Hobi & Minat

CUKA Sangat Berkesan Membersih, Hasilnya Lantai, Cermin, Bilik Air Semua Berkilat!

Share

Cuka bahan yang selalu kita gunakan dalam ramuan memasak rupanya sangat bagus untuk tujuan pembersihan sekitar di rumah. Malah hasilnya juga sama dengan menggunakan pencuci.

Bagi anda yang sedang berjimat atau ingin kurangkan pengunaan bahan kimia dalam rutin harian. Anda boleh gunakan cuka untuk membersihkan 5 bahagian ini:

1. Hapuskan kotoran pada karpet

Jika karpet terkena kotoran, campurkan cuka dan air dalam nisbah yang sama. Kemudian semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.

2. Cuci mangkuk tandas

Air cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuk pada kotoran yang degil. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.

3. Bersihkan cermin tingkap dan kaca

Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50 kemudian lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.

4. Cuci lantai sampai berkilat

Petuanya ambil setengah baldi air campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka (jangan lebih, nanti melekit). Kacau semua dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.

5. Lantai bilik mandi berkerak pun hilang

Kalau lantai bilik mandi berkerak, selain tuang Clorox boleh juga menggunakan cuka untuk membersihkannya.

Caranya campurkan garam dengan air cuka dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus kemudian bersihkan dengan air.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Baca Lagi Di Sini:

Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana