.
1. Mematikan suis peralatan elektrik
Antara amalan penjimatan elektrik yang mudah dilakukan di ruang tamu dan luar rumah adalah mematikan penyaman udara, kipas serta lampu di dalam bilik yang kosong. Selain itu, mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai menggunakannya.
2. Hidupkan kipas
Di bilik tidur, hidupkan kipas bagi membantu pengedaran udara di dalam bilik pada waktu malam dan tetapkan masa untuk pendingin hawa dimatikan bagi menjimatkan penggunaan elektrik selain kerap diselenggara.
3. Elakkan meletak peti sejuk di tempat yang panas
Di bahagian dapur, elakkan meletak petis sejuk di tempat yang panas seperti tempat terdedah kepada pancaran terus cahaya matahari atau berhampiran dengan dapur memasak dan susunkan barang-barang di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua pertiga kapasiti ruangan ia untuk membiarkan pengudaraan udara sejuk.
4. Mandi Guna Air Sejuk
Elakkan juga suis alat pemanas air di dalam bilik mandi terbuka tanpa digunakan. Selain itu, mandi air sejuk tanpa menggunakan pemanas air bagi membantu badan terasa lebih segar. Saranan TNB tersebut merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di beberapa kawasan dengan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
5. Guna Meter Pintar
Tambahnya, pengguna digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan meter pintar sekiranya sudah siap dipasang atau melalui portal dan aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan elektrik secara langsung.
Jadi, selepas ini cuba amalkan tip-tip yang telah diberikan oleh TNB ini dan sekiranya korang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang penggunaan elektrik dengan berjimat cermat boleh layari portal TNB di www.mytnb.com.my
.* Menurut METMalaysia, kawasan berkenaan termasuklah (Larut & Matang) Perak, (Gombak dan Petaling) Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan (Maran) Pahang. Difahamkan, suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius di lokasi berkenaan.Stay home, stay safe!
Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya!