Bersempena sambutan Hari Malaysia yang bakal menjelang pada tanggal 16 September depan, syarikat aplikasi foodpanda Malaysia tidak melepaskan peluang untuk meraikan bersama orang ramai dengan beraneka jenis makanan warisan tempatan hasil air tangan HomeChef mereka sendiri.
Dalam ingin menyempurnakan keazaman untuk menggamit kenangan nostalgia makanan warisan Malaysia, foodpanda telah memperkenalkan beraneka jenis kuih-muih yang lazat dan menjadi kegemaran ramai seperti Karipap, Onde-Onde, Cucur Badak, Pulut Panggang, Keledek Goreng dan Kek Sarang Semut.
Ketua Pegawai Eksekutif, foodpanda Malaysia berkata, “Hasrat kami adalah untuk membantu HomeChef ini supaya mereka terus memperoleh pendapatan. Ramai di antara mereka memulakan perniagaan ini selepas kehilangan sumber pendapatan utama semasa pandemik. Minat mendalam di bidang masakan dan rasa kasih terhadap makanan telah menarik minat kami untuk bekerjasama dengan mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan ke ‘dapur’ mereka untuk menikmati makanan lazat yang dimasak di rumah. Kami berharap dengan pelancaran HomeChefs, kami dapat memberikan bantuan yang mereka perlukan untuk menjangkau asas pelanggan yang lebih luas.”
Dalam usaha foodpanda untuk membantu peniaga kecil, HomeChef telah dilancarkan sebagai satu inisiatif yang dimulakan oleh foodpanda untuk menyediakan platform kepada bakal chef untuk memperoleh pendapatan sambil melakukan apa yang mereka gemari seperti memasak.
Melalui pengenalan ini, orang ramai yang tidak mempunyai modal untuk membuka kedai masih boleh memasak dari dapur mereka untuk mencari sumber pendapatan sekaligus mencapai matlamat keusahawanan mereka.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Guna Satu Bahan Ini Sahaja, Masalah Serangga Kutu Beras Dapat Dihapuskan Dengan Mudah!