Cuba Resepi Limau Ais Ni Kalau Badan Masih Lesu Dan Lapar Lepas Berbuka

Share

Bulan puasa ni badan mudah rase letih dan perut cepat lapar walaupun lepas berbuka. Padahal, masa berbuka tadi dah makan banyak. Nanti nak mengonyel, dah berat perut lagi lah mata mengantuk dah kantoi terawih pula. Ruginya!

 DrRizal Abu Bakar

Saya ingin berkongsi satu tips mudah untuk power up tubuh.

Bahan ni senang didapati. Belakang rumah banyak tanam. Buahnya kecil sebesar guli, bersifat sitrus.

Masam-masam dan baunya semerbak.

Baca juga: Wanita Ini Tunjuk Resepi Jus Merawat Jantung Guna Bahan Mudah

Limau kasturi (citrus mitis) atau calamondin dalam Bahasa Inggeris adalah hibrid inter-genetik antara limau nipis dan mandarin.

Di luar bulan puasa, boleh juga guna tips ni untuk kegunaan harian.

Terutama apabila pulang dari kerja. Badan rasa lesu dan nak mengunyah.

Mengopi dan mengeteh. Berpisang goreng dan berkeropok lekor.

Apabila stres, badan mula minta makanan ringan. Stres turunkan vitamin C dalam tubuh.

Makan bukan makin bertenaga. Malah makin lesu.

Elak makan makanan berminyak. Ambil minuman limau kasturi untuk tenaga.

Caranya pun mudah:
1. Perah limau dalam bekas ais seperti gambar. Pastikan penuh atau 3/4 penuh
2. Masukkan madu. Gunakan madu stick seperti dalam gambar. Mudah.
3. Simpan dalam freezer.
4. Dekat waktu berbuka, masukkan ketulan ais limau kasturi madu ke dalam cawan.
5. Masukkan air panas separuh cawan. Biar ais kiub cair. Minum.

Madu stik ni boleh je beli dekat shopee. Sebatang 35 sen je. Lebih mudah nak simpan dan digunakan https://invol.co/claflde

Tak cukup satu letak dua. Tak perlu pening.

Limau kasturi ni tinggi vitamin C dan antioksidan. Antibakteria.

Dikenali sebagai ‘tonik kecantikan’ sebab kesannya pada kulit. Nikmati segarnya. Rasai kuasa limau kasturi.

Kajian dalam Journal of Food and Drug Analysis (2017),
“Limau kasturi kaya dengan 7 jenis flavonoid serta jumlah asid askorbik dalam limau kasturi mampu cantikkan kulit.”

Petua orang dulu untuk muka glowing gitu.

Sebab apa? Sebab ia detoks usus. Cuci kerak melekat serta bersihkan organ.

Bila usus sihat. Takkan beri masalah pada kulit muka. Jerawat pun takkan naik senang-senang.

Julia F. Morton dalam bukunya bertajuk ‘Fruits of Warm Climates’,
“Limau kasturi bantu bersihkan jerawat bernanah (vulgaris acne) dan kegatalan pada kemaluan apabila disapu pada kulit.”

Air perahan limau kasturi juga digunakan untuk redakan demam selesema.

Sewaktu berbuka, boleh minum untuk bantu supaya tak terlebih makan.

Ada 1001 kebaikan limau kasturi ramai yang tak tahu.

Jangan percaya saja. Cuba amal.

Published by
Impiana