Sofa dengan kemasan fabrik kapas atau kain memberi keselesaan optimum jika dibandingkan dengan jenis PU atau kulit. Namun, yang menjadi masalah adalah ia mudah menyerap kotoran. Hal ini menjadikan mak-mak fobia terutamanya jika isi rumah jenis aktif terutamanya si cilik yang sibuk meneroka sesuatu yang baru. Bukan sahaja ada tumpahan makanan yang meninggalkan kesan. Silap hari bulan, sofa empuk boleh jadi tempat lakaran seni si cilik,
Hal ini tak menjadi masalah, terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan mencuci sofa. Sediakan sahaja duitnya. Tapi, ada cara yang diberi nama “kaedah poket tak bocor” yang mudah dan boleh dilakukan sendiri. Hanya, menuntut masa dan sedikit masa untuk anda lakukan.
APA YANG PERLU ANDA SEDIAKAN?
Vakum
Baking soda
syampu rambut
Air
Tuala microfiber
CARA-CARA:
1. Bersihkan dulu keseluruhan sofa dengan menggunakan vakum
2. Tabur rata baking soda pada permukaan sofa dan biarkan 15-30 minit
4. Vakum semula sofa dan pastikan tidak tertinggal sisa baking soda yang ditabur tadi
5. Campurkan syampu bersama air
6. Basahkan Tuala microfiber tadi dan perah. Gosok pada permukaan sofa. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga kotoran hilang.
7. Keringkan sofa di bawah teduhan atau letakkan di bawah kipas agar ia kering secara perlahan-lahan dan tidak merosakkan fabrik
Untuk lebih detail, boleh lihat video yang disediakan
https://www.youtube.com/watch?v=7mJO-qvVi5g
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sembang-Sembang Jantung Sewaktu Pandemik
Dalam menjalani kehidupan masa kini dalam era norma baru ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kesihatan semakin merosot kerana tekanan yang mungkin kita sendiri tidak perasan dalam situasi yang membinggungkan. Kali ini IMPIANA kongsikan inisiatif NESTLE OMEGA PLUS dalam membantu masyarakat dalam menangani masalah jantung. Sihat bermulanya dari rumah.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia terpaksa ‘berkurung’ di rumah bagi membendung wabak COVID-19, sekaligus memburukkan lagi pelbagai masalah kesihatan yang serius. Penjagaan kesihatan jantung anda adalah mustahak, lebih-lebih lagi sewaktu wabak bermaharajalela. Dalam pada itu, individu dengan penyakit dan masalah jantung sedia ada, nampaknya lebih berisiko mengalami gejala atau komplikasi parah sekiranya dijangkiti COVID-19.
Menurut Persekutuan Jantung Sedunia1, hal ini kerana sistem imun penghidap penyakit jantung biasanya lebih lemah, menjadikan mereka lebih terdedah kepada komplikasi virus yang parah. Semakin banyak kajian menunjukkan, ramai bekas pesakit COVID-19 mengalami kerosakan jantung walaupun tiada sejarah penyakit jantung atau tidak dimasukkan ke hospital.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati kolesterol tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, menjejaskan 8 juta atau 40% orang dewasa di Malaysia2. Malahan, serangan jantung telah menjadi pembunuh No.1 negara kita selama lebih 15 tahun.
Dr. Rohith Stanislaus, Pakar Kardiologi dari Institut Jantung Negara berkongsi, “Kita dapat menyaksikan satu trend umum bahawa paras kolesterol di Malaysia semakin meningkat seiring kenaikan kadar penyakit arteri koroner dan serangan jantung.”
Penyakit jantung koronari berlaku apabila plak terdiri daripada kolesterol, lemak, kalsium dan sisa lain termendap pada saluran jantung. Pengumpulan plak inilah yang menjadi penyebab utama serangan jantung, yang tercetus apabila saluran tersebut tersumbat sepenuhnya dan menyekat bekalan darah ke jantung.
Meskipun statistik nampaknya suram, sinar harapan masih ada. Menerusi pilihan kita sendiri, kita sebenarnya mampu mengawal beberapa faktor risiko utama untuk penyakit jantung koronari.
Bagaimanapun, penjagaan kesihatan dan usaha mengubah gaya hidup sewaktu pandemik bukan semudah disangka, khususnya bagi mereka yang hidup dengan masalah jantung sedia ada.
Akan tetapi, ia bukannya mustahil, kerana terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil bagi meletakkan jantung anda kembali pada landasan yang betul, walaupun menghadapi wabak yang tiada kesudahan.
Diet yang sihat jantung
Menurut Dr. Rohith, diet yang seimbang, sihat dan terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan utama dapat membantu mengekalkan kesihatan jantung. “Kurangkan pengambilan gula diproses dan garam, serta makanan yang tinggi lemak tepu dan lemak trans” bukan sahaja satu langkah yang berkesan, tetapi juga mudah diamalkan di rumah.
Pastikan anda terapkan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam diet anda. Makanan berasaskan tumbuhan mengandungi pelbagai bahan yang dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ini dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi.
Amalan mengehadkan lemak tepu dan trans turut membantu mengurangkan paras kolesterol darah dan risiko penyakit arteri koronari.
Di samping itu, makanan yang kaya asid lemak omega-3 dapat membantu memerangi penyakit jantung. Salmon, tuna, sardin, dan ikan hering merupakan sumber kaya asid lemak omega-3.
Sokalingam Karuppiah, 57, yang merupakan pesakit jantung di Institut Jantung Negara, telah menjalani prosedur Intervensi Koronari Percutaneus (PCI) dan Pintasan Graft Arteri Koronari (CABG) bagi dua serangan jantung masing-masing pada tahun 2013 dan awal tahun ini.
Selepas itu, beliau terpaksa membuat perubahan drastik dari segi diet bagi menjaga kesihatannya. “Sekarang, saya makan lebih banyak ikan, dan pastikan saya makannya sekurang-kurangnya sekali seminggu. Saya juga telah menyingkirkan makanan berminyak dari diet saya, dan sebaliknya meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.
“Jangan ambil mudah kesihatan anda. Perubahan tabiat makan anda merupakan satu pelaburan yang cukup kecil dan seharusnya menjadi kebiasaan kita semua. Saya kesal kerana mengabaikan kesihatan saya begitu lama. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri saya tetapi juga keluarga saya. Sekarang, ketika kita duduk di rumah, kita berpeluang memasak makanan sendiri yang jauh lebih sihat.”
Pengambilan sterol tumbuhan yang mencukupi juga terbukti dapat merendahkan kolesterol secara berkesan – sekurang-kurangnya 1.2 gram sterol tumbuhan sehari. Namun, bagi mendapatkan 1.2 gram sterol tumbuhan, anda perlu makan sekitar 255 biji tomato, 90 biji epal, atau 126 batang lobak merah!
Struktur sterol tumbuhan mirip kolesterol dalam badan kita. “Selepas dimakan, ia akan ‘bersaing’ dengan kolesterol dalam sistem penghadaman untuk diserap. Kesannya, penyerapan kolesterol tersekat dan menyebabkan paras kolesterol darah kita turun,” jelas Dr. Rohith.
Siah Peck Hwa, 41, ibu kepada dua cahaya mata berkongsi bahawa NESTLÉ OMEGA PLUS membantu menguruskan paras kolesterolnya. “Saya mendapati kolesterol saya telah menurun apabila saya bermula mengambil susu ini. Kini, paras kolesterol saya jauh berbeza daripada sebelumnya.”
Sebenarnya, kuantiti makanan yang anda makan juga sama penting dengan jenis makanan yang diambil. Tabiat negatif seperti makan sehingga terlalu kenyang, pengambilan karbohidrat dan protein yang tidak sihat, dan menikmati ‘pusingan’ kedua makanan anda, dapat menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan.
Setiap aktiviti kecil mampu mencetuskan impak bermakna
Walaupun amalan diet sihat merupakan kunci yang penting, senaman juga merupakan ‘ubat’ yang mujarab dalam menurunkan kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
Rakyat Malaysia kini menghabiskan lebih banyak masa di rumah (bahkan bekerja dari rumah), dan perlu mengimbangi pelbagai tugasan secara serentak, seperti penjagaan kanak-kanak atau pembelajaran dalam talian. Sebagai natijahnya, kita mengabaikan senaman dalam rutin harian kita.
Mengemop lantai rumah atau aktiviti berkebun mungkin kurang menyeronokkan kalau dibandingkan dengan joging atau kelas Zumba. Namun, aktiviti-aktiviti dan tugasan rumah sedemikian dapat membuatkan anda bergerak.
Sebarang pergerakan yang boleh diterapkan ke dalam kehidupan harian anda adalah bermanfaat. Aktiviti semudah berjalan-jalan, menaiki tangga dan tugasan rumah dapat memanfaatkan jantung apabila dijadikan amalan rutin.
“Senaman jauh lebih mencabar hari ini akibat COVID-19. Saya biasanya pergi ke taman untuk berjalan-jalan, tetapi saya tidak dapat melakukan ini sekarang, kerana kes COVID nampaknya semakin teruk dan saya enggan mengambil risiko. Namun, saya cuba mengeluarkan peluh di rumah, dengan melakukan lebih tugasan rumah dan senaman ringan bagi membuat jantung saya mengepam,” kongsi Malek Mohamed.
Malek, bapa kepada 3 cahaya mata, menderita penyakit jantung sejak tahun 2006, dan perlu menelan 10-12 pil ubat setiap hari bagi menguruskan kesihatan jantungnya.
“Ramai yang ingat bahawa setelah menjalani pembedahan atau dirawat untuk penyakit jantung, semuanya akan kembali normal. Namun, ini jauh dari kebenaran, lebih-lebih lagi sewaktu tempoh COVID di mana kesihatan anda amat penting. Anda harus melipatgandakan penjagaan untuk memastikan anda kekal sihat supaya anda tidak perlu lagi menjalani prosedur perubatan yang lain selain daripada mengambil ubat anda. Bagi saya, senaman merupakan antara langkah yang sangat saya utamakan,” tambahnya.
“Aktiviti seperti Walk A Million Miles sangat bermanfaat. Menyedari saya sedang melangkah ke satu misi yang dekat dengan hati saya – menjadi pembakar semangat saya untuk menyumbangkan langkah saya pada tahun ini. Ramai yang menganggap senaman sebagai satu beban. Namun, sekiranya ia dilakukan dengan cara menyeronokkan, terutamanya anda akan melangkah bersama-sama rakyat Malaysia lain ke arah matlamat kebaikan bersama, ia akan menyemarakkan lagi semangat anda! Sebagai penerima sumbangan Walk A Million Miles tahun lalu, saya amat bersyukur dan berharap untuk menyumbang balik kepada masyarakat.”
Bukti demi bukti manfaat senaman terhadap kesihatan jantung terus terserlah. Senaman membantu dengan membakar kalori, mendorong penurunan berat badan dan akhirnya menurunkan paras kolesterol. Di samping itu, senaman juga dapat ‘melatih’ jantung, seperti mana manfaatnya terhadap otot-otot lain dalam badan anda.
Dr. Rohith terus berkongsi, “Senaman dan aktiviti fizikal yang mencukupi, sekurang-kurangnya 150 minit seminggu yang dapat dicapai melalui 30 minit sehari 5 kali seminggu, akan membantu menjaga kesihatan jantung anda. Cara mudah untuk meningkatkan tahap aktiviti termasuk menggantikan penggunaan lif dengan tangga.”
Menghindari tekanan
Individu yang menghadapi tekanan jangka panjang lebih cenderung beralih ke gaya hidup yang kurang sihat, seterusnya membawa kepada kehidupan yang tidak aktif, bahkan tabiat berbahaya seperti merokok, makan dan minum berlebihan – yang semuanya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Lebih membimbangkan, mereka yang tidak pernah menghadapi cabaran kesihatan mental sebelum ini mula menunjukkan gejala atau mengalami beberapa aspeknya, dengan ramai rakyat Malaysia terjebak dalam kemurungan, masalah pengurusan kemarahan, serangan kegelisahan dan panik yang bertubi-tubi.
Norma baharu bekerja dari rumah telah mengaburkan sempadan antara dunia kerja dengan kehidupan peribadi. Oleh sebab pekerja perlu mengorbankan aktiviti riadah bagi memenuhi tuntutan majikan yang kian membebankan, mereka terpaksa menahan waktu kerja lebih lama yang akhirnya menimbulkan tekanan emosi.
Rakyat Malaysia mungkin berisiko menghidap penyakit jantung pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus menghadapi tekanan kronik.
Siah Peck Hwa yang mengalami komplikasi jantung semenjak zaman kanak-kanak sentiasa berpegang kepada mantra ‘menghindari tekanan’. “Ia sungguh mencabar buat saya. Saya akan memantau denyutan jantung dan tekanan saya setiap kali saya berasa tertekan. Saya mesti bertenang pada setiap masa. Sesuatu perkara yang kecil sudah cukup menjadikan saya gelisah dan tertekan, jadi saya mesti cuba bertenang dan berfikiran positif.”
“Meskipun tidak sedar, namun kita dengan begitu cepatnya jatuh ke dalam ‘perangkap’ gaya hidup tidak aktif. Pada masa ini, kita duduk lebih lama dengan mata melekat pada skrin, tidak kira bekerja, melayari media sosial, ataupun menonton filem dan menikmati permainan. Tabiat ini sangat tidak sihat dan akan menjejaskan kesihatan mental kita dalam jangka panjang.”
Adalah sangat penting kita meluangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang dapat merehatkan minda dan badan kita.
Mendapat tidur mencukupi setiap hari dan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan anda dapat membantu menghilangkan tekanan. ‘Digital detox’, atau tindakan berehat daripada skrin, bukan sahaja membantu meningkatkan waktu tidur dan daya tumpuan, tetapi juga memberi rehat kepada mata dan minda anda. Meditasi kesedaran (Mindfulness meditation) dapat membantu menangkis impak negatif COVID-19 terhadap kesihatan mental, apabila dilakukan sebagai sesi singkat setiap hari.
Pada tahun 2020, Siah Peck Hwa pernah dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19. “Tahun lalu sangat sukar bagi saya kerana runsing memikirkan anak-anak dan keadaan jantung saya selain disahkan positif COVID-19. Namun, senaman mental yang mudah telah membantu saya mengharungi tempoh mencabar ini.”
Perubahan gaya hidup dan pemeriksaan kesihatan
“Faktor risiko penyakit kardiovaskular terbahagi kepada dua kategori: dapat diubah dan tidak dapat diubah. Faktor risiko penyakit kardiovaskular yang tidak dapat diubah berpunca daripada faktor genetik, manakala faktor risiko penyakit kardiovaskular yang boleh diubah adalah faktor yang dapat dikurangkan atau dikawal melalui perubahan tingkah laku seperti tabiat alkohol dan merokok,” jelas Dr. Rohith.
Pandemik ini juga dapat mencetuskan tabiat alkohol dan merokok yang lebih buruk.
Sebagai pesakit di IJN yang baru menjalani Pintasan Graft Arteri Koronari, Johnitar Behud terpaksa membuat beberapa perubahan gaya hidup. “Saya menghentikan rokok dan alkohol setelah didiagnos menghidap komplikasi jantung pada awal 2019. Sejak itu, saya mengamalkan senaman ringan dan diet seimbang seperti makanan rendah kolesterol dan tidak makan melebihi had yang ditetapkan.”
“Jika saya mampu melakukan perubahan ini sewaktu pandemik, saya yakin orang lain juga dapat membuat perubahan ke arah kebaikan jika mereka membulatkan tekad. Tidak perlulah membuat perubahan drastik. Mengambil bahagian dalam Walk A Million Miles 2021 dan menetapkan sasaran langkah setiap hari dapat membantu menerapkan jalan kaki ke dalam rutin harian anda dalam jangka panjang. Ini dapat membantu anda menghindari makanan yang tidak sihat, bahkan rokok dan alkohol”, tambah Johnitar.
Lawatan doktor dan pemeriksaan berkala dapat mengenal pasti faktor risiko dan menawarkan asas permulaan bagi mengambil langkah pencegahan. Tegas Dr. Rohith lagi, tidak pernah terlalu awal atau lambat untuk mengorak langkah menjaga kesihatan anda. “Kami menyarankan saringan awal untuk mereka yang menghadapi pelbagai faktor risiko dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.”
Harus diingatkan bahawa kepatuhan diet yang ketat, rutin senaman dan pemantauan kesihatan di rumah tidak boleh menggantikan pemeriksaan rutin. Anda disarankan untuk menggabungkan lawatan doktor serta ujian berkala dengan peralatan di rumah untuk menjamin bacaan yang betul.
NESTLÉ OMEGA PLUS mengalu-alukan khalayak ramai untuk turut serta dalam Walk A Million Miles 2021 dengan memuat turun aplikasi mudah alih BookDoc untuk menjejaki bilangan langkah mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang Walk A Million Miles 2021 dan NESTLÉ OMEGA PLUS, sila layari https://www.dearnestle.com.my/bm/brand-story/nestle-omega-plus atau https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus/.
Perkongsian ini amatlah berguna untuk semua rakyat Malaysia. Mulakan hidup anda dengan gaya yang lebih sihat selamat. Segalanya bermula dari rumah yang terbaik. Ingat IMPIANA tidak pernah lupa akan membawa anda semua untuk bina gaya hidup yang lebih teratur dan harmoni.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jubin Kotor Kembali Berkilat, Ikut Teknik Wanita Ini. Memang Berkesan!
Sebelum memasuki rumah baharu atau pun rumah sewa, antara perkara pertama yang perlu kita lihat terlebih dahulu adalah keadaan lantai yang ditinggal. Kadang-kadang, jika rumah telah ditinggal lama tanpa penghuni, terdapat kotoran hitam yang susah nak hilang pada lantai jubin akibat habuk, debu dan macam-macam lagi.
Tapi sebelum anda bazir duit tukar jubin baru, apa kata ikuti tip dari Puan Naquia Esir seperti yang dikongsi beliau pada laman facebooknya.
“Quia share sikit pasal cara nak memurnikan kembali lantai yang dah tercemar ye. Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah.
Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pUn no problem orait ? Ikut kekuatan kewangan masing-masing.
Yang anda perlukan adalah MOSAIC FLIUD (sejenis acid) dan SABUN. Both Quia beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada. Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami.
Mosaic fluid tugasnya untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan noda² yang ada pada lantai.
Sabun untuk neutralkan balik acidity pada lantai.
Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah, memakai glove dan boot/kasut. Dan juga mask untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles.
Kekuatan yang perlu adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, u tetap akan sental noda yang agak kuat melekat pada tiles”
LANGKAH-LANGKAHNYA :
1 : Basahkan keseluruhan lantai pada kawasan yang ingin dibersihkan
2 : Tuang campuran asid yang telah dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid boleh merosakkan jubin
3 : Sental atau berus berlahan-lahan hingga kotoran tertanggal. Jika kotoran agak tebal sedikit, lebih baik kikis terlebih dahulu. Elak menggunakan berus besi yang kasar
4 : Bilas dengan air
5 : Sental dengan sabun pula
6 : Akhir sekali, cuci dan bilas lantai sehingga bersih.
Selamat mencuba semua!
Sumber : Naquia Esir
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Seterika Yang Bagus, Boleh Menceriakan Keluarga. Inilah Dia Cara Memilih Seterika Yang Terbaik 2022
Seterika adalah alatan yang dapat membuatkan kita setiap hari kelihatan segak atau cantik. Dengan adanya seterika, ia dapat menampakkan pakaian kita serba kesempurnaan. Jadi, disebabkan itu jugalah, dalam pemilihan seterika juga penting ya. Sekali kita salah pilih, ia boleh mengakibat bermacam perkara. Sebagai contoh, seterika itu cepat rosak atau tiba-tiba meletup ke atau juga boleh jadi, seterika itu atas masalah dalamannya. Kita tahu kan? Haaa. Jadi sebab itu lah hari ini saya akan bagitahu apakah tips nak pilih seterika yang bagus dan baik untuk anda.
SETERIKA BERWAP ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK
Seterika berwap atau dipanggil steam iron ini lebih bagus fungsinya berbanding dengan seterika biasa. Ini kerana apabila menggunakannya atau menggosok baju, ia mampu menggosok kedua-dua belah bahagian. Contohlah, kita gosok bahagian lengan kanan, di hadapan tapi bila guna steam iron ini, ia akan gosok sekali depan dan hadapan permukaan lengan kanan pakaian kita. Haa gituu.
LOGO SIRIM DAN LOGO 5 BINTANG SURUHANJAYA TENAGA WAJIB ADA
Ini paling penting sekali, pastikan ada logo sirim. Sekurang-kurangnya, jika ada logo sirim, kit sudah yakin yang seterika tersebuh seterika yang dipercayai dan disahkan bagus dan selamat untuk digunakan. Begitu juga dengan logo 5 bintang suruhanjaya tenaga itu, kalau ada logo itu, ia bermakna seterika anda akan kurang menggunakan tenaga elektrik. Dan di situ kita dah jimatkan elektrik.
Dan yang terakhir sekali dalam tips memilih seterika yang baik adalah,
DIBUAT DARI BESI YANG TAHAN KARAT
Ini perkara yang logik akal lah atau kita kata “common sense” dalam diri. Kita nak pakai lama kan? Jadi lebih baik beli besi yang mampu tahan karat. Cuba bayangkan baru 1-2 dah karat. Lepas itu dah kena beli baru. Dekat situ dah terjadi pembaziran duit.
Jadi, itu sahajalah perkongsian saya tentang tips memilih seterika yang terbaik. Pastikan anda yang membeli seterika nanti, jangan salah pilih lagi ya!
Sumber: Bidadari.my
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI