Dapur Melekit Berkerak, Cuba Guna Cuka Dengan Soda Bicarbonate Lihat Hasilnya

Share

Kalau dah selalu masak tu, masalah dapur melekit dan berkerak tu adalah perkara biasa. Tapi memang sakit matakan bila tengok dapur berkerak. Walaupun dah sental beribu kali masih lagi melekit minyak dan kerak. 1001 produk pencuci la dah cuba masih tidak tanggal sepenuhnya.

Masalah melekit dan kerak ni berpunca dari kesan minyak dan masakkan kita harian. Kalau nak dapur cantik bersih sentiasa kena rajin. Tapi pastinya tidak ramai yang mampu melakukan perkara sebegini.

Bukan sekadar lap permukaan dapur, anda harus bersihkan besi atau kaki dapur serta celah-celah dapur tersebut setiap kali selepas masak. Pastinya anda perlu tunggu tungku dapur sejuk baru boleh cuci. Hmmm… bukan la satu perkara yang mudahkan. Selalunya lepas masak pasti dah penat dan malas nak masuk dapur balik.

Aktiviti mencuci secara terperinci seperti ini boleh dilakukan seminggu sekali agar lekit minyak dan kesan kerak degil itu tidak lama dipermukaan dapur. Jadi bila anda cuci ia akan lebih mudah dan cepat untuk tertanggal.

Bagi dapur sesiapa yang dah berkerak dan melekit dengan kesan minyak degil tu jangan risau anda banyak sahaja cara dan tip mudah untuk anda hilangkan kesan melekit dan kerak pada dapur anda.

Hanya gunakan dua bahan yang ada di dapur anda sudah mampu menghilangkan kesan degil dan kotoran itu. Memang mudah untuk hilangkan kesan kotoran yang degil macam kesan lekit minyak dan kerak kesan dari sisa masakan.

IMPIANA kongsikan dua bahan yang mudah anda dapati:

  1. Cuka
  2. Soda Bikarbonat

Cara guna

  1. Taburkan soda bikarbonat pada permukaan dapur anda, lebih pun tak apa lagi cepat ia bertindak untuk menanggalkan kesan kotoran yang degil.
  2. Siram dengan cuka dan lap dengan menggunakan kain. Boleh lihat hasilnya. Memang terbaik.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Impiana