Dah cabut rumput sekitar rumah biasanya kita akan buang atau bakar.  Tapi ramai tak tahu sebenarnya bahan terbuang ini boleh diguna semula untuk jadikan baja bagi menyuburkan tanah.

Baja rumput ini sesuai sangat digunakan sebelum mula bercucuk tanam. Cara ini dipraktikkan oleh Fadhil Arif Mohd yang berkebun di kediamannya.

Dah Cabut Rumput Jangan Buang! Guna Semula Buat Baja Untuk Suburkan Tanah

 

Cara membuat baja rumput ini juga mudah saja. Boleh guna rumput yang dimesin tepi jalan atau yang dicabut sekitar rumah.

Ads
  • Cuma perap rumput ini dalam satu bekas hingga ia mati dan rapuh. Selepas itu baja rumput ini sedia digunakan.

Dah Cabut Rumput Jangan Buang! Guna Semula Buat Baja Untuk Suburkan Tanah

 

  • Semasa sediakan batas, letakkan rumput yang diperap ini dan kambus. Boleh juga letak sekali tinja ayam. Kemudian siram dengan air sekali sehari.
  • Dalam 1-3 minggu bolehlah guna untuk bercucuk tanam. Jika keadaan tanah kering, letak beberapa kali rumput ini, Insya-Allah akan subur tanah untuk tanaman.

 

Ads
  • Jika guna pasu, letak rumput ini di bahagian bawah sekali sebelum tambun dengan tanah.

Inilah hasil pokok cili yang menggunakan kaedah baja rumput.

Dah Cabut Rumput Jangan Buang! Guna Semula Buat Baja Untuk Suburkan TanahDah Cabut Rumput Jangan Buang! Guna Semula Buat Baja Untuk Suburkan Tanah

 

Ads

 

Sumber : Fadhil Arif Mohd

Baca Lagi: Potong Rumput Laman Luas, Guna 7 Tip Ini

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI