Kebiasaannya, selesai memasak sudah pasti permukaan dapur memasak akan dikemas dan dibersihkan dengan menggunakan air sabun dan kain kering. Betul tak? tapi perasan tak, ia mengambil masa.
Lepas basuh dengan sabun, nak bilas dengan air bersih pula berkali-kali. Lepastu baru lap dengan kain kering. Itupun adakalanya perlu ulang lagi mencuci sebab ada percikkan minyak yang tidak berjaya dibersihkan
Idel Hayarnulis ada cara yang lebih mudah dan dijamin bersih iaitu hanya dengan menggunakan tepung gandum
Cara dia lumur tepung pada ruang memasak (jangan gunakan air), gosok pada semua bahagian & lap
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Sesuai Simpan Tong Gas Bawah Dapur Memasak Atau Kabinet Bertutup Kedap
Isi Kandungan
ToggleLebih 80% penduduk Malaysia memilih penggunaan gas LPG untuk memasak. Tapi, ramai tak sedar akan bahaya dan kesalahan yang dilakukan ketika mengguna mahupun menyimpannya.
Pengurus Jualan Kawasan Wilayah LPG Petronas Khalil Fairy Baharim berkata, sifat asas gas LPG iaitu butane dan propane, tidak berbau, tidak berwarna serta lebih berat daripada udara dan ringan berbanding air.
Oleh itu katanya, sejenis bahan kimia khas yang bertindak balas secara positif dengan komponen LPG dimasukkan menyebabkan apabila berlaku kebocoran gas, ia mengeluarkan bau busuk agar senang dikesan jika berlaku kebocoran.
“Di rumah, kebanyakannya menggunakan hos gas plastik lut sinar yang mudah didapati namun ia tidak disyorkan kerana hos jenis itu akan mengeras dan patah jika digunakan agak lama.
Berikut adalah panduan keselamatan lain di dapur yang disyorkan Petronas.
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan:
a. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.
b. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
c. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
d. Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
e. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
f. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
g. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
h. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Mengesan kebocoran gas
a. Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
b. Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
c. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
d. Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Transformasi Dapur Menggunakan Barang-Barang Bajet Dan Mampu Milik
Rumah cantik dan kemas, bukan sahaja mencerminkan keperibadian pemilik atau penghuni nya, malah memberi keselesaan. Sama seperti di dapur. Dapur yang kemas dan cantik, memberi keselesaan ketika berada di ruang tersebut. Tambahan, ia salah satu cara kita menjamin kebersihan.
Seperti yang dilakukan oleh Puan Noramera Faznie. Keadaan dapur yang bersepah dari pemilik asal, diubah rapi dan kemas demi keselesaan seisi keluarga. Menariknya, ubah suai yang dilakukan tidak melibatkan kerja-kerja struktur dan hanya munggunakan barang mampu milik. Tapi hasilnya memang cun
Berikut, barang-barang yang digunakan untuk makeover dapur puan Noramera
Langsir Kabinet Dapur
Klik link di sini untuk belian terus https://invol.co/cl2eudu
Kabinet Putih DIY
Klik link di sini untuk belian terus https://invol.co/cl2eucb
Wallpaper marble
Klik link di sini untuk belian terus https://invol.co/cl2eu8v
Wallpaper Foam Brick hitam
Klik link di sini untuk belian terus https://invol.co/cl2eu76
Wallpaper Brick putih
Klik link di sini untuk belian terus https://invol.co/cl2eu58
Rak kayu – Ikea
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Inspirasi “Slat Wall” Dari Kayu Spin Buat Ruang Kelihatan Lebih Besar
lepas wainscoting, hadir pula fenomena shiplap wall. Walaupun ia bukan lah elemen dekor yang baru, akan tetapi olahan yang diberikan menyuntik kesegaran dalam dekorasi sesebuah kediaman. Kali ini, impiana nak kongsikan pula idea wall paneling yang banyak digunakan untuk kediaman berkonsepkan moden kontemporari iaitu slat wall.
Penggunaan slat wall secara vertikal menghasilkan sesuatu ruang itu lebih besar. Kaedah pemasanggan masih sama seperti wainscoting dan shiplap wall.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI