Dekat rumah pun ada dapur basah dan dapur kering ke? Ya betul tu. Di dapur rumah kita, ada bahagian dapur yang basah dan juga kering ya. Tapi apa bezanya dapur basah dan dapur kering? Mari sini saya jelaskan.
DAPUR BASAH
Kebiasaannya, kawasan atau waktu sebegini, di dapur ia dipanggil dapur basah kerana, kita sedang dalam pre-cooking atau erti kata lain, sesi sebelum ingin memasak. Ia di mana, persiapan-persiapan yang perlu dilakukan, seperti, menyiang ikan, membasuh ayam, mencuci segala sayur-sayuran dan lain-lain. Menggoreng makanan yang mengeluarkan bau yang kuat juga dikategorikan dalam dapur basah. Aktiviti-aktiviti di dapur basah semua ini pasti akan berkecah dan berlecak punya sebab banyak menggunakan air. Tambahan lain, sinki, mesin basuh, pinggan/mangkuk, ketuhar dan dapur gas, juga boleh dikategorikan dalam dapur basah kerana kerjanya lebih banyak tenaga kerja iaitu membersih dan mengemas.
Baik, itu adalah apa dimaksudkan dengan dapur basah. Sekarang, kita pergi kepada apa itu dapur kering.
DAPUR KERING
Jika kita bandingkan dapur basah dan kering, ia sangat jauh perbezaanya kerana dapur kering lebih kepada penyediaan makanan yang senang untuk disediakan. Sebagai contoh, aktiviti dapur kering ini macam membuat roti bakar, memotong sayur/buah-buahan, dan juga memanaskan makanan dalam ketuhar. Peralatan yang ada dalam kategori dapur kering pun seperti peti sejuk, pembancuh kopi, dan ketuhar gelombang mikro.
Jadi, sekarang ini, anda sudah tahu kedua-dua beza dapur kering dan dapur basah. Persoalannya, yang mana anda lebih suka bekerja? Di dapur basah ataupun kering?
Sumber: PropertyGuru (https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/apakah-perbezaan-antara-dapur-basah-dan-dapur-kering-35749)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI