Dapur Berbelas Tahun Masih Cantik
Dapur Berbelas Tahun Masih Cantik

Memiliki dapur yang cantik dan bersih adalah impian setiap pemilik rumah. Namun, menjaga dapur agar tetap kelihatan baru dan teratur walaupun telah digunakan bertahun-tahun adalah satu cabaran.

Jika nak dapur kemas dan tersusun rapi, kena disipilin ajar letak barang ke tempat asal selepas guna. Paling penting, tidak terbiar tanpa dilap dan dicuci. Inilah konsep yang diguna oleh seorang wanita, Jenn Lee Goldfish. Hasilnya dapur yang berbelas tahun guna pun nampak cantik dan bersih.

Tip Nak Dapur Kemas

Berikut antara tip yang dikongsikan Goldfish:

Dapur Berbelas Tahun Masih Cantik Dan Bersih, Tipnya Elak Letak Barang Atas ‘Table Top’

1. Jangan letak barang atas dapur

-Beliau tidak suka simpan banyak barang atas dapur. Semuanya diletakkan dalam kabinet termasuklah gula, garam, kicap dan minyak masak. Hanya sudu, garfu yang berada di luar, manakala yang lain dilarang untuk berada di atas meja dapur.

“Mungkin ada yang akan cakap ‘Eh! Si Jenn tidak masak di rumah? Suami saya selalu masak. Namun, beliau pun terikut gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja,” jelasnya.

2. Kain lap jangan letak merata

– Kain lap meja jangan letak merata. Beli tuala berharga RM4 di Mr DIY. Selepas lap, keringkan di luar rumah. Elakkan sidai di mana-mana bahagian dapur.

Dapur Berbelas Tahun Masih Cantik Dan Bersih, Tipnya Elak Letak Barang Atas ‘Table Top’

Ads

3. Plastik terpakai kena lipat

-Elakkan main sumbat sahaja plastik terpakai. Lipat cantik-cantik lalu masukkan dalam satu bekas.
-Anda juga boleh jadikan ia sebagai satu aktiviti keluarga. Ajar anak-anak tolong lipat plastik tersebut.

 

4. Mop lantai dan lap dapur selepas masak

-Jadikan ia satu rutin terutama mop lantai dan lap dapur memasak sehingga berkilat.
-Pastikan lepas makan terus cuci pinggan mangkuk, tiada orang lain akan tolong cuci. Selepas makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.

5. Pilih alas meja jenis tidak bercorak

-Jika dapur anda lapis mejanya menggunakan tikar getah, pilih yang tiada corak ataupun corak marble supaya dapur kamu nampak selesa dan tidak sesak.

Ads

6. Langsir dapur warna putih

-Elak pilih langsir warna terang di dapur. Sebaiknya, pilih warna putih supaya dapur nampak luas.

Dapur Berbelas Tahun Masih Cantik Dan Bersih, Tipnya Elak Letak Barang Atas ‘Table Top’

Beliau sambil berseloroh berkata, ruang dapurnya tidak dipasang langsir kerana memudahkan beliau untuk melihat pontianak di luar waktu malam.

Amalkan Konsep, Less Is More

“Walaupun hidup kami sederhana, hati senang kerana tidak banyak barang berselerak. Rezeki senang masuk dan kami suami isteri jarang berselisih faham.

Ads

Dapur Berbelas Tahun Masih Cantik Dan Bersih, Tipnya Elak Letak Barang Atas ‘Table Top’

“Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang-barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang tiga plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more,” ungkap beliau lagi.

Ternyata dapur memang nampak luas, bersih dan tersusun. Barang yang diletakkan di atas dapur pun boleh dihitung dengan jari. Nanti anda pun boleh cuba tip wanita untuk naikkan seri ruang dapur di rumah, barulah semangat nak masak!

Walau sudah 14 tahun tinggal di kediamannya, ramai yang memuji ruang masak beliau tersusun rapi dan menarik. Rupa-rupanya ada cara yang dipraktikkan wanita berkenaan bagi memastikan dapurnya sentiasa dalam keadaan kemas dan tetap berkilat biarpun sering digunakan.

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI