Pokok kesum antara tanaman yang campak je pun boleh hidup. Yang penting kondisi medium tanaman nya perlu sentiasa lembap. Tapi, ramai yang gagal sebab lupa nak siram. Jika anda jenis yang susah atau nak beri kan masa untuk menyiram pokok, penggunaan wadah lengkap sistem siraman sendiri (self watering) adalah terbaik.
Tapi, self watering pot ni harga nya boleh tahan mahal juga. Muhammad Ashaabul Yamin ada cara yang lebih kreatif dan jimat iaitu dengan menggunakan bekas polistrin
Cara mudah semai daum kesum. Terlupa nak siram pun takde masalah..mula tanam 01/05/2020,hasil pad 09/06/2020.
Bahan-bahan:
Keratan kesum
Bekas kabus
Span basuh pinggan
Baja “A” dan “B” (Boleh beli online https://invol.co/cl197kv)
Pembaris sesiku “L”
Pisau
Cara-cara:
1. Beli daun kesum dekat kedai. Asingkan batang dan daun.
2. Potong bekas kabus menjadi separuh
3. Ukur saiz span pada penutup kabus, lepas tu potong penutup kabus itu mengikut saiz span.
4. Masukkan span ke dalam lubang yang telah ditebuk tadi. Pastikan lubang yang ditebuk tidak terlalu longgar
5. Kelarkan span menggunakan pisau bgi memudahkan semaian batang kesum.
6. Bancuh baja “A” dan “B” dengan air dalam bekas kabus
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Tip Ubah Suai Rumah Tak Perlu Budget Besar
Setiap orang nak-nak yang dah berumah tangga sendiri mesti mengimpikan sebuah rumah yang cantik, selesa dan tenang. Ye lah, rumah kan tempat untuk kita beristirehat lepaskan lelah setelah seharian berkerja. Di situ juga lah kita membina sebuah keluarga yang bahagia sebab tu ada perkataan “Rumahku, Syurgaku”
Jadi, Untuk memastikan tersedianya sebuah kediaman yang selesa, sekali sekala kita perlulah buat rombakan untuk memberi kesegaran kepada isi rumah. Tak ada lah bosan. Kebiasaannya, perkara ini melibatkan renovasi. HA! dengar je renovasi mesti ingat memerlukan peruntukan satu jumlah yang banyak kan?
Tapi itu lah antara punca yang menyebabkan niat dan impian kita tadi terbatas. Lebih lagi apa bila melibatkan pembelian rumah 2ndhand. Dah dapat kunci rumah terus pindah masuk tanpa membuat sebarang rombakkan. Tapi dengan 5 tip mudah ini, kerja-kerja renovasi tak perlu peruntukkan jumlah wang yang besar. Tapi yang paling penting rumha tetap bernafas baru.
1. Jangan simpan perabot lama
Perabot lama yang tak sesuai dengan tetapan konsep yang telah dipilih, sila buang ye. Kalau masih elok, boleh cuba jual 2ndhand di laman sosial dan carboot sale dan pelbagai lagi. Mesti ramai yang cakap SAYANG kan. Tapi selagi anda tak keluarkan perabot-perabot tersebut, memang tak dapat lah nak rombak rumah ikut konsep anda pilih sepenuhnya.
Kalau anda seorang yang kreatif dan rajin, cuba makeover perabot tu ikut konsep yang telah dipilih.
2. Kemasan lantai
Kemasan lantai pun memainkan peranan yang penting dalam memberikan kesegaran dan suasana baru di dalam kediaman anda. mesti anda ingat nak tukar lantai baru memerlukan kos yang tinggi kan? Sebanarnya anda punya banyak pilihan seperti menggunakan cat epoxy, vinyl floor dan lain-lain lagi. Pilih untuk pasang sendiri lagi jimat kerana kalau anda suruh kontraktor apsangkan, ia akan menyebabkan pertambahan belanja 50%.
3. Dinding kemas
Nak nampak suasana yang segar dan menenangkan, pastikan dinding rumah anda tak serabut dengan pelbagai bingkai. Lebih lagi kalau bingkai tue tak padan langsung antara satu sama lain. Tip ini paling penting untuk rumah sempit dan kecil. Untuk nampak kan rumah anda lebih luas, clear kan dinding anda.
Selain itu juga, warna dinding memainkan peranan penting. Jangan lah guna warna-warna gelap untuk keseluruhan dinding. Dominasikan kediamn anda dengan cata dari pilihan neutral hanya feature wall sahaja guna waran-waran gelap dan menonjol.
4. Banyakkan pencahayaan
Pencahayaan paling penting dalam menyinari kediaman. Sebab tu ada gambar-gambar dekorasi yang anda tengok cantik walaupun ringkas. Sebenarnya pencahayaan lah rahsianya. Setiap sudut letak lampu. Cuba lah lampu spot, lapu lantai, lapu hiasan dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung ia mampu menonjolkan keseluruhan perincian dekorasi di dalam kediaman anda.
5. Siling baru
Ini pilihan terakhir untuk anda yang punya budget lebih. Kebiasaannya bagi yang memiliki rumah apartment atau flat, bumbung anda memang dah rendah. Kalau bumbung rumah anda dah sedia rendah, tak perlu lah anda tambah lagi siling kapur untuk nampak bumbung baru. Cukup sekadar cat dan letak wainscoting pada bahagian-bahagian tertentu seperti di sudut antara dinding dan bumbung.
bagi yang rumah teres dan banglo, bairkan siling anda di posisi lebih tinggi untuk nampakkan suasana rumah yang lebih luas. Tak perlu tambah ukiran-ukiran lain pada siling anda. Adalah lebih baik tambah pencahayaan dengan decorative lamp yang menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Deko Rumah Konsep Scandinavian Tanpa Perlu Perabot Atau Perhiasan Mahal
GAYA SCANDINAVIA SELESA & MENENANGKAN
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semulajadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota. Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar berkemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga.
Menurut Fatin suaminya, Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap ini kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat berkemas. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka berkemas. Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang kemas. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali.
“Walaupun saya tidak seperti wanita lain yang bekerja di pejabat dan saya habiskan masa di rumah dengan menjaga anak saya Qaira, Qayla dan Qisya, 6 bulan namun saya tidak duduk sahaja. Saya juga menjalankan pelbagai perniagaan secara online. Alhamdulillah saya juga biasanya membuka booth setiap hujung minggu apabila ada karnival. Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimaslis. Tampak lebih menarik apabila saya cermin yang ditepinya saya guna tape murah buat bingkai tampak lebih menyerlah.
“Pada saya dengan menggunakan pita pelekat untuk menggantung cermin di ruang meja makan adalah solusi yang sempurna. Ianya tidak kekal, dekorasi dinding dapat ditukar selalu, dan pita ini sendiri memberi statement tersendiri kepada ruang sekeliling,” jelas Fatin yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan rumah walaupun punya anak kecil.
Suka Lakukan DIY
Seorang yang cukup kreatif, Fatin menerangkan untuk mendapatkan kediaman yang cantik dan selesa tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Bagi dirinya seseorang itu hanya perlu kreatif dan bijak dalam melakukan DIY sendiri.
“Semua hiasan dirumah saya lakukan sendiri tanpa bantuan suami. Bila suami keluar bekerja bila dia pulang ke rumah tengok kediaman kami sudah berubah wajah. Saya suka DIY sendiri. Saya akan cat rumah sendiri malah saya juga mengecat rumah dengan cara sendiri dengan menggunakan span basuh pinggan. Malah saya yang aktif di laman sosial juga pernah memuatnaik teknik ini di laman sosial hingga menjadi viral.
“Jika kita lakukan DIY memang banyak berjimat. Contohnya botol kicap saya akan DIY menjadi botol yang cantik, tayar pula saya buatkan menjadi kerusi. Bingkai gambar pula saya akan print sendiri dan tampal di dinding,’ jawab Fatin berkongsi ilmu dekorasi dengan lakukan secara sendiri.
Mengusik tentang ruangan yang paling digemari Fatin menjelaskan dia tertarik dengan ruangan rehat yang menempatkan dua kerusi.
“Ruang rehat yang saya letakkan dua kerusi dan di dinding ada bingakai kayu. Ruangan ini memang menjadi kegemaran saya.
“Untuk pengetahuan akak, sewaktu berpindah kami cuma ada tikar dan sebuah almari baju. Kemudian bertambah sedikit demi sedikit. Perabot yang ada di rumah saya tidaklah terlalu mahu, saya beli di Ikea dan Kaison. Semuanya yang mampu milik. Cuma saya harus bijak dapat menyusun atur agar kediaman saya tampak menarik. Saya mula melakukan dekorasi di dalam bilik tidur. Pada waktu itu saya susun baju ikut warna. Kemudian saya berani mencuba ruangan lain dan akhirnya saya berjaya menghias seluruh kediaman dengan hasil kreativiti saya sendiri.
“Walaupun rumah saya jenis apartmen namun keluarga suka bertandang ke rumah kami. Saya tidak kisah dan sangat suka jika ramai tetamu yang datang. Walaupun saya suka kepada kebersihan namun tetamu yang datang juga sangat menghargai kediaman saya. Mereka juga suka melihat keindahan rumah yang saya lakukan dekorasi yang tersendiri.
“Keluarga saya dan suami akan bertandang ke sini bila tiba hujung minggu. Malah mereka juga menjadi sumber inspirasi dan sering memberi idea dalam mendekorasi kediaman,” jawab Fatin.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknologi Penyaman Udara Bebas Angin, Inovasi Terbaru SAMSUNG Di Pasaran Global
Samsung Electronics Malaysia telah melancarkan unit penyaman udara baharu yang menampilkan teknologi penyejukan Wind-Free ™. Model AR9500T yang inovatif dan unik ini telah diperkenalkan ke pasaran di seluruh dunia.
Penyaman udara AR9500T tercipta untuk merevolusikan pasaran sebagai unit bebas angin yang pertama dengan penyejukan adaptif dan kemampuan AI. AR9500T menambahkan kepintaran dan kemudahan dengan mengoptimumkan proses penyejukan dengan ciri AI Auto Cooling, yang membolehkan pengguna menggunakan penyaman udara mereka dengan lebih mudah dan cekap. Ia berfungsi dengan menganalisis keadaan bilik, suhu pilihan pengguna dan mod penyejukan, dan bahkan iklim luar untuk beralih ke tetapan yang paling sesuai secara automatik.
Fungsi “fast-cooling” atau penyejukan pantas berfungsi dengan menyejukkan bilik dengan cepat dari satu sudut ke sudut yang lain. Ia menyebarkan udara sejuk lebih jauh dan lebih luas untuk memastikan selimut udara sejuk yang konsisten tidak kira di mana anda berada di dalam bilik. Digital Inverter Boost dalam unit Bebas Angin ini dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk pemampat mencapai kuasa maksimum sebaik sahaja ia mula beroperasi. Ini membantunya menyejukkan udara 43 peratus lebih cepat berbanding model konvensional. Dalam mod Penyejukan Bebas Angin, udara segar disebarkan dengan lembut dan sekata melalui 23,000 lubang mikro. Ini mewujudkan atmosfera yang sejuk tanpa penghasilan angin kuat yang tidak menyenangkan.
Terima kasih kepada pemampat Digital Inverter Boost yang cekap tenaga, AR9500T mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 73 peratus dan dilengkapi dengan label tenaga 5-Bintang untuk CSPF – penarafan tenaga tertinggi yang terdapat di Malaysia.
Harga adalah seperti di bawah:
1.0hp – MYR2.399
1.5hp – MYR2.699
2.0hp – MYR3.699
2.5hp – MYR4.399
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penyaman udara Samsung AR9500T Wind-Wind, layari Samsung Malaysia.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI