Cuci Kotoran Degil Pada Sofa Menggunakan Syampu Rambut

Share

Sofa dengan kemasan fabrik kapas atau kain memberi keselesaan optimum jika dibandingkan dengan jenis PU atau kulit. Namun, yang menjadi masalah adalah ia mudah menyerap kotoran. Hal ini menjadikan mak-mak fobia terutamanya jika isi rumah jenis aktif terutamanya si cilik yang sibuk meneroka sesuatu yang baru. Bukan sahaja ada tumpahan makanan yang meninggalkan kesan. Silap hari bulan, sofa empuk boleh jadi tempat lakaran seni si cilik,

Hal ini tak menjadi masalah, terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan mencuci sofa. Sediakan sahaja duitnya. Tapi, ada cara yang diberi nama “kaedah poket tak bocor” yang mudah dan boleh dilakukan sendiri. Hanya, menuntut masa dan sedikit masa untuk anda lakukan.

APA YANG PERLU ANDA SEDIAKAN?
Vakum
Baking soda
syampu rambut
Air
Tuala microfiber

CARA-CARA:
1. Bersihkan dulu keseluruhan sofa dengan menggunakan vakum
2. Tabur rata baking soda pada permukaan sofa dan biarkan 15-30 minit
4. Vakum semula sofa dan pastikan tidak tertinggal sisa baking soda yang ditabur tadi
5. Campurkan syampu bersama air
6. Basahkan Tuala microfiber tadi dan perah. Gosok pada permukaan sofa. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga kotoran hilang.
7. Keringkan sofa di bawah teduhan atau letakkan di bawah kipas agar ia kering secara perlahan-lahan dan tidak merosakkan fabrik

Untuk lebih detail, boleh lihat video yang disediakan

Published by
Impiana