cover photo (1)

Kebersihan dan keceriaan ruang dapur tidak boleh dipandang remeh kerana selain menjadi tempat menyediakan dan memasak makanan, ia juga berperanan sebagai ruang sosial buat keluarga dan tetamu berkumpul. Jadi tidak wajar jika ruang ini dibiar kotor atau tidak terurus kerana ia mungin akan mengundang rasa kurang senang kepada orang lain yang datang berkunjung.

Jika anda tidak mahu lagi ruang dapur kediaman dibelenggu dengan aura kurang enak, ikuti tip-tip mudah yang IMPIANA sediakan ini, pasti dapur akan sentiasa terasa segar dan bersih. Tetamu juga akan lebih selesa jika persekitarannya kemas dan terhindar dari sebarang kotoran serta bau busuk.

  1. Pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum letakkan di dalam bekas atau digantung pada cangkuk. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.

Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

2. Jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?

Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

IKLAN

3. Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah kita gunakan sewaktu makan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.

Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

IKLAN

4. Seterusnya, bezakan papan pemotong di rumah anda. Jangan campurkan papan pemotong daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.

Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

IKLAN

5. Gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.

Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

6. Kerapm mengganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.

Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI