Apa itu Cuka Kayu (Wood Vinegar)?
Cuka Kayu (Wood Vinegar) adalah produk sampingan yang terhasil daripada pembakaran kayu tanpa udara bagi menghasilkan arang.
Dekat mana nak dapatkan cuka kayu ni? Boleh beli online je. Harga tak samapai RM 20 dekat sini https://invol.co/clyv80
Apakah kandungan yang terdapat di dalam Cuka Kayu (Wood Vinegar)?
Cuka kayu mentah mempunyai lebih daripada 200 bahan kimia, seperti asid asetik, formaldehid, etil-valerat, metanol, tar, dan sebagainya.
Kebaikan cuka kayu untuk Tanaman Dan Ternakan :
1) Merangsang pertumbuhan pokok dan sayuran.
2) Menguatkan akar dan daun.
3) Menyuburkan tanah.
4) Menghalang pembiakan virus dan penyakit dalam tanah.
5) Menambah kuantiti mikroorganisma yang baik.
6) Menghalau serangga perosak.
7) Mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria.
8) Menambah baik kualiti buah dan menambah kandungan gula dalam buah.
9) Sebagai pemangkin tumbesaran biji benih.
10) Sebagai bahan tambahan kepada baja kompos.
11) Membantu haiwan ternak lebih sihat dan melindungi dari penyakit.
12) Menjadikan daging haiwan dan susu lebih berkualiti.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kediaman Moden Dengan Gaya Minimal Monokrom
Palet warna monokromatik mempunyai elemen penyatuan yang dapat menciptakan keharmonian dalam ruang. Dengan menggabungkan pelbagai tona yang datang daripada satu warna asas, ruang monokrom menjanjikan persekitaran yang moden, ranggi dan minimal.
Anda juga boleh dapatkan kediaman seperti penuh estetik berinspirasikan monokrom dengan barangan pilihan IMPIANA ini.
Beli Di Mana?
1. Lampu Lantai, Nest Nordic
2. Sofa, IKEA, RM985.80
3. Bantal Kusyen, IKEA, RM12.60
4. Pouf, DoYoung, RM312
5. Pasu Putih, Nest Nordic
6. Laci Tiga Tingkat, KARE
7. Side Table, Hipvan, RM439
8. Karpet, IKEA, RM93.40
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Yatie Kamarzaman (Sendayu Tinggi) Kongsi Tip Bina Rumah Atas Tanah ‘Kosong’
Yatie Kamarzaman (Sendayu Tinggi) kongsi tip bina rumah atas tanah ‘kosong.’ Noor Hayati Kamarzaman atau lebih mesra disapa Yatie sedang ‘berdebar-debar’ menantikan kediaman barunya siap terbina. Lokasi rumah baru Yatie terletak di Seksyen 9, Kota Damansara.
Aktif berkongsi aktiviti harian dan produk niaga di media sosial, Yatie tidak hanya dikagumi kerana keupayaannya mengurus empayar perniagaan namun wanita ini juga memiliki cita rasa yang mengkagumkan dalam menghias kediaman.
Daripada perkongsian Yatie di Instagram, rata-rata followers rasa teruja setiap kali anak kepada usahawan ternama Bonda Rozita ini memuat naik foto mahupun video kediaman miliknya yang sedia ada juga kediaman barunya yang masih dalam pembinaan.
Berikut perkongsian terbaru Yatie tentang perkembangan pembinaan rumah barunya yang kini dalam proses perlaksanaan.
“Lagi 10 tahun gambar ni jadi memori untuk Kak Yatie dengan anak-anak. Masa tu meraka dah dewasa pun. Usia Kak Yatie waktu tu dah 50 tahun.
“Sedikit yang Kak Yatie nak share dengan mereka yang planning untuk ada rumah di atas tanah kosong. Maybe korang dah tau, tapi saje share dengan yang lain.”
📌 Sekiranya planning untuk buat ASET, pastikan tanah dibeli di kawasan yang ada value. Dekat dengan fasiliti. Elakkan jenis high rise building (unless plan untuk disewakan) dan tanah pertanian. If memang itu je budget yang ada dan planning untuk rumah persaraan ok je. Sebab, rumah yang kita diami adalah liabiliti selagi belum cash. Kalau revalue untuk refinance in future, semua ini diambil kira untuk memastikan tanah tersebut bernilai atau sebaliknya.
📌 Ambil MLTT atau MRTT semasa apply loan ( ada beza yg dua benda ni ). If anything happen pada owner, rumah atau tanah auto cash. Kalau korang ambil MLTT, kelebihannya ada return waktu maturity nanti. Cuma kena bayar lebih sikit lah. Sbb MLTT ada hibah, saving dan coverage dalam insuran tu.
📌Masa nak beli tanah, minta copy geran. Pastikan bukan geran kongsi dan tiada sekatan. Sebab nanti tak boleh pindah milik. Kan dah susah.
📌 Kalau nak build up rumah atas tanah kosong, hirelah archictect. Mereka akan buat drawing, settle kan dokumen dgn PBT untuk dapatkan semua kelulusan sampai CCC. So bila nak jual rumah atau refinance, semua ni ada value. Baru bank akan nilai aset tu selayaknya.
📌 Hire lawyer sendiri dari awal start proses beli sampai siap buat rumah. Kena ada kontrak official dan due date bila projek akan handover. Agreements antara kita dan architect ( PAM agreement) serta kita dgn main contractor ( tender agreement ) adalah berbeza tau. Kita kena ada back up spy mengelakkan isu tak diingini.
📌 Kalau nak jimat interest dengan loan, kita kena planning untuk bayar cash selepas beberapa tahun. Makesure tanya dulu bank, berapa tahun kita boleh cash kan. Kalau tak, ada penalties. Dan bank tetap akan kira interest seperit 30 tahun berhutang. Sebab tu kena dapatkan info selengkapnya.
Moga perkongsian ini dapat membantu anda yanf bercadang untuk membina sendiri kediaman di atas tanah milik sendiri.
Sumber: Instagram Yatie Kmrzmn
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Antara Reka Bentuk Rumah Yang Cantik Dan Lokasi Kediaman Strategik, Mana Satu Paling Penting?
Sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk membeli hartanah atau sebuah rumah, sudah pasti kedudukan lokasi serta reka bentuk kediaman yang cantik sering menjadi faktor penting bagi anda sebagai pembeli.
Reka bentuk serta lokasi kediaman yang strategik ini merupakan antara dua faktor penting selain nilai harga jualan hartanah yang sememang perlu diambil kira oleh setiap pembeli.
Namun, tidak dinafikan untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik serta lokasi strategik bukan satu hal yang mudah kerana pembeli berkemungkinan akan berdepan dengan pelbagai masalah antaranya harga jualan kediaman yang terlampau mahal.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik ‘Rumah Cantik, Lokasi Strategik’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama dua panel tetamu jemputan istimewa iaitu Puan Ai Cheng selaku Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia dan Encik Sheikh Yusof, pemilik syarikat hiasan dalaman, Embun Design Studio.
Ketika sesi temu bual berlangsung, sebagai ejen hartanah Puan Ai Cheng menyifatkan lokasi hartanah dan kediaman antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli.
“Antara lokasi dan rumah cantik, sudah sememangnya lokasi kediaman yang strategik adalah lebih penting.
“Malah, faktor lokasi kediaman ini juga merupakan antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli tidak kira untuk rumah didiami atau pelaburan hartanah,” katanya.
Tambahnya lagi, lokasi kediaman yang strategik seharusnya mempunyai akses jalan keluar masuk dari kawasan kediaman yang sangat mudah.
“Lokasi rumah yang strategik ini boleh dikenal pasti atau ditentukan dengan melalui beberapa cara antaranya lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang senang dan mudah.
“Akses jalan keluar masuk dari lokasi kediaman inii sangat penting kerana contoh misalnya jika kita terpaksa membuat satu pusingan ‘u-turn’ yang besar setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, ia berkemungkinan boleh menimbulkan masalah stres kepada anda dan sebagainya.
“Kalau lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang mudah kita sudah boleh tentukan ia sebagai lokasi kediaman yang strategik,” ujarnya.
Foto: Twitter DASH Expressway Official
Dalam pada itu, Encik Sheikh Yusof turut menyuarakan pendapatnya berhubung topik perbincangan tersebut dari sudut pandangannya sebagai pemilik syarikat hiasan dalaman tempatan.
“Kalau tanya pendapat saya, sudah semestinya saya akan memilih rumah cantik dan lokasi yang strategik kedua-duanya sekali. Kalau lokasi strategik tetapi rumah tidak cantik, rumah kita masih mempunyai langkah altenatif untuk mengubahsuai supaya tampak lebih cantik.
“Tetapi kalau lokasi kediaman tidak strategik yang menjadi pilihan, kita sebagai pemilik rumah akan berdepan dengan pelbagai masalah, sebab lokasi kita tidak boleh ubah kedudukannya.
“Jadi, kita sebagai pembeli akan berdepan dengan masalah sedemikian dan berkemungkinan kita terpaksa untuk berpindah ke satu lokasi lain yang lebih strategik.
“Bagaimanapun, kedua-dua faktor ini tetap penting dan perlu dititikberatkan oleh pembeli,” luahnya menyuarakan pendapat bersama penonton.
Sacara konklusinya, antara reka bentuk rumah yang cantik dan lokasi kediaman strategik mana satu faktor yang paling penting? Ketahui jawapannya dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI