Rekaan dapur ‘simple’, moden dengan sentuhan gaya industri menjadi identiti bagi ruang ‘heart of the home’ milik pelakon Keith Foo,41. Pemilihan rona gelap seperti hitam dan kelabu pula menyerlahkan lagi pesona dapur menawan di kediaman beliau.
Berkongsi dapur idaman yang berjaya direalisasikan, ayah kepada Skylar Raymond,7 ini ternyata mempunyai citarasa yang tersendiri. Rekaan dapur terbuka yang cukup minimalist, moden namun dengan sedikit sentuhan gaya industri.
“Dapur saya berkonsep terbuka. Saya mahukan dapur yang mempunyai sentuhan nostalgia tersendiri. Lantai dapur seperti berada di rumah kampung dengan kemasan simen. Ia seperti dapur yang selalu saya bayangkan selama ini. Saya mahukan dapur rona gelap, hanya 2 tona warna iaitu hitam dan kelabu. Bahkan warna ini bersesuaian dengan gaya industri bagi tema rumah ini,” jelas Keith Foo.
Kemasan bagi kabinet dapur menggunakan material jenis ‘water resistant’ dan mudah dijaga. Iaitu menggunakan Melamine Faced Chipboard (MFC).Perletakan kaunter pulau disamping Power Track Soket memaksimumkan fungsi di ruang dapur ini. Perincian aksesori dapur turut diberi perhatian seperti pemasangan ‘Tall Pantry Unit’ bagi memudahkan penstoran dalam kabinet.
Memang cukup bergaya, dapur milik pelakon yang cukup popular dengan drama bersiri Ariana Rose ini. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi yang lain.
Mesti Baca: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’
Baca Lagi Di Sini: Kemas Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 4 & 5 Kemahiran (PVMA), Buat Kabinet Dapur Macam ‘Pro’!
Artikel Menarik: Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal
Sumber: Keith Foo & Signature Malaysia
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.