Dapur Hitam & Putih Beri Kepuasan

Share

Ruang ini adalah ruang kegemaran ramai, tapi tidak semua suka akan berada di ruang ini untuk melakukan kerja untuk menghasilkan sesuatu yang mereka ingin nikmati. Manakala ruang ini juga seringdi katakan sebagai nadi kediaman sesebuah keluarga. Ramai yang suka makan, tapi tidak suka masak. Betul tak?

Sebenarnya, ruang dapur adalah ruang kedua yang perlu dititik beratkan dalam seni sentuhan dan kemasan, selepas ruang tamu. Ini kerana ruang ini juga bakal dikunjungi tetamu tatkala datang ke rumah. Jika ruang dapur dibiar seperti tongkang pecah, alamatnya tetamu pun takut nak masuk ruang tersebut. Jadi janganlah kita biarkan ruang dapur ini ikut rasa sahaja ye.

Kali ini, IMPIANA ingin berkongsi ruang dapur yang di miliki oleh follower

Facebook IMPIANA yang disayangi ini. Encik Asrul Wahab, beliau tidak loket berkongsi kisah dapurnya yang kini sudah berwajah baru. Jika di perhatikan tona hitam dan putih mejadi pilihan beliau untuk ruang dapurnya. Bijak menyusun perkakas dan kelengkapan dapur di sudut yang menarik perhatian.

Penggunaan bidai yang ringkas untuk ruang dapur ini memberi kemudahan cahaya menembusi ruang dapur yang agak terhad ini. Manakala, dinding dapur asal yang mengunakan jubin 1 kaki x 1 kaki kini ditukar dengan jubin yang lebih moden dan bergaya.

Jom lihat hasil sentuhan di keseluruhan dapur beliau, mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk ruang dapur anda pula.

Published by
Impiana