Cuka bahan yang selalu kita gunakan dalam ramuan memasak rupanya sangat bagus untuk tujuan pembersihan sekitar di rumah. Malah hasilnya juga sama dengan menggunakan pencuci.
Bagi anda yang sedang berjimat atau ingin kurangkan pengunaan bahan kimia dalam rutin harian. Anda boleh gunakan cuka untuk membersihkan 5 bahagian ini:
1. Hapuskan kotoran pada karpet
Jika karpet terkena kotoran, campurkan cuka dan air dalam nisbah yang sama. Kemudian semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.
2. Cuci mangkuk tandas
Air cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuk pada kotoran yang degil. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.
3. Bersihkan cermin tingkap dan kaca
Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50 kemudian lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.
Ads
4. Cuci lantai sampai berkilat
Petuanya ambil setengah baldi air campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka (jangan lebih, nanti melekit). Kacau semua dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.
5. Lantai bilik mandi berkerak pun hilang
Kalau lantai bilik mandi berkerak, selain tuang Clorox boleh juga menggunakan cuka untuk membersihkannya.
Ads
Caranya campurkan garam dengan air cuka dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus kemudian bersihkan dengan air.
Bau kepam tiada lagi dalam rumah, campuran dua bahan ini memang menjadi! Selalunya bau yang kurang enak ini datang daripada pelbagai faktor seperti bau masakan, makanan/minuman yang tertumpah serta karpet yang tidak dikeringkan dengan betul.
Maka terhasillah bau yang menusuk hidung ini. Untuk menghilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semuanya berkesan. Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, selepas beberapa minit hilang begitu sahaja.
Berikut dikongsikan cara terbaik supaya rumah tidak berbau kepam. Selalunya bau kepam ini disebabkan karpetyang berhama dan sudah lama tidak dibersihkan.
Cara yang paling berkesan, selamat dan menjimatkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan dua bahan ini:
1. Baking Soda
2. Essential Oil
“Kalau saya, secara peribadi saya suka lemon atau lavender. Bau rumah jadi fresh sahaja.”
CARA-CARA:
Letak baking soda dalam bekas yang berlubang seperti bekas garam.
Masukkan lebih kurang 10 titis essential oil pilihan anda.
3. Taburkan atas karpet, biarkan dalam 30 minit kemudian vakum. Hasilnya rumah anda akan kekal wangi sentiasa. Selamat mencuba!
Membersihkan tandas dan bilik air adalah satu rutin yang perlu dilakukan untuk memastikan kebersihan rumah. Namun, ramai yang berfikir bahawa untuk mendapatkan tandas dan bilik air yang sentiasa bersih berkilat macam hotel-hotel mewah.
Bilik Air, Tandas Bersih & Wangi, Jimat Belanja
Tak perlu nak keluarkan belanja yang mahal untuk bersihkan bilik air dan mangkuk tandas. Hanya guna beberapa bahan dapur pun dah cukup untuk hapuskan kotoran dan wangikan bilik air.
Bahan-bahan:
Pewangi pakaian
Botol air
Baking soda
Jus lemon
Air
Caranya:
1. Sediakan satu botol air 500ml.
.
2. Kemudian, masukkan 150ml pewangi pakaian ke dalam botol air yang kosong itu.
.
3. Selepas itu, campur dengan 1 sudu baking soda.
.
4. Ambil ½ biji jus lemon dan perahkan ke dalamnya.
.
5. Masukkan 250ml air ke dalam botol tersebut. Pastikan bahan tadi tidak memenuhi botol tersebut.
.
6. Tutup rapat-rapat dan terbalikkan. Buat satu lubang kecil di bahagian bawahnya.
.
7. Selepas itu, terbalik kembali dan masukkan ke dalam ‘flush’ tandas.
.
8. Boleh lihat hasilnya setiap kali ‘flush’. Bukan saja membersihkan tapi ia membantu menghapuskan bakteria dan kuman. Sekaligus mewangikan tandas.
IMPIANA : Kita cuba cara ini pula. Senang kalau dah habis boleh je top up balik.
Jenama alatan rumah dan elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG) kini mengorak langkahj dengan mengukir masa depan hiburan rumah dengan pengenalan siri TV OLED terbaharu mereka! Dianugerahkan sebagai Jenama TV OLED No. 1 Dunia selama 10 tahun berturut-turut, LG dengan bangganya memperkenalkan siri TV OLED yang tercanggih, iaitu LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3.
LG sekali lagi menetapkan standard baharu untuk hiburan rumah dengan piksel nyalaan sendiri yang memperhebatkan kualiti gambar premium dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti Pemproses AI α9 Gen6, HDR Expression Enhancer, Bunyi Jelas AI, Kawalan Imbangan Auto, dan WOW Synergy.
Justin Choi, Pengarah Urusan LG menyatakan bahawa beliau yakin yang siri TV OLED ini akan menetapkan penanda aras baharu untuk hiburan rumah bagi pelanggan mereka di Malaysia.
“LG telah mendedikasikan usaha penyelidikan dan pembangunan yang meluas untuk memastikan siri baharu ini dapat memberikan pengalaman yang tiada tandingan untuk keperluan hiburan rumah pengguna. Sebagai jenama inovatif yang telah dianugerahkan dengan CES Innovation Award untuk 11 tahun berturut-turut, kami yakin yang barisan produk baharu ini mampu menyampaikan nilai yang lebih tinggi untuk pengguna kami,” kata Justin.
Siri TV OLED terkini memfokuskan pada ciri-ciri utama seperti berikut:
Pemproses AI α9 4K Gen6 untuk kualiti gambar dan bunyi yang dioptimumkan – Siri pemproses Alpha terbaharu yang digunakan dalam TV OLED LG 2023 menggunakan teknologi Pembelajaran Mendalam berbantukan AI untuk menghasilkan imej yang terlihat lebih jelas dan nyata.
Brightness Booster Max untuk imej yang lebih realistik – Kecerahan dikawal pada asas piksel demi piksel untuk menghasilkan butiran imej yang lebih tajam dan realistik. Peningkatan ketara untuk siri OLED evo G3 ialah teknologi Brightness Booster Max yang menggabungkan seni bina kawalan pencahayaan yang baharu dan algoritma peningkatan cahaya untuk meningkatkan tahap kecerahan sehingga 70 peratus.
Versi terbaharu webOS adalah antara muka pengguna (UI) yang direka bentuk semula untuk meningkatkan pengalaman pengguna – Antara muka terbaharu bagi laman utama didatangkan dengan ciri “Quick Cards” yang menawarkan akses mudah kepada kandungan dan perkhidmatan yang paling kerap digunakan, akan dikumpulkan di bawah kategori seperti Gaming, Muzik, Sukan, dan lain-lain.
Pengalaman pawagam di rumah yang terhebat – Semua TV OLED disokong oleh Dolby Vision dan Dolby Atmos. Selain itu, TV LG tahun ini menawarkan integrasi soundbar yang sempurna dengan menyampaikan bunyi keliling berbilang saluran dengan kualiti yang dipertingkatkan oleh IMAX, yang dikuasakan oleh DTS:X. TV dan soundbar LG boleh digabungkan untuk menawarkan ciri WOW Orchestra². Pengguna dapat mempertingkatkan pengalaman audio mereka ke tahap yang lebih memuaskan dengan gabungan canggih TV LG dan soundbar LG, yang membolehkan pendengar meneliti setiap butiran halus.
Dioptimumkan untuk Gaming³ – Dengan masa kadar segar serendah 0.1ms, Nvidia G-SYNC, bersama sokongan AMD FreeSync Premium. Terdapat juga sokongan untuk HDMI 2.1 dan VRR.
Tiada lagi sudut pandangan yang mengganggu – kini kami mengalu-alukan ketibaan TV yang mudah disesuaikan di ruang anda, sama ada untuk mempamerkan seni atau untuk hiburan, LG Malaysia memperkenalkan Siri LG OLED evo G3 yang mempunyai reka bentuk tanpa jurang yang dapat diletakkan di dinding dengan sempurna. Paparan ultra-nipis yang terduduk kemas di dinding menciptakan penampilan yang anggun seolah-olah ia sebahagian daripada dinding. Jika anda lebih idamkan fleksibiti sama ada untuk meletakkan TV di dinding atau atas TV stand, kami mengesyorkan LG OLED evo C3 sebagai pilihan terbaik untuk anda. Bagi mereka yang inginkan tetapan yang canggih dalam pakej yang lebih mudah, LG OLED A3 yang menampilkan pemproses AI α7 4K Gen6 merupakan pilihan ideal.
Produk
TV (Inci)
MSRP (RM)
LG OLED evo G3
77”
32,999.00
65”
17,999.00
LG OLED evo C3
83”
35,999.00
77”
29,999.00
65”
14,999.00
55”
10,999.00
LG OLED A3
65”
11,999.00
55’
8,999.00
Selain itu, LG juga telah memperkenalkan dua skrin gaya hidup terbaharu yang kini boleh didapati di Malaysia. Koleksi LG OLED Posé Objet (berharga RM 12,999) menawarkan reka bentuk yang anggun dan bergaya yang mudah disesuaikan di ruang anda. Diiktiraf sebagai Pemenang IF Design Award, Koleksi LG OLED Posé Objet menyempurnakan kediaman anda dengan teknologi termaju. LG OLED Flex (berharga RM13,199) pula merupakan TV gaming 4K yang boleh dibengkokkan untuk memberikan fleksibiliti yang luar biasa dan pengalaman gaming yang mengasyikkan, khas untuk memenuhi keperluan paragamers.
“Dengan legasi 10 tahun sebagai jenama TV OLED No. 1 dunia, kami amat menghargai sokongan yang berterusan daripada pelanggan kami. Kami berusaha untuk melangkaui batasan dan mentakrifkan semula kualiti hiburan visual melalui inovasi berterusan sambil memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang. Akhirnya, kami mahu memastikan pelanggan kami dapat menikmati “A Good Life” dengan penggunaan produk dan perkhidmatan kami,” kata Justin.
Sempena ulang tahun TV OLED No 1 di Dunia selama 10 tahun berturut-turut, pelanggan boleh mengunjungi pameran bergerak LG’s Perfect 10th, Perfect Black dari sekarang hingga Ahad, 16 Julai 2023 di Mid Valley Megamall Centre Court, Ground Floor untuk menikmati promosi istimewa sehingga RM1,700 kredit TNG eWallet dan berpeluang memenangi unit percuma LG 65″ TV yang boleh direbut!
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.