
Dapur basah di luar rumah, teringat kenangan dulu-dulu masa di kampung. Memasak ‘di belakang rumah’ memang stail memasak waktu di kampung. Ketika itu dapur kayu digunakan untuk aktiviti memasak.
Pada zaman moden sekarang ini, konsep dapur di luar yang kebiasaannya adalah dapur basah masih lagi dipraktikkan. Selain dapur di dalam rumah, ramai yang suka menggunakan dapur luar untuk aktiviti memasak.
Dapur luar atau dapur basah merupakan antara ruang yang paling selamat untuk menyembunyikan segala perkakas-perkakas di dapur. Pendek kata, ruang ini biasanya tidak dikunjungi oleh tetamu kerana dianggap ruang peribadi tuan rumah.
Berikut perkongsian seorang pengguna Facebook, Zaza Zalina
“Inilah dapur luar tempat saya memasak. Nostalgia dulu-dulu saya membesar di rumah kampung, saya abadikan gaya klasik ini di rumah saya sekarang. Ada beberapa barang dapur lama yang menjadi hiasan di situ sebagai kenang-kenangan.
“Gambar pertama hingga ke empat adalah ruang dapur luar sebelum diubahsuai.”
Sumber: Zaza Zalina
ARTIKEL BERKAITAN:
Dapur Basah Konsep Raw Industri Gaya Industri Dalaman Paling Jujur
Dapur Basah VS Dapur Kering. Yang Manakah Pujaan Hati
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
https://www.youtube.com/watch?v=lMJzuQykjMI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Aura Positif Sentiasa Wujud Di Dalam Kediaman Anda, Ini 7 Benda Yang Dapat Membantu

Tidak bermakna kediaman anda paling cantik, paling style, perabot mahal mampu menggimbarakan anda. Ini fakta yang dinyatakan oleh pakar sains. Untuk membangkit aura gembira di dalam kediaman, ada beberapa keperluan yang telah disenarikan oleh ahli sains antaranya ialah:
1. Dinding berwarna hijau atau kuning
Menurut kajian Vrije University in Amsterdam Dalam banyak-banyak rona, yang terdapat di dunia hanya dua warna sahaja yang mampu membangkitkan aura gembira (happiness) iaitu hijau dan kuning. Tapi, tidak bermakna anda perlu mewarnakan kesluruhan kediaman anda dengan warna tersebut. Cukup sekadar memilih salah satu dinding atau feature wall yang di aliskan dengan rona kegimbiraan ini
2. Bunga segar
Walaupun ramai beranggapan bunga segar terutamanya cutting flower perlu peruntukkan belanja kerana apabila tiba masa, ia perlu diganti. Namun, kajian yang dijalankan oleh Rutgers mendapati kehadiran bunga sama ada dalam bentuk pemberian dan hiasan mampu memacu emosi gembira. Apa perasaan pasangan anda bile dia menerima sejambak bunga? Gembira kan. Jadi, tolak ketepi isu mahal atau membazir. Pilih bunga yang mampu milik
3. Gambar kenangan
Jika side table di tepi katil anda dihiasi dengan pasu dan bunga, tukarkan ia dengan bingkai gambar-gambar kenangan. Satu kajian yang dijalankan oleh University of Portsmouth mendapati dengan melihat gambar-gambar kenangan ia mampu mencetus emosi yang positif.
4. Lilin dengann aroma vanila
Ada sebab kenapa anda digalakkan untuk memasang atau menyalakan lilin dengan aroma vanila selepas pulang dari kerja. Aroma vanila amat menenangkan. Jika anda ingin memperbaiki imosi, kajian Chemical Senses mendapati vanilla beans mampu menaikkan semangat positif
5. Si comel
Ada sebab kenapa di katakan anjing sebagai “Man’s Best Friend”. Kajian yang disiarkan oleh Journal of Personality and Social Psychology mendapati haiwan peliharaan menjadi sokongan di dalam hidup pemiliknya. Sebab itu, haiwan peliharaan terutamanya kucing dan anjing digunakan untuk tujan terapi bagi penyakit-penyakit tertentu
6. Aroma bunga
Anda digalakkan untuk menggunkan penyegar udara yang mempunyai aroma bungaan seperti ros dan lavender. Ini kerana, deria bau dihubungkan terus kepada otak. Jadi apabila anda menghidu sesuatu aroma bungaan, ia akan terus disalurkan ke otak dan membangkitkan aura yang tercetus dari bau tadi. Menurut kajian oleh Association for Psychological Science, , aroma bunga mampu meningkatkan emosi gembira.
7. Katil yang selesa
kita percaya bahawa untuk mendapatkan satu semangat yang harmoni sepanjang hari adalah melalui tidur yang nyenak. Jika tidak, seharian anda di tempat kerja akan berasa mengantuk dan letih. Betul tak? Jadi untuk menjamin tidur yang nyenyak, sediakan katil yang selesa dan empuk.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“On” Air-cond Tapi Masih Boleh Jimat Lebih 10% Bil Elektrik, Macam Ni Rupanya

Musim panas ni mesti bil elektrik melambung. Al Maklumlah aircond setiap ruang dibuka dalam tempoh yang lama pula tu. Berikut impiana kongsikan 7 tip untuk jimatkan bil elektrik ketika menggunakan aircond
1. Tutup suis utama
Bukan hanya tutup aircond pada alat kawalan jauh sahaja. Suis utama pun perlu di tutup. Dengar kata, jika anda amalkan teknik ini ia dapat menjimatkan bil elektrik sehingga 10%
2. Tetapkan masa penggunaan
Tengah malam, suhu di dalam bilik akan turun. Secara tidak langsung suhu di dalam bilik sedikit sejuk. Jadi, setkan masa penggunaan aircond pada alat kawalan jauh sehingga pukul 1 sahaja atau maksimum 2 jam. Selebihnya, on kan kipas
3. Tetapan Mode dan suhu untuk jimat elektrik
Setkan mode “dry” pada alat kawalan jauh dengan tetapan suhu 24. Jika tetapan suhu lebih rendah dari 24, ia akan mengakibatkan kompresor bekerja lebih. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan penggunaan elektrik tambahan.
4. Gunakan kipas
pasang kipas dan buka pintu serta tingkap terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum on aircond. Cara ini dapat memastikan haba panas di dalam bilik dapat dibebaskan atau keluar. Kemudian baru on aircond
5. Bersihkan penapis penyaman udara setiap bulan
Tiba-tiba angin dari aircond terasa panas atau angin yang dikeluarkan terlalu perlahan. Ini menunjukkan penapis aircond anda tersumbat. Hal ini sekali lagi akan menyebabkan kompresor bekerja lebih. Sebaiknya, cuci penapis aircond setiap bulan
6. Tukar aircond berusia lebih 10 tahun
Sebaiknya, tukar aircond yang telah berusia. Kondisi aircond yang berusia juga antara salah satu penyumbang kepada penggunaan elektrik berlebihan. Ia disebabkan oleh kondisinya yang tidak berfungsi secara baik.
7. Beli aircond 5 bintang
Perasan tak setiap barang elektronik ada pelakat 5 bintang? pelekat tersebut telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Jika produk tersebut mendapat 5 bintang, ini bermakna ia jimat tenaga
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Tambah Tingkat Kediaman? Ini Perkara Mustahak Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Menaiktaraf sesebuah kediaman memerlukan kesabaran kerana ia membabitkan ramai pihak dan akan mengambil masa yang panjang. Tetapi jika anda sudah tahu langkah yang perlu diambil dari A hingga Z, sudah tentu lebih mudah dan lancar.
Melalui perkongsian arkitek bertauliah, Ar.Azizul Azwar ini, pemilik dapat menyemak proses yang perlu dilalui serta beberapa tip bagi memastikan anda tiak menaggung kerugian ketika melakukan ubahsuai.
BOLEH KE NAK TAMBAH TINGKAT BARU KAT ATAS?
“I ingat nak tambah tinggi rumah 2 tingkat jadi 3 tingkat. Boleh ke?”
Pagi-lagi dapat text dari Klien lama kawe. Alhamdulillah ade orang yang nak berbelanja ubahsuai rumah di zaman Covid nih.
Antara keghairahan Pemilik rumah yang ingin mengubahsuai rumah ni antaranya, tambah luas dapur, sambung bilik tidur, tambah ruang famili dan macam-macam lagi.
Dalam banyak-banyak ubahsuai tambahan, kawe paling seram bila Pemilik rumah nak tambah tingkat. Maknanya rumah 1 tingkat, tapi nak jadikan 2 atau 3 tingkat.
Bertambah seram bila rumah asal ni dah berumur lebih 20 tahun, yang pelan asal mungkin dah takde dalam mana-mana simpanan.
Jadi sebelum Pemilik nak ubahsuai tambahan tingkat nih, kawe suggest Pemilik untuk teliti beberapa perkara terlebih dahulu:
1) Semak Dengan PBT;
2) Berapa Bajet;
3) Lantik Arkitek dan Engineer;
4) Lantik Kontraktor Berpengalaman;
5) Bincang Dengan Jiran.
SEMAK DENGAN PBT
Sebelum duk dengki dengan jiran renovate rumah tambah tingkat, semak dulu dengan PBT niat kita ni. Sebab tak semua PBT benarkan pertambahan nih.
Ada PBT pulak benarkan, tapi hingga beberapa aras sahaja.
Nak semak ni tak susah pun. Call je hotline PBT, then bagitau nak bercakap dengan Jabatan Bangunan.
Tak tahu nak cakap apa? Ni saya bagtau:
“Salam sejahtera. Ni Jabatan Bangunan ye? Saya En X, ada rumah teres 2 tingkat kat Taman M, Daerah N. Boleh tahu jika saya boleh tambah jadi 3 tingkat?”
Mudah je kan?
Senang jika dah confirmkan sendiri ni. Tak buang duit bayar deposit Arkitek, tapi bile check tak boleh buat
Semakan kawe di beberapa PBT adalah seperti berikut:
a) Majlis Bandaraya Seremban – Tak Boleh
b) Majlis Perbandaran Dungun – Boleh
c) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya – Tak Boleh
d) DBKL – Boleh
e) Majlis Perbandaran Kuala Terengganu – Boleh
f) Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Boleh
BERAPA BAJET
Untuk tambah aras baru nih, biasanya harga sekaki lebih mahal daripada buat rumah ‘from zero’.
Ni sebab kontraktor banyak kene consider:
1) Protective works – taknak habuk kacau sekeliling
2) temporary structure works – nak bagi tahan struktur rumah masa buat kerja
3) demolishing works – nak roboh bumbung, dinding sediada
Biasa rate nih boleh pegi dari RM180 – RM300 sekaki. Bergantung kepada pelbagai faktor lah jugak ye.
LANTIK ARKITEK DAN ENGINEER
Nak tambah tingkat tambahan nih memang kena lantik Arkitek dan Engineer.
Biasa kawe akan buat beberapa semakan dulu sebelum mula kerja:
1) ‘Visual Inspection’ – tengok jika ade crack yang besar
2) Pelan Sediada – nak tengok kedudukan tiang dan beam
3) ‘Structure Integrity Test’ – nak tengok jika struktur tu boleh tahan beban tambahan
4) ‘Height Limit’ – ni kene check dengan PBT balik, kot-kot Pemilik tak check lagi.
Ringkasnya,
> Arkitek – check regulation untuk tambah ruang atas
> Engineer – check struktur kuat dan selamat ke tak
LANTIK KONTRAKTOR BERPENGALAMAN
Dah setel design, dah submit ke PBT dan dapat kelulusan pelan baru lah lantik Kontraktor.
Nak lantik Kontraktor tambah aras nih biasa kena lebih cermat. Sebab tak semua Kontraktor tahu buat kerja tambah aras nih.
Banyak dah kawe tengok Tukang lagak champion dah start kerja roboh tapi:
1) Roro bin tak sampai lagi;
2) Temporary support tak pasang lagi;
3) Terlupa nak pasang safety net sampai habuk masuk rumah jiran
BINCANG DENGAN JIRAN
Ni antara perkara penting yang ramai Pemilik rumah tak buat. Ingat nak renovate rumah ni tak perlu mintak kebenaran jiran ke?
Kebanyakan PBT memerlukan ‘Surat Sokongan Jiran’ sebelum memulakan ubahsuai rumah teres nih.
So bagi Pemilik yang berniat nak ubahsuai rumah nih, mula lah bertegur sapa dan berbaik-baik dengan jiran anda.
Jadi jika tengok rumah sebelah renovate rumah secara ‘haram’, jangan dengki dulu. Takut nanti sama-sama terjebak kena saman.
“Tuan, saya check dengan PBT, kawasan rumah Tuan ni dibenarkan tambah aras tapi kena mintak kebenaran jiran” kawe explain kat Klien.
“Eh jiran saya naik tinggi-tinggi ni tak minta kebenaran saya pun?”
Kawe terkedu.
-Ar. Azizul-
#azizulazwararchitect
#ipmprofessionalservices
#PBT
SUMBER : Azizul Azwar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI