Ruang ini adalah ruang kegemaran ramai, tapi tidak semua suka akan berada di ruang ini untuk melakukan kerja untuk menghasilkan sesuatu yang mereka ingin nikmati. Manakala ruang ini juga seringdi katakan sebagai nadi kediaman sesebuah keluarga. Ramai yang suka makan, tapi tidak suka masak. Betul tak?
Sebenarnya, ruang dapur adalah ruang kedua yang perlu dititik beratkan dalam seni sentuhan dan kemasan, selepas ruang tamu. Ini kerana ruang ini juga bakal dikunjungi tetamu tatkala datang ke rumah. Jika ruang dapur dibiar seperti tongkang pecah, alamatnya tetamu pun takut nak masuk ruang tersebut. Jadi janganlah kita biarkan ruang dapur ini ikut rasa sahaja ye.
Ads
Kali ini, IMPIANA ingin berkongsi ruang dapur yang di miliki oleh follower Facebook IMPIANA yang disayangi ini. Encik Asrul Wahab, beliau tidak loket berkongsi kisah dapurnya yang kini sudah berwajah baru. Jika di perhatikan tona hitam dan putih mejadi pilihan beliau untuk ruang dapurnya. Bijak menyusun perkakas dan kelengkapan dapur di sudut yang menarik perhatian.
Ads
Penggunaan bidai yang ringkas untuk ruang dapur ini memberi kemudahan cahaya menembusi ruang dapur yang agak terhad ini. Manakala, dinding dapur asal yang mengunakan jubin 1 kaki x 1 kaki kini ditukar dengan jubin yang lebih moden dan bergaya.
Ads
Jom lihat hasil sentuhan di keseluruhan dapur beliau, mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk ruang dapur anda pula.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Elak Aroma Memasak Terpengap, Letak Secawan Cuka Sebelah Tempat Memasak. Memasak, kalau bau tak semerbak memang tak sah. Kalau aromanya tak terperap, terpengap dalam rumah, tak ape lah. Tapi kebiasaanya makan masa yang lama untuk hilang seperti bau ikan masin. Walaupun pengudaraan baik, hood pun telah di pasang, belum tentu ia dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Melangsir dari website Thekitchen, ada cara lebih mesra, mudah dan murah yang anda boleh gunakan untuk atasi masalah aroma masakkan dari bebas berkeliaran di dalam kediaman anda.
Sebaiknya letak secawan atau semangkuk cuka bersebelahan dengan tempat memasak. Sebagai bonus, biarkan terus cuka di dalam cawan tadi semalaman untuk terus berfungsi sebagai penghapus aroma di dapur anda. Apa logiknya cuka dalam membantu untuk hilangkan aroma atau wap masakan?
Asid asetik dalam cuka meneutralkan bau alkali. Ini bermaksud ia boleh membantu menghilangkan bau masakan dengan murah dan mudah tanpa perlu anda bekerja keras
Selain itu juga, ada sesetengah orang suka semburkan larutan cuka di sekeliling dapur sebelum dan selepas memasak. Cara untuk hasilkan laruta semburan ini adalah dengan campurkan 1 bahagian air dan satu bahagian cuka. Kemudian masukkan ke dalam botol semburan. Bila perlu, boleh lah anda gunakan dengan mudah
Dapur merupakan tempat untuk menyediakan serta menyimpan berbagai bahan makanan. Oleh itu, akan terdapat berbagai aroma di dapur, bermula dari aroma sedap hasil masakan atau bau yang kurang menyenangkan dari beberapa bahan atau sisa masakan. Antara bahan makanan yang sering menimbulkan bau adalah ikan, bawang, tapai, durian dan masih banyak lagi.
Memakai pewangi ruang jenis semburan boleh menimbulkan rasa takut kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewangi boleh mencemari bahan makanan yang banyak terdapat di dapur. Jika pewangi jenis gel pula tidak tahan lama. Oleh itu, IMPIANA ingin berikan anda tips menghilangkan bau kurang menyenangkan di dapur menggunakan bahan alami sekaligus menjimatkan duit poket anda.
KOPI HILANGKAN BAU AMIS
Bagi anda yang gemar membancuh kopi di rumah pasti ruang dapur anda tidak ada masalah dengan bau. Kajian telah dibuat oleh para saintis, aroma yang dikeluarkan dari kopi mampu meneutralkan bau sekelilingnya. Jadi apa yang harus anda lakukan adalah, bancuh kopi di saat bau yang kurang menyenangkan hadir di dapur anda.
BAKING SODA HILANGKAN BAU SINKI
Sinki seringkali mengeluarkan bau yang tak sedap. Ada cara mudah untuk menghilangkan bau itu. Bersihkan sinki anda dengan sabun pencuci pinggan, kemudian bilas. Tuang setengah sudu baking soda ke dalam sinki dan lubang sinki, biarkan selama satu jam. Setelah itu, bilas sinki anda dengan air panas.
ARANG HILANGKAN BAU TEMPAT SAMPAH
Jika anda meletakkan tempat sampah di dapur, pasti akan ada bau yang kurang sedap akan muncul. Untuk mengatasinya, letakkan beberapa potong arang pada tempat sampah tersebut. Tapi anda haurs diingatkan, jangan lupa untuk membuang sampah secara teratur. Lakukan pada malam hari setelah aktiviti dapur selesai.
KULIT LIMAU & LEMON BUAT DAPUR WANGI
Ingin dapur beraroma wangi dengan bahan alami? Mudah saja, rebus kulit limau atau lemon dengan 1/2 gelas air. Aroma segar alami yang dikeluarkan jeruk dan lemon tersebut akan membuat dapur anda menjadi segar. Atau, anda juga boleh meletakkan kulit limau atau lemon di dalam microwave selama kurang lebih lima minit.
Jangan pandang sebelah mata pada perabot yang dijual di kedai-kedai secondhand kerana jika nasib menyebelahi kita, mungkin ada “harta karun” yang sedang tunggu untuk diberikan peluang kedua. Tambahan pula, barangan dikedai sebegini biasanya amat limited dan mungkin ada satu saja yang tinggal, justeru meningkatkan lagi nilai estatiknya.
Itulah yang dilakukan pengguna Facebook Fithry Anaqi yang telah berkongsi hasil ubahsuai kerusi dengan rekabentuk retro yang tampak lusuh dan kurang menarik menjadi sebuah set kerusi yang lebih elegan. Kerusi lama yang dibelinya dari kedai perabot terpakai itu telah ditambahbaik dengan menukar cat serta kusyen yang baharu.
Kerusi yang menggamit memori lama itu telah diberi peluang kedua apabila ada yang tahu menilainya.
Microwave bagaikan satu keperluan kini untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak. Tapi, ramai terlalu ambil mudah ketika menggunakan microwave sehingga melakukan banyak kesalahan yang akhirnya mengundang masalah lain. Antaranya ialah:
Menggunakan bekas plastik yang tak sesuai untuk microwave
Untuk memastikan bekas plastik yang sesuai untuk digunakan di dalam microwave tertera lebel pada dasar bekas atau pada pembungkus bekas seperti pada rajah dibawah
Tidak pernah membersihkan microwave sebelum dan selepas digunakan
Walaupun microwave kelihatan bersih, Tetapi kondisinya amat sesuai untuk menjadi tempat pembiakkan bakteria. Sebab itu, anda perlu cuci atau bersihkan microwave setiap kali hendak digunakan dan selepas digunakan untuk mengatasi masalah ini.
Memasak menggunakan suhu yang tinggi
Tidak semua makanan sesuai dipanaskan pada suhu yang tinggi. Antaranya makanan yang tak sesuai termasuklah daging dan keju. Menurut WHO, maksimum suhu 158 darjah fahrenheit yang paling sesuai digunakan untuk memasak atau memanaskan makanan di dalam microwave
Tak sesuai nyahbeku daging dalam microwave
Ramai juga yang menggunakan microwave untuk tujuan nyah beku atau defrost. Memang ada aplikasi etrsebut pada microwave. Namun ia tidak sesuai untuk bahan mentah seperti daging, ayam dan ikan. Ia akan menyebabkan ada beberapa bahagian daging matang sebelum dimasak betul.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.