Bulan puasa ni badan mudah rase letih dan perut cepat lapar walaupun lepas berbuka. Padahal, masa berbuka tadi dah makan banyak. Nanti nak mengonyel, dah berat perut lagi lah mata mengantuk dah kantoi terawih pula. Ruginya!
Limau kasturi (citrus mitis) atau calamondin dalam Bahasa Inggeris adalah hibrid inter-genetik antara limau nipis dan mandarin.
Di luar bulan puasa, boleh juga guna tips ni untuk kegunaan harian.
Terutama apabila pulang dari kerja. Badan rasa lesu dan nak mengunyah.
Mengopi dan mengeteh. Berpisang goreng dan berkeropok lekor.
Ads
Apabila stres, badan mula minta makanan ringan. Stres turunkan vitamin C dalam tubuh.
Makan bukan makin bertenaga. Malah makin lesu.
Elak makan makanan berminyak. Ambil minuman limau kasturi untuk tenaga.
Caranya pun mudah:
1. Perah limau dalam bekas ais seperti gambar. Pastikan penuh atau 3/4 penuh
2. Masukkan madu. Gunakan madu stick seperti dalam gambar. Mudah.
3. Simpan dalam freezer.
4. Dekat waktu berbuka, masukkan ketulan ais limau kasturi madu ke dalam cawan.
5. Masukkan air panas separuh cawan. Biar ais kiub cair. Minum.
Madu stik ni boleh je beli dekat shopee. Sebatang 35 sen je. Lebih mudah nak simpan dan digunakan https://invol.co/claflde
Ads
Tak cukup satu letak dua. Tak perlu pening.
Limau kasturi ni tinggi vitamin C dan antioksidan. Antibakteria.
Dikenali sebagai ‘tonik kecantikan’ sebab kesannya pada kulit. Nikmati segarnya. Rasai kuasa limau kasturi.
Kajian dalam Journal of Food and Drug Analysis (2017),
“Limau kasturi kaya dengan 7 jenis flavonoid serta jumlah asid askorbik dalam limau kasturi mampu cantikkan kulit.”
Petua orang dulu untuk muka glowing gitu.
Ads
Sebab apa? Sebab ia detoks usus. Cuci kerak melekat serta bersihkan organ.
Bila usus sihat. Takkan beri masalah pada kulit muka. Jerawat pun takkan naik senang-senang.
Julia F. Morton dalam bukunya bertajuk ‘Fruits of Warm Climates’,
“Limau kasturi bantu bersihkan jerawat bernanah (vulgaris acne) dan kegatalan pada kemaluan apabila disapu pada kulit.”
Air perahan limau kasturi juga digunakan untuk redakan demam selesema.
Sewaktu berbuka, boleh minum untuk bantu supaya tak terlebih makan.
Ada 1001 kebaikan limau kasturi ramai yang tak tahu.
Jangan percaya saja. Cuba amal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tanggapan bahawa semua bahan makanan (basah dan kering) yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama berbanding dengan makanan yang diluar adalah salah sama sekali.
Betul, kebanyakan bahan dapur seperti ikan, ayam, sayur-sayuran serta buah-buahan akan kekal segar dan tidak cepat rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Tetapi bukan semua ya..
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan di dalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Memiliki menara bunga menghiasi laman memang sesuatu yang amat menarik. Kalau kita pergi pesta-pesta bunga seperti Floria Putrajaya, pesta pertanian dan sebagainya, elemen ini antara sesuatu yang wajib ada dan sentiasa menjadi perhatian.
Mesti ada antara kita yang mengidam kan? Tapi nampak macam memerlukan kepakaran dan sistem yang mahal. Sebenarnya tidak. Untuk anda hasilkan sebuah menara bunga untuk kediaman anda, tak perlu lah saiz yang besar dan tidak menggunakan sistem mahal. Kecil sudah memadai untuk memudahkan pengurusan.
Nak cuba buat? ikuti langkah-lagkah yang telah di sediakan oleh Home depot.
Bahan-bahan:
– wayar pagar galvanized berketinggian 4 kaki dengan bukaan 2 x 4 inci (tak mudah karat. kalau tak ada, guna yang biasa warna hijau tu pun boleh)
– Pemotong dawai
– Cable ties
– Garden spade – Landscape fabric (Kalau gunakan plastik hitam tutup batas tu pon boleh)
– Gunting
– 13 1/2 inci lebar pasu
– Pisau pemotong
– Sarung tangan
Cara-cara:
1. Ukur dan potong wayar pagar mengikut ukuran yang bersesuaian untuk di jadikan struktur utama menara bunga.
2. Kukuhkan menara dengan menggunakan cable ties pada bahagian yang bercantum dan potong lebihan nya.
3. Posisikan menara yang telah siap di ikat tadi di dalam pasu
3. Ukur keperluan landscape fabric pada menara dan potong
4. Masukkan landscape fabric tadi ke dalam menara dan kemas kan hujungnya.
5. Untuk elak landscape fabric dari berganjak, tebuk kan sedikit lubang untuk ikat plastik dengan menggunakan cable ties
6. Masukkan medium tanaman ke dalam menara sebanyak satu kaki dan siram. lakukan perkara yang sama berulang kali sehingga medium penuh
7. Masukkan medium di bahagian pasu pula dan tekan kan sehingga ia padat dan menara tidak bergoyang
8. Potong ‘+’ pada permukaan landscape fabric secara berselang sebagai ruang tanaman
9. Letakkan tanaman pada ruang yang telah di tebuk tadi
10. Jangan lupa, tanam juga pada puncak menara
11. Siram keseluruhan menara bunga.
INILAH HASILNYA
Sumber: The Home Depot
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi pendapatan isi rumah bawah RM 3,000, anda dikatogorikan sebagai rendah lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan perbandaran. Sedar akan situasi tersebut, kerajaan dalam usaha memabntu golongan berpendapatan rendah telah menyediakan skim perumahan PPR secara sewaan serendah RM 124 di seluruh negara. Macam mana nak mohon dan apa syarat-syaratnya? teruskan membaca artikel ini.
Syarat Permohonan PPR (Sewaan)
1. Warga negara Malaysia
2. Berusia 18 tahun ke atas ketika memohon
3. Pendapatan isi rumah bawah RM 3,000 sebulan
4. Belum memiliki rumah
5. Menepati syarat tambahan mengikut negeri.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.