Dah beli kangkung, pangkal yang ada akar jangan buang. Kita tanam pula supaya tak perlu beli lagi kangkung.

Selain dari guna biji benih, kangkung juga boleh ditanam melalui kaedah keratan batang sebegini. Kelebihan tanam kangkung cara ini ia lebih cepat membesar dan cepat tuai hasil. Malah cara penanamannya juga mudah.

1. Ambil kangkung dan potong bahagian pangkal yang berakar. Jika panjang boleh potong sedikit akarnya.

Dah Beli Kangkung, Pangkal Ada Akar Jangan Buang. Boleh Tanam

 

2. Kemudian boleh buat lubang dan terus tanam sama ada di atas batas ataupun dalam pasu. Sebaiknya ada jarak supaya pokok senang membesar.

Ads

3. Pastikan tanam sentiasa lembap kerana kangkung memang suka air. Tanam kangkung kaedah ini lebih mudah dan cepat tumbuh dari tanam biji.

Dah Beli Kangkung, Pangkal Ada Akar Jangan Buang. Boleh Tanam

 

Ads

4. Kangkung ini biasa boleh dituai antara 28-35 hari selepas tanam.

5. Waktu tuai kangkung ini, jangan terus cabut. Boleh potong saja dan kangkung akan bercambah lagi.

Dah Beli Kangkung, Pangkal Ada Akar Jangan Buang. Boleh Tanam

Ads

 

Info: Selain kangkung, bayam, sawi juga boleh ditanam mengikut kaedah ini.

Sumber: Jatye Atie Christie

Mesti Baca: Buat Baja Sendiri Guna Rumput Liar & Air Hujan, Hasilnya Tanaman Sangat Subur!

Baca Lagi: Daun Kuning Pada Tanaman Tanda Lebih Cahaya Matahari, Letak Tempat Sesuai!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI