Cuci Beras Dalam Periuk Nasi Kurang Sesuai, Betul Ke?

Share

Portal mstar.com.my memaparkan satu artikel bertajuk “Pasti ramai tak tahu… Rupa-rupanya ada kesan buruk jika cuci beras dalam periuk nasi!”. Artikel ini telah mengudang kekeliruan jika ramai antara pembaca hanya baca tajuknya sahaja.

Menurut artikel tersebut, jika beras dicuci di dalam periuk nasi, ia akan menyebabkan lapisan anti lekatnya mudah tertanggal. Hal ini akan berlaku kepada periuk nasi jenis anti lekat sahaja. Hal ini tidak berlaku kepada periuk nasi yang bukan dihadirkan lapisan anti lekat.

Namun, untuk ulasan lebih tepat dari pakar yang bertauliah, Salah seorang ahli di dalam group Makmal Makanan (MAMA) di Facebook untuk kupasan lebih lanjut. Seperti biasa, Dr. Fatimah Salim selaku admin memberi penerangan ringkas.

Pasal potensi terhakis lapisan selaput anti-lekat itu, boleh jadi. Ini disebabkan geseran. Namun lihat jenama dan tahap geseran juga. Usahlah tenyeh beras pada selaput tu. Pasal selaput tertanggal dan menjadi toksik apabila termakan pula adalah tidak benar.

Selain itu, Dr. Fatimah berkongsi cara penjagaan peralatan memasak kalis lekat

Tips penjagaan peralatan memasak kalis lekat:

• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!

Published by
Impiana