Dapat selesaikan baki pinjaman hutang, beli rumah penting ambil Insuran MRTT Atau MLTT. Dalam keterujaan memiliki kediaman sendiri, jangan lupa untuk mengambil insuran rumah sebagai perlindungan hartanah serta orang tersayang. Tak kiralah jenis Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) atau Mortgage Level Term Takaful (MLTT).
MRTT dan MLTT bukan saja untuk melindungi hartanah tapi lebih kepada melindungi diri dan juga orang kesayangan. Di mana kedua-duanya adalah produk insurans Takaful yang melindungi pemilik sekiranya terjadi sebarang kecacatan serius atau kematian. Namun mempunyai kelebihan yang tersendiri.
“SAYA ADA NAK BELI RUMAH NI. TAPI NAK AMBIL MRTT ATAUPUN MLTT NI? “
Beza antara Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT) :
Dua insurans rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu. Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.Bila submit loan, Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.
Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:
MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.
MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”.
Kenapa saya cakap macam tu:
Contohnya jika harga Rumah : RM297,000
SITUASI : SELEPAS 7 TAHUN BAYAR, BAKI PINJAMAN TINGGAL RM160,000. OWNER RUMAH MENINGGAL DUNIA.
Jika ambil MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM160,000 .
Dan rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri atas rumah tu cuma 1/8 sahaja.
Jika MLTT:
Waris akan menerima pampasan RM297,000 . Baki pinjaman RM 160,000 dapat dilunaskan .Rumah tersebut akan dapat kepada isteri.
Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri!
Duit RM137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.
Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.
Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.
Lagi satu jika dalam tempoh pinjaman tu, berlaku penyakit kritikal @ lumpuh, caruman MLTT jadi PERCUMA tak perlu bayar lagi tapi caruman MRTT masih jalan seperti biasa.
Jadi dengan Ambil MLTT:
Protection Rumah dapat.
Hibah dapat.
Saving dapat
Jadi which one yang lagi menguntungkan kita? Fikir-fikirkanlah.
#MRTT
#MLTT
Mesti Baca: Habis Bayar Ansuran, Jangan Ingat RUMAH Terus Jadi Milik Kita!
Baca Lagi Di Sini: Jangka Masa Pinjaman Akan Bertambah, Adakah Digalakkan Untuk Membuat Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?
Artikel Menarik: Beli Rumah Siap Atau Beli Tanah Lot, Buat Rumah Design Sendiri, Mana Lebih Baik
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebaiknya apabila beli rumah penting ambil sekali insurans rumah yang mampu beri manfaat maksimum sebagai perlindungan jika berlaku perkara yang tidak diingini.
Sumber: Ahmad Humaizi Ibrahim
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.