Sliding door atau pintu gelongsoran adalah pilihan terbaik untuk ruang kompak. Namun, nak nampak lebih bergaya dan menjadi salah satu elemen dekor yang menarik, gaya barn door menjadi pilihan. Ramai kata baran door ni mahal. Tapi aats dorongan dan kemahuan, Nurlailah Khadijah dan suami berusaha buat sendiri pintu barn door yang diingin kan. Yang menarik, track pintu dibeli di dalam shopee sahaja dan kos keseluruhan untuk membina pintu barn door ni hanyalah RM 400
Sistem lengkap rail barn door https://invol.co/cl3y2i4Track lantai https://invol.co/cl3y2lg
Kekunci pintu 90 darjah https://invol.co/cl3y2fq12″ Barn Door Handle Sliding https://invol.co/cl3y2qq
Cara-cara pasang barn door
1. Lepas ukur, tandakan tempat drill. Perlu pakai mata skru yang besar sebab skru barn door ni tebal dab panjang.
2. Dah siap pasang railing, ukur roda nak skru dekat pintu
3. Then sangkutkan pintu yang siap skru dengan roda dekat railing. Pintu pine order dari shoppe. Ni link nya https://invol.co/cl3y2v8
4. Pasang handle. Handle ni sebenarnya handle cabinet dapur, tapi kami buat handle pintu.
5. Tambah menarik, buat design pintu bentuk chevron. Kayu MDF
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kepentingan Penulenan Air Untuk Semua
Coway lancarkan NEO PLUS mampu milik!
Kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia terpaksa menilai semula: Apakah dianggap sebagai Keperluan Asas Hidup? Kesihatan yang baik tentunya diutamakan; seterusnya ialah keperluan asas seperti makanan berkhasiat, air bersih, pakaian dan tempat untuk berteduh. Bagi sesetengah orang, restoran mamak atau kopitiam kegemaran juga boleh dianggap sebagai keperluan asas!
Bagaimanapun istilah ‘keperluan asas’ juga merangkumi keperluan lain yang lebih luas. Sebagai contoh, semasa kanak-kanak membesar, ibu bapa akan memastikan makanan berkhasiat, pakaian dan rumah yang selesa dibekalkan. Keutamaan hidup jauh lebih ringkas ketika itu – rajin belajar di sekolah, bersukan dan mungkin cuba memikat hati rakan di sekolah menengah. Bagi kebanyakan kita, rumah adalah tempat tinggal dan juga sumber kasih sayang dan kekitaan.
Namun, apabila meningkat dewasa, peranan dan keutamaan kita turut berubah. Apabila kita memasuki alam dewasa, kehidupan menjadi lebih rumit. Menguruskan hal di tempat kerja sambil memenuhi keperluan keluarga di rumah, di samping menjaga kecergasan fizikal dan menjaga kewarasan minda – sesuatu yang dianggap senario “idaman” yang mustahil untuk dicapai! Lagipun, kita hanyalah insan biasa yang serba kekurangan.
Kembali ke salah satu keperluan kita yang paling asas – air bersih – Coway, pemimpin pasaran dalam peralatan rumah untuk kesejahteraan dan kesihatan para pengguna memperkenalkan penulen air NEO
PLUS, yang asas dan mampu dimiliki. Penulen air baharu ini adalah bukti bahawa peralatan isi rumah bermutu tinggi tidak semestinya membebankan dompet anda.
“Kita tidak perlu berbelanja besar untuk menikmati gaya hidup sihat, manakala kesibukan harian juga tidak bermakna kita perlu mengorbankan kesihatan kita. Salah satu daripada keperluan asas iaitu bekalan air tulen dan bersih boleh didapati pada harga yang mampu dimiliki di rumah anda,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.
“Dengan NEO PLUS, kami memastikan semua ciri-ciri asas memenuhi keperluan pengguna moden hari ini sedia ada, sambil memastikan produk kami mampu dimiliki oleh hampir semua rakyat Malaysia. Inilah faktor ‘WOW’ Coway, dan komitmen kami terhadap pengguna,” ujar beliau.
Oleh yang demikian, penulen air NEO PLUS Coway ternyata dilengkapi dengan pelbagai ciri yang pasti dihargai oleh pelbagai isi rumah. Direka khas untuk keluarga moden dan sibuk, NEO PLUS membolehkan air tulen diperolehi dengan pantas pada tiga suhu – ambien, panas dan sejuk. Penulen air ini mempunyai reka bentuk mesra pengguna yang memudahkan penggunaan dalam segenap segi. Pengguna hanya perlu menekan butang untuk memilih suhu yang dikehendaki untuk mendapatkan air bersih. Sungguh mudah!
Ciri ini sangat penting sama ada untuk ibu yang bergegas membancuh susu untuk anak yang sedang meragam (sambil mesyuarat Zoom sedang berlangsung), anak bujang yang mahu meneguk segelas air dingin selepas penat bersenam atau pasangan yang menyediakan makan malam bersama dan memerlukan air bersih dengan pantas dan mudah untuk memasak. Semua penyelesaian ini boleh
didapati daripada sumber yang sama – NEO PLUS! Ciri menjimatkan tenaga Eco Mode juga sedia membantu menjimatkan bil elektrik anda dan memulihara alam sekitar.
Apa yang pasti dihargai tentang penulen air Coway NEO PLUS, yang mempunyai kapasiti tangki 5.8-liter, ialah harganya yang berpatutan. Dengan harga promosi RM65 sebulan, ini ialah harga yang amat berpatutan untuk bekalan air bersih tanpa gangguan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Tambahan lagi, perkidmatan penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun – servis berkala sekali dalam dua bulan – memberikan ketenangan fikiran tanpa sebarang kos tambahan. Kakitangan perkhidmatan profesional Coway akan membersihkan komponen penulen air seperti tangki air dan juga menukar penapis.
Tawaran ini sememangnya yang terbaik bagi rakyat Malaysia – kemampuan sebenar yang memenuhi gaya hidup berbeza tanpa menjejaskan kualiti. Ini disebabkan, teknologi inovatif Coway yang menghasilkan gaya hidup yang benar-benar mampu dinikmati oleh semua.
Kita dapat lihat bahawa sains dan teknologi telah memainkan peranan penting, bukan sahaja membekalkan Keperluan Asas Hidup, juga membolehkan kita hidup dengan lebih mudah dan selesa. Korporasi seperti Coway yang mempelopori penyelidikan dan pembangunan terus menghasilkan pelbagai produk serba maju untuk menjadikan hidup kita jauh lebih baik dalam pelbagai cara. Sebagai sebuah Life-Care Company, Coway dianggap sebagai organisasi yang benar-benar prihatin untuk menambah baik dunia ini dengan mengubah kehidupan pengguna, memenuhi keperluan asas mereka dengan cara yang termampu.
Bukankah sudah tiba masanya anda memikirkan semula apa yang benar-benar penting dalam hidup anda? Marilah berfikir sejenak untuk menghargai keperluan asas hidup dan Hidup Lebih Indah dengan cara yang lebih baik.
Maklumat lanjut mengenai penulen air NEO PLUS dan Coway boleh didapati di www.coway.com.my dan www.facebook.com/CowayMalaysia
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Idea Ruang Santai Bajet Di Laman
Gazebo, pergola dan patio adalah antara elemen yang memainkan peranan penting dalam dekorasi sesebuah laman. Ia menjadi ruang santai atau outdoor social space bagi pemilik malah buat tetamu yang hadir. Namun, ramai beranggapan untuk memiliki sebuah struktur pergola atau patio memerlukan belanja yang besar. Sebenarnya, anda punya pilihan dengan membina sebuah ruang santai super ringkas namun selesa. Berikut, IMPIANA kongsikan beberapa idea patio bajet:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
1001 Manfaat Daun Cekur Untuk Kesihatan Tubuh Yang Ramai Masih Belum Tahu
Daun cekur atau kencur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Daunnya merupakan pengganti yang baik bagi daun kunyit dalam masakan. Rasa dan baunya yang kuat merupakan ciri yang hampir sama dengan daun kunyit Antara hidangan yang sesuai menggunakan daun ini termasuklah ubur lambuk, singgang dan masak lemak.
Namun Tahukah anda, Cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Ia juga kaya dengan vitamin B, C, protein dan mineral, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.
Ini Khasiat Daun Cekur yang harus anda tahu :
1. Anti penuaan
Kepada mereka yang mengamalkan makan kencur sebagai ulam secara berterusan, kandungan vitaminc dan mineral lain turut membantu melambatkan kesan penuaan.
2. Memecahkan angin dalam urat saraf
Di antara khasiat cekur yang paling menarik ialah membuang angin dari badan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan resepi air kencur. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.
Bahan-bahan Air kencur:
- 2 genggam cekur / kencur
- 1 genggam halia
- 1 genggam beras yang sudah dicuci dan direndam selama 3 jam
- 1 ketul gula Melaka kecil
- 1 sudu teh kecil bunga cengkih
- 1 liter air
Cara penyediaan:
- Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
- Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
- Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
- Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
- Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
- Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
- Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
- Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.
- Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing.
- Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.
- Jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain.
- Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.
Selain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.
3. Menguncup dan memulihkan rahim
Bagi ibu yang baru bersalin atau mengalami keguguran, kencur membantu untuk menguncupkan rahim dengan cepat untuk mengelakkan masalah rahim kembang. Di samping itu ia juga membantu memulihkan rahim yang tercedera atau luka sepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.
4. Memanaskan badan wanita yang baru bersalin
Masyarakat melayu menggunakan cekur untuk memanaskan badan wanita yang baru bersalin. Ambil akarnya yang berisi dan direbus dan diminum sebagai tonik. Minum setiap pagi sepanjang tempoh berpantang.
5. Membanyakkan susu ibu
Cekur juga membantu membanyakkan susu ibu. Caranya, rebus pucuk dan akar cekur kemudian jadikan sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Atau boleh juga hancurkan daunnya dan tampal pada payudara si ibu.
6. Memberikan tenaga
Khasiat lain cekur ialah mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.
7. Menguatkan rahim untuk mencegah keguguran
Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah. Rebus pokok & akarnya, dan diminum untuk menguatkan rahim.
8. Sembelit
Jika anda mengalami sembelit, petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan minum.
9. Menghilangkan gatal tekak
Anda boleh hilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbi cekur
10. Menyembuhkan bengkak
Cekur juga digunakan untuk menyembuhkan anggota badan yang bengkak. Caranya, tempelkan beberapa helai daun cekur yang telah digiling lumat.
11. Menyembuhkan selsema
Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya.
12. Menyembuhkan demam malaria
Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria.
13. Menyembuhkan penyakit resdung
Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.
14. Mengurangkan penyakit asma
Kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif.
15. Menghilangkan sakit gigi
Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi.
16. Menghilangkan kelemumur dan kutu di kepala
Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi untuk menghilangkan kelemumur dan kutu.
Itulah dia khasiat Daun Cekur yang mungkin ramai masih belum tahu. Semoga bermanfaat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI