Bila sebut penegera keselamatan je, ramai ingat untuk rumah-rumah orang kaya je kan. Tapi perlu ingat, pengera keselamatan bertujuan memberi amaran jika berlakunya pencerobohan terutamanya di waktu malam. Zaman sekarang, tak kira rumah orang kaya atau tidak, sentiasa menajdi buruan perompak. Jadi, sistem pengera keselamatan ni macam dah jadi keperluan.
Namun, untuk memiliki sebuah sistem pengera keselamatan ni harganya boleh koyak poket. Tapi, tak jadi masalah. Apa kata, kita cuba cara Shafiqah Naim.
Ads
Pasang benda ni dekat pintu, waktu malam kalau pintu terbuka, penggera akan berbunyi. Kos benda ni RM3.00 je dekat Shopee. Waktu malam kalau ada yang cuba buka pintu dari luar, penggera ni berbunyi kuat gila. Boleh pasang dekat setiap pintu masuk rumah dan tingkap.
Perabot kayu ada kesan calar? Nah ini ada cara mudah dan murah nak hilangkannya. Perabot kayu sangat sesuai dengan hampir semua bahagian dalaman moden. Bagaimanapun goresan pada perabot kayu seperti di atas meja, pintu kabinet atau sandaran tangan tentunya ‘menyakitkan’ mata.
Usahlah berasa terlalu kecewa dek kerana ‘kecacatan’ tersebut. Lagi-lagi mereka yang ada anak-anak yang masih kecil, tentulah ‘kejadian’ anak-anak terlanggar perabot itu satu perkara yang biasa berlaku.
Sebenarnya ini adalah isyarat bahawa sudah masanya untuk anda bertindak. Lalu, bagaimana cara untuk menghilangkan calar daripada perabot kayu? Jom kita cuba cara dan tek nik seperti yang dikongsikan oleh
Caranya mudah sangat! Hanya gunakan Artline Furniture yang tersedia dengan berbagai warna mengikut warna perabot anda.
Hasil kajian dalam jurnal Neochemistry pada Oktober 2012 mendapati, Kekurangan vitamin C boeh menyebabkan penurunan kadar glukosa darah, kerosakan oksidatif lipid dan pelbagai lagi. Antara rekasi yang menunjukkan anda kekurangan vitamin C adalah seperti kudis, keletihan, kurang tenaga yang boleh menyebabkan masalah tekanan, sakit sendi, gusi berdarah dan pelbagai lagi.
Solusi popular masyarakat adalah dengan pengambilan makanan tambahan seperti pil vitamin C. Namun menurut Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, anda punya pilihan lain iaitu dengan pengambilan buah-buahan dan sayuran setiap hari. Nak tahu, boleh baca perkongsian Doktor Kamarul di dalam Facebooknya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kasihnya Anak Membawa Bahagia, begitulah perumpamaan yang boleh kita gambarkan bagi anak-anak yang ‘renovate‘ rumah ibu bapa mereka ini.
‘Renovate’ Rumah Ibu Bapa, 10 Beradik Sepakat DIY Sendiri!
Terlihat perkongsian saudara Faisal Suhaimi di Group Kaki Dekor mengenai hasil kerja mereka adik beradik mengubah suai rumah orang tuanya cukup mengujakan. Untuk info, tempoh ubah suai mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan total kos yang dilakukan adalah di bawah RM 10K.
Sebelum & Selepas
SELEPAS
Adik Beradik Berkerjasama
Berkongsi kisah bagaimana tercetusnya keinginan10 adik beradik ini agar sepakat membuat ubah suai kediaman orang tua mereka daripada biasa menjadi cukup luar biasa, ianya dikongsikan oleh Faishal Suhaimi yang merupakan anak ke lima daripada 10 beradik.
Katanya, “Idea first datangnya dari idea saya sendiri dengan kakak yang sulung bersepakat nak renovate rumah. Lepas itu baru kami mintak pandangan adik beradik yang lain, bincang dalam group whatsapp, tanya macam mana semua setuju tak nak renovate rumah mak ayah.
“Tujuan kami adik beradik nak renovate ni nak bagi keselesaan dekat mak ayah, sekali balas jasa dorang laaa….sebab dah lama kami tengok keadaan rumah macam ni..so kami sepakat untuk teruskan dengan projek kami.”
Semua Buat Sendiri
Bila diajukan soalan mengenai siapakah yang melakukan kerja-kerja pertukangan, jawapan yang diberikan cukup mengujakan.
“Semua dari awal renovate sampai habis, dengan pasang siling, cat, pasang wainscoat, jahit langsir, semua kami adik beradik buat.
“Berkenaan dalam menentukan konsep pula, sebenarnya mak saya ni terlampau minat dengan warna hijau, jadi kami buat warna hijau ni lah.
“Manakalan dari segi susun atur perabot, pilihan design, dekor dan lain-lainnya adalah hasil perbincang kami adik beradik. Saya ada 10 adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.
Tersentuh Hati Ibu
“Kalau nak cerita tentang perasaan mak ayah pula, (ni saya tanya dia sendiri) mak sangat terharu dan suka dengan hasil yang anak-anak buat semua ni”
“Maklumlah, anak-anak mak bukan kerja kerajaan, semua kerja sendiri…kecuali abang sorang je kerja kerajaan….so dia macam terharu dengan hasil penat lelah anak-anak dia meniaga, (kakak sulung dan no 2-bisnes langsir)(saya sendiri – wedding planner,surprise planner) adik-adik yang lain kerja dengan kami). Simpan duit, sanggup ketepikan kemahuan masing, demi bahagiakan mak ayah…”
Bergambar bersama 8 dari 10 adik beradik. (2 orang lagi di Pasir Putih, sorang di Ipoh tak boleh rentas daerah)
“Jadinya bolehlah kami adik beradik ni anggap ini merupakan salah satu pencapaian yang sangat kami suka, dapat balas jasa mak ayah.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Keluarga.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.