Di kediaman kita pasti ada penggunaan cermin. Sudah tentu kita mahu cermin kembali berkilat dan bersih tanpa guna bahan pencuci yang ada bahan kimia yang tinggi.
Ikuti tip berikut.
Surat khabar lama
Ambil surat khabar lama. Celupkan dalam air. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit. Kemuaian lapkan pada cermin tingkap. Selepas itu laplah dengan kain kering.
Tepung Jagung
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebut ke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
Cuka
Cuka adalah merupakan bahan pelbagai guna yang sangat berguna. Sangat berguna sebagai bahan dalam resepi masakan dan begitu juga buat cermin yang kita nak basuh. Hanya dengan campuran separuh air dan separuh cuka sudah cukup untuk digunakan pada cermin. Cuma ianya disarankan untuk kegunaan cermin luar kerana selepas cucian ianya akan meninggalkan sedikit bau.
Ubat gigi
Siapa sangka ubat gigi juga boleh mengilatkan cermin dengan cara meratakan sedikit ubat gigi pad apermukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian bila kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Artikel ini diambil dan diolah dari KELUARGA.
Sumber: Rosie Zam & abahbz.blogspot.com
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Peranan Penting MEJA MAKAN, Jadi ‘Pusat Pentadbiran’ Di Setiap Rumah!
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan dalam bahagian ruang rumah, meja makan memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah keluarga yang harmoni dan berjaya. Jangan pandang remeh, ia hanya sekadar tempat menikmati makanan & minuman, malahan fungsinya sebenarnya lebih daripada itu. Ada sebabnya meja makan ini layak dijadikan ‘pusat pentadbiran’ dalam setiap rumah.
Jemput baca perkongsian ilmu yang bermanfaat daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, semoga menjadi panduan buat mak ayah dalam membina keluarga.
Berikut antara perkongsiannya;
MEJA MAKAN
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, Ibubapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
1. Tempat Wajib Berkumpul
Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
2. Laporan Harian
Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
3. Makan Apa Yang Dihidangkan
Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan. Kalau kami keluar makan pula, kami selalunya akan order makan hidang, jarang ala-carte. Jika order ala carte, kami order makanan lain-lain, tapi pasti kami kongsi supaya semua orang dapat rasa.
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
Kebaikan Amalan Ini;
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor(seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga. Semua orang makan serentak, jadi perlu makanan hidang sekali dan cuci pinggan mangkuk juga sekali harung.
Di samping itu, waktu makan juga jadi teratur. Ini baik untuk kesihatan tubuh badan.
[2] Ada masa bersosial yang tetap. Aktiviti dan peristiwa harian dilaporkan kepada ibubapa setiap hari. Kerana laporan-laporan ini, ibubapa saya kenal hampir semua kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Kami juga sentiasa sepakat dalam membuat keputusan.
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan. Kami makan semua aneka lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, asalkan halal. Ketika anak saya berumur 6 bulan, ibubapa saya dah ajar anak saya rasa(bukan makan) makanan harian yang kami makan. Hasilnya, kini anak saya tak cerewet sangat bab makan. Peria pun dia makan.
Selain itu,
[4] Anak saya membesar lihat atok nenek dia, pakcik makcik dia, ibubapa dia makan pakai tangan dan pakai sudu garfu, jadi pada umur dia 1 tahun, dia dah mula belajar gunakan peralatan. Kawalan motor halus mula dilatih pada usia itu.
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihat macam mana saya pegang pensel.
[5] Pada umur 2 tahun setengah, anak saya dah tahu meja makan adalah tempat untuk berkumpul. Dia tahu bagaimana nak susun atur pinggan dan cawan di atas meja. Setiap hari, jam 10 pm, bila saya balik dari pada kerja. Anak saya akan teman aku makan malam. Tak kiralah dia dah makan ke belum, dia akan makan bersama, atau teman saya makan.
[6] Saya ada pembantu rumah. Selepas makan, pembantu rumah akan kemas meja. Jadi, selepas makan, anak saya akan ambil tisu dan lap meja. Kalau makan di luar pun, selepas makan, dia nak lap meja. Dia lap tak bersih pun. Yang penting dia faham konsepnya.
Pada saya, dalam setiap rumah, meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
Mesti Baca:Tip Pilih Meja Makan Yang Tepat, Utamakan Kualiti Dan Kesesuaian
Baca Lagi Di Sini:10 Koleksi Meja Makan Ini Ubah Penampilan Ruang Sekelip Mata
Artikel Menarik:4 Tip Wajib Tahu Cara Pilih Meja Makan Yang Tahan Lama, Berkualiti dan Sesuai Untuk Kediaman Anda
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan mak ayah dapat jadikan ia satu amalan serta mempraktikkan perkara yang sama di dalam rumah.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Pernah Bersihkan Tilam? Jom Ikut 7 Cara IMPIANA
Bila cakap pasal bersihkan tilam semua akan rasa satu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Bukan mudah nak bersihkan tilam, pelbagai perkara akan bermain di kepala. Macam mana nak angkat tilam dan bersihkan ia? Macam mana nak sidai tilam? Tilam berat dan mungkin tak cukup tempat nak sidai bawah matahari. Tak payah sakit kepala. Jom ikut 7 cara IMPIANA.
PENTING Bersih Tilam!
Apa yang penting sangat nak kena bersih tilam ini? Ya! memang penting, anda perasan atau tidak kadang kala bila anda sedang sedap bersantai di atas katil dengan novel atau majalah kegemaran anda sebelum tidur, ada terasa seperti hama atau benda halus merayap di kaki, di tangan, belakang badan dan sebagainya. Tetapi bila lihat tidak nampak apa-apa.
Agak-agaknya apa YA? Sudah tentulah hama sebenarnya yang sedang indah merayam di setiap inci tubuh badan anda. Kadang kala kalau anda ni sejenis yang kulit sensitif akan mula tumbuhnya jerawat dan bintik merah pada kulit muka mahu pun badan. Siapa selalu jadi macam ni?
Tukar cadar seminggu sekali kalau rajin lagi tiga hari sekali akan bertukar. Tapi masalah ini semua masih ada lagi. Pelik kan! tapi inilah yang berlaku pada kita sekeluarga. Tambahan pula, kalau ada anak-anak yang asma dan yang mempunyai masalah sinus. Bersin dan kurang sihat dengan alahan setiap hari akan berlaku pada diri mereka.
Anda di luar sana pasti pernah mengalami gatal-gatal badan atau tilam anda terasa berhabuk bila anda baring di atasnya. Jika ya, itu bermakna tilam anda sudah patut diservis atau dalam erti kata lain dibersihkan. Tilam yang jarang diservis akan menyebabkan anda mengalami gatal-gatal mata, asma, alergik dan macam-macam lagi.
Apa yang lagi merisaukan apabila anak anda mengadu badan mereka gatal akibat terkena jangkitan hama dan bakteria. Jadi untuk mengelakkan anda mengalami ke semua gejala itu, anda perlulah servis tilam anda. Sebaiknya anda perlu servis tilam anda setiap 4 bulan sekali. Namun, proses bersihkan tilam ini tidak sama dengan mencuci kain. IMPIANA tertarik dengan teknologi ini, iaitu teknologi daripada COWAY ada cara yang tersendiri untuk membersihkan tilam. Jadi IMPIANA ingin kongsikan dengan anda Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah Coway yang dilaksanakan oleh Juruteknik Penjagaan Rumah (Homecare Technicians).
Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah Coway
1. Mengukur Tahap Kontaminasi
Sebelum juruteknik melakukan proses servis atau membersih, tahap habuk yang terdapat pada tilam tersebut akan diukur dahulu dengan menggunakan kertas penapis dan mikroskop. Ia untuk memudahkan juruteknik mengenal pasti tahap habuk atau kekotoran yang terdapat pada tilam tersebut.
2. Membersihkan Rangka Katil
Selepas mengukur tahap habuk, juruteknik akan mengeluarkan tilam dari rangka katil dan mulakan proses pembersihan dengan vakum habuk yang terdapat di rangka katil dengan menggunakan berus vakum khas. Ia bertujuan untuk mengelakkan tilam yang telah di servis dari terkena habuk dan hama yang terdapat pada rangka katil.
3. Mengelap Rangka Katil
Seterusnya, juruteknik akan mula mengelap di sekeliling bingkai katil dengan menggunakan kain atau tisu yang basah. Ia supaya tidak ada lagi kesan-kesan habuk atau hama yang tertinggal di sekeliling rangka katil.
4. Membersihkan Bahagian Sisi Tilam
Selepas selesai mengelap bingkai katil, kini tiba masanya untuk membersihkan tilam pula. Ia dimulakan dengan memvakum segala habuk serta hama yang terdapat di sekeliling sisi tilam dengan menggunakan berus sisi.
5. Melakukan Proses Pembersihan Tilam
Proses yang seterusnya ialah dengan membersihkan seluruh permukaan tilam di bahagian depan dan belakang dari habuk dan segala kotoran dengan menggunakan kuasa sedutan vakum yang kuat dan dilengkapi dengan penapis HEPA yang terdapat pada vakum tersebut.
6. Melakukan Semburan Penghapus Hama Habuk
Setelah melakukan segala proses vakum, proses semburan penghapus hama habuk pula dilakukan. Kebiasaannya semburan ini kami akan lakukan di permukaan depan serta permukaan belakang tilam. Ia bertujuan supaya habuk serta hama tidak dapat membiak di tilam anda supaya anda dapat berbaring di tilam anda dalam keadaan yang selesa.
7. Melakukan Proses Pensterilan UV
Setelah ke semua proses di atas dilakukan, kini tiba masa untuk melakukan proses yang terakhir iaitu proses pensterilan UV. Untuk menghalang lagi pertumbuhan bakteria di tilam anda, juruteknik akan mensterilankan tilam anda dengan menggunakan lampu UV khas. Ia untuk memastikan tilam anda tidak terdapat sebarang kuman dan memastikan tilam anda dalam keadaan bersih.
Dengan kepakaran para juruteknik penjagaan rumah Coway berserta peralatan canggih yang digunakan, anda tidak perlu risaukan lagi tentang tilam anda. Kini anda sudah boleh menggunakan tilam anda dengan selesa tanpa bimbang lagi tentang sebarang penyakit dan yang paling menyeronokkan ialah tilam anda kelihatan seperti baru dibeli walaupun sudah setahun anda menggunakannya. Demi untuk memastikan keselesaan anda sekeluarga, anda perlu sentiasa memastikan tilam anda diservis terutamanya oleh mereka yang pakar seperti Coway.
Jika anda ingin lihat bagaimana cara pembersihan tilam dari jenama COWAY ini boleh la KLIK di Link ini Testimonial Editor IMPIANA. Pengalaman daripada Editor IMPIANA sendiri untuk anda semua.
Mulakan pembersihan tilam anda sekarang. Kongsikan pengalaman anda bersama IMPIANA. Editor IMPIANA sendiri telah berkongsi pengalamannya sendiri dengan pembersihan tilam COWAY di rumahnya.
IMPIANA memang memilih COWAY sebagai jenama terbaik untuk teknologi pembersihan tilam kali ini.
Tunggu apa lagi hubungi pihak COWAY segera kalau nak kekal sihat dan nikmati tidur dengan nyenyak tanpa masalah tilam berhama dan bakteria atau dapatkan pelbagai info yang lebih banyak dan menarik. KLIK di link yang di sediakan ini
- Coway Website :https://www.coway.com.my/
- Coway Facebook: https://www.facebook.com/CowayMalaysia/
- Coway Instagram: https://www.instagram.com/officialcowaymalaysia/
Menariknya kali ini COWAY menawarkan diskaun untuk perkhidmatan pembersihan tilam. WOW! Dapatkan diskaun 40% untuk Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah Coway sekarang! (Tertakluk pada Terma dan Syarat)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Amal 10 Tip Ini Agar Langsir Sentiasa Nampak Baru Dan Tahan Lama
- Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Pun begitu jika keadaannya masih agak kekuningan kerana kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi, segar malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
- Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendam bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendam seluruh langsir. Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci agar bau najis kucing akan hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
- Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir. Ini boleh kita lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar. Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas. Adakala debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik kita nampak kotor dan kelabu terutama bagi yang memilih fabrik renda kasar.
- Bagi yang menggunakan renda juga boleh meremdam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran yang seni di celah-celah jalinan benang.
- Awas jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan menggunakan mesin basuh cucian lembut agar tidak merosakkan kain.
- Pastikan anda mencuci hanya langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutama jika anda membasuh langsir berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
- Anak-anak menepek gula-gula getah pada langsir anda? Sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
- Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan menggantikannya dengan fabrik baru yang bersesuaian terutama di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
- Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh. Terutama jika anda menggunakan swag satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk menggosoknya nanti.
- Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel usah dibasuh dengan mesin basuh. Andai kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI