Apabila menyentuh soal penjagaan dan proses pembersihan cermin pintu, tingkap, meja solek hinggalah cermin hiasan di rumah, pasti ada dikalangan anda yang pernah berdepan dengan masalah untuk mencucinya.
Sebenarnya ada beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan untuk mencuci cermin supaya lebih bersih dan bebas daripada sebarang kotoron degil serta habuk yang melekat.
Jadi, jom cuba tip mudah untuk cuci cermin dan tingkap dengan hanya menggunakan 5 bahan ini sahaja. Apa yang penting, kelima-lima bahan ini tak mahal pun harganya dan jimat yang pastinya!
1.Tepung jagung
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebut ke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
2.Surat khabar lama
IKLAN
Bahan kedua yang anda boleh gunakan adalah surat khabar lama. Ambil sekeping surat khabar lama dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gumpal surat khabar tersebut dan terus dilap pada permukaan cermin.
3.Cuka
Sifatnya yang berasid membuatkan cuka ini juga adalah salah satu bahan yang boleh digunakan untuk membersih cermin. Caranya, anda perlu isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada cermin kemudian lap dengan menggunakan kain. Mudah kan?
IKLAN
4.Ubat gigi
Jangan ada yang tidak tahu sebenarnya ubat gigi juga boleh membersihkan cermin rumah anda dengan begitu mudah sekali. Ambil ubat gigi dan ratakan ubat gigi pada permukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian apabila sudah kering, lap bersih dengan kain dan anda akan dapat lihat kesannya cermin anda cukup berkilau.
5.Putik Kapas
IKLAN
Basahkan putik kapas telinga. Penggunaan item itu bertujuan untuk menghilangkan kesan kotoran degil yang melekat pada bahagian penjuru tingkap atau pintu cermin. Kotoran ini biasanya melekat di bahagian celahan penjuru cermin di mana ia sukar untuk dibersihkan dengan kain atau kertas.
Selamat mencuba!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas bukan lah sesuatu yang mudah terutamanya buat ibu-ibu yang bekerjaya. Tapi, antara bahagian yang paling susah untuk dipastikan kebersihannya ialah celah-celah jubin atau grout.
Walau lantai disental, bahagian tersebut masih susah untuk dipastikan kebersihannya terutama di dapur dan bilik air. Bahagian ini lah antara tempat terbaik simpanan daki dan bakteria. Kalau dibiarkan, kotorannya sukar untuk dibersihkan. 101 cleaning tips.net berkonsgi resepi pencuci celah jubin tanpa toksik
BAHAN-BAHAN:
7 cawan air
1/2 cawan baking soda
1/3 cawan jus lemon
1/4 cawan cuka
PERKAKAS:
Berus gigi
kain bersih
bekas
sarung tangan getah
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan di dalam bekas
2. Gunakan berus gigi untuk mencuci celahan jubin
3. Gunakan kain kering untuk membersihkan sisa bancuhan baking soda tadi
4. Lap dengan kain basah sekali lagi. DAH SIAP!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mesti ada di segelintir di kalangan anda yang masih belum mengetahui atau mengenali dengan lebih dekat dengan hotel Courtyard by Marriot yang telah dibangunkan di sekitar bandar Setia Alam, Selangor.
Bagi yang tertanya-tanya dan ingin tahu, untuk maklumat anda Courtyard by Marriot ini adalah sebuah hotel terbaharu yang telah dibangunkan di lokasi betul-betul bersebelahan dengan pusat membeli-belah Setia City Mall.
Courtyard by Marriot Hotel ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada tanggal 8 Disember yang lalu. Tempat penginapan bertaraf 4 bintang ini telah mempunyai sebanyak 225 buah bilik yang dilengkapi dengan rekaan dekorasi hiasan dalaman yang serba cantik dan moden.
Bukan itu sahaja, kesemua bilik tempat penginapan ini dilengkapi dengan sistem teknologi terkini seperti televisyen pintar, meja kerja pelbagai fungsi, pengecasan wayarles dan berbilang soket pengecas USB serta akses internet berkelajuan tinggi.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk singgah dan merasai sendiri pengalaman penginapan di Courtyard by Marriot Hotel yang begitu mengujakan dan menyeronokan.
Ketika kunjungan IMPIANA di sini telah berpeluang untuk menginap dua jenis bilik iaitu Executive Suites dan Deluxe Room yang memperlihatkan dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan moden kontemporari. Tetapi sebelum itu, jom kita lihat dahulu ruang menunggu atau Lobby di Courtyard by Marriot Hotel, Setia Alam ini yang sememangnya begitu mewah sekali!
Lobby
Executive Suite
Untuk maklumat anda, bagi kategori bilik penginapan Executive Suite adalah merupakan bilik penginapan yang terbesar di sini. Setelah anda masuk di pintu utama bilik, anda akan melihat satu sudut ruang tamu yang tersergam indah dengan kelengkapan perabot sofa dan langsir tingkap yang sangat cantik bersama televisyen pintar paparan skrin bersaiz 65″.
Di sebelah ruang tamu, terdapat lagi satu bilik yang merupakan bilik tidur yang dilengkapi dengan sebuah katil bertilam empuk saiz King serta sofa berbentuk ‘L’. Apa yang menariknya lagi, bilik tidur ini juga dilengkapi dengan sebuah lagi televisyen pintar paparan skrin bersaiz 55″.
Tak lengkap rasanya bilik penginapan jika tiada kamar mandi yang cantik dan mewah, betul tak? Executive Suite mempunyai sebuah bilik air yang sangat besar dan dilengkapi dengan tab mandi dan ruang singki berkembar sangat cantik. Ini kerana, bilik mandi ini telah mengenakan tema konsep jubin batu marmar bercorak kelabu gelap.
Deluxe Room
Jom kita lihat pula kemudahan yang disediakan di Courtyard by Marriot Hotel ini, memandangkan ia merupakan sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang, ia dilengkapi dengan kemudahan seperti Grand Ballroom, bar, bilik mesyuarat, kolam renang, bilik sauna, gimnasium dan restoran.
Tidak dinafikan dalam bahagian ruang rumah, meja makan memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah keluarga yang harmoni dan berjaya. Jangan pandang remeh, ia hanya sekadar tempat menikmati makanan & minuman, malahan fungsinya sebenarnya lebih daripada itu. Ada sebabnya meja makan ini layak dijadikan ‘pusat pentadbiran’ dalam setiap rumah.
Jemput baca perkongsian ilmu yang bermanfaat daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, semoga menjadi panduan buat mak ayah dalam membina keluarga.
Berikut antara perkongsiannya;
MEJA MAKAN
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, Ibubapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
1. Tempat Wajib Berkumpul
Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
2. Laporan Harian
Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
3. Makan Apa Yang Dihidangkan
Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan. Kalau kami keluar makan pula, kami selalunya akan order makan hidang, jarang ala-carte. Jika order ala carte, kami order makanan lain-lain, tapi pasti kami kongsi supaya semua orang dapat rasa.
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
Kebaikan Amalan Ini;
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor(seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga. Semua orang makan serentak, jadi perlu makanan hidang sekali dan cuci pinggan mangkuk juga sekali harung.
Di samping itu, waktu makan juga jadi teratur. Ini baik untuk kesihatan tubuh badan.
[2] Ada masa bersosial yang tetap. Aktiviti dan peristiwa harian dilaporkan kepada ibubapa setiap hari. Kerana laporan-laporan ini, ibubapa saya kenal hampir semua kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Kami juga sentiasa sepakat dalam membuat keputusan.
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan. Kami makan semua aneka lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, asalkan halal. Ketika anak saya berumur 6 bulan, ibubapa saya dah ajar anak saya rasa(bukan makan) makanan harian yang kami makan. Hasilnya, kini anak saya tak cerewet sangat bab makan. Peria pun dia makan.
Selain itu,
[4] Anak saya membesar lihat atok nenek dia, pakcik makcik dia, ibubapa dia makan pakai tangan dan pakai sudu garfu, jadi pada umur dia 1 tahun, dia dah mula belajar gunakan peralatan. Kawalan motor halus mula dilatih pada usia itu.
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihat macam mana saya pegang pensel.
[5] Pada umur 2 tahun setengah, anak saya dah tahu meja makan adalah tempat untuk berkumpul. Dia tahu bagaimana nak susun atur pinggan dan cawan di atas meja. Setiap hari, jam 10 pm, bila saya balik dari pada kerja. Anak saya akan teman aku makan malam. Tak kiralah dia dah makan ke belum, dia akan makan bersama, atau teman saya makan.
[6] Saya ada pembantu rumah. Selepas makan, pembantu rumah akan kemas meja. Jadi, selepas makan, anak saya akan ambil tisu dan lap meja. Kalau makan di luar pun, selepas makan, dia nak lap meja. Dia lap tak bersih pun. Yang penting dia faham konsepnya.
Pada saya, dalam setiap rumah, meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.