
Proses renovasi dapur merupakan salah satu perkara yang paling merumitkan. Sama seperti tandas atau bilik air, ruang dapur memerlukan ketelitian pada kemasan sesuai dengan aktiviti. Sistem perpaipan sanitari juga perlu dititikberatkan supaya tiada sebarang kesulitan yang boleh berlaku dimasa hadapan. Selain itu konsep sesebuah dapur juga perlu seiring dengan fungsi dan penggunaannya agar lebih mudah untuk pemilik menyelenggara dapur kediaman.
Konsep rustik mempunyai peminatnya yang tersendiri. Konsep ini mempunyai ciri-ciri seperti penggunaan bahan semulajadi yang lebih sesuai dibiarkan raw dan tanpa kemasan. Kayu palet pula merupakan salah satu jenis kayu yang paling mudah dan murah anda boleh dapati. Jom tengok beberapa inspirasi dan idea untuk kabinet dapur menggunakan kayu palet.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Lengkapkan Kediaman Bersaiz Kompak Dengan Dekorasi MUJI, Minimalis & Cozy!

Konsep rekaan dalaman rumah yang minimalis sudah menjadi perkara lazim. Ramai beralih arah dalam merias rumah secara bersederhana dan mengikut keperluan harian. Hasilnya ia menjadikan rumah ialah hak milik untuk berehat, menghabiskan masa dengan keluarga dan melapangkan minda tanpa perlu berbelanja lebih.
Konsep MUJI ini sering menjadi pilihan untuk pemilik kediaman yang memilik saiz rumah yang kompak dan mempunyai ruang bukaan yang minimal. Konsep kediaman MUJI telah wujud pada 2004 di Jepun yang banyak memfokuskan rumah bersaiz kompak.
Rekaan MUJI House mengambil kira segala aspek termasuk kelengkapan rumah, perabot dan perkakas. Mengetengahkan rona-rona semula jadi iaitu putih dan coklat kayu, konsep MUJI kelihatan seakan sebuah kediaman berkonsepkan nordic atau scandinavian. Konsep MUJI ini cukup sesuai untuk pemilik yang ingin mengetengahkan clean cut dalam susun atur rumah.
Jika diperhatikan konsep MUJI ini lengkap dan praktikal bagi setiap sudut yang mengenakan gaya ini. Pemilihan saiz perabot dan juga rekaan perabot itu sendiri cukup menyempurnakan ruang yang kurang keluasannya. Tidak serabut dan langsung tidak kelihatan sempit.
Namun, MUJI mempunyai rekaannya yang tersendiri dengan menggabungkan pengaruh budaya dalam setiap rekaannya.
Gambar kredit: Sissay Group
Perkongsian daripada: A.L Decodesign
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Bina Kolam Ikan Sendiri Di Halaman Rumah

Mempunyai sebuah kolam ikan di halaman atau taman anda merupakan satu kelebihan. Di samping memberi nilai tambah kepada persekitaran, ianya dapat mengimbangi ekosistem kepada ikan dan spesies lain untuk terus hidup.
Sesebuah kolam asas mempunyai lapisan “liner” yang bermutu, sistem pam yang efisen dan dihiasi dengan batu-batu kecil. Lazimnya, kolam yang lebih besar tidak semestinya akan menambah kos anda kerana perbelanjaan sebenar adalah terletak kepada sistem pam dan penapisannya.
Seksyen ini dapat membantu anda menyedia gabungan idea dan konsep, menyedia langkah demi langkah bagi membolehkan anda membina sebuah kolam di halaman anda. Ianya tidak terlalu rumit sekiranya anda mempunyai peralatan yang sesuai dan mengikuti langkah-langkah yang diberikan.
- Lokasi kolam. Peletakan kolam adalah penting, sama ada di bahagian hadapan atau belakang rumah, di bawah teduhan atau kawasan terbuka. Pastikan kolam tidak ditempatkan di kawasan yang terdedah kepada larian air selepas hujan. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lapisan “liner” dinding kolam.
- Kedalaman kolam. Untuk tujuan memelihara ikan dan meletakkan tumbuhan, kedalaman kolam mestilah sekurang-kurangnya empat kaki (1.2 m). Tumbuhan akuatik amat sesuai pada kedalaman di antara tiga hingga lima kaki (0.9 ke 1.5 m). Pastikan bahagian paling rendah kolam di mana ditempatkan saluran air keluar berada jauh dari saluran air masuk ke kolam.
- Saiz kolam. Secara umumnya, semakin besar kolam, semakin elok. Isipadu air yang banyak boleh menyediakan ruang lebih luas kepada ikan dan tumbuhan akuatik. In dapatkan mengurangkan tumpuan menyelenggaraan untuk kedua-duanya.
- Bentuk kolam. Tentukan pilihan anda sama ada kolam tersebut formal atau sebaliknya.. Kolam formal berbentuk segi empat, segi empat tepat dan bulat. Kolam tidak formal kebiasaanya seperti kolam semula jadi yang mengikut garisan kontor tanah dan tidak mempunyai bentuk spesifik. Pastikan sebarang reka bentuk yang dipilih mampu menyediakan sirkulasi air yang baik.
- Memulakan kerja menggali. Mulakan dengan menanda kawasan yang hendak dibina kolam mengggunakan sebarang media, cat atau tali. Sementara itu, tentukan dahulu kedudukan saluran paip dan wayar bawah tanah sedia ada. Ini bagi mengelakkan utiliti tersebut dari dirosakkan semasa kerja-kerja mengali.
Anda juga boleh mempunyai sebuah kolam pelbagai aras sama ada untuk mendapatkan tebingnya yang berbatu atau sebagai kawasan untuk tanaman kecil. Buang tanah di sekeliling perimeter kolam. Gali dan buang tanah tersebut pada kedalaman 6 hingga 8 inci sebagai kawasan yang akan diletakkan batu-batu’ Seterusnya mulakan menggali bahagian tengah untuk membentuk dasar kolam, Tambakkan tanah di mana air terjun akan dibina.
- Saluran paip air. Setiap kolam memerlukan saluran paip air dan pam untuk berfungi. Saiz paip bergantung kepada saiz kolam. Secara umumnya, paip 1 ½ inci sesuai untuk isipadu kolam sehingga 1,500 gelen (5,678.1 liter), saiz 2 inci untuk isipadu kolam melebihi 1,500 sehingga 2,500 gelen dan saiz 4 inci untuk kapasiti kolam melebihi 2,500 gelen (9,463.5 liter). Adalah disarankan menggunakan material PVC dari paip boleh lentur kerana ianya murah dan mudah untuk dipasang. Pastikan saluran paip in dipasang sebelum menyediakan “liner”.
- Menyedia penutup longkang dasar kolam. Sekiranya anda merancang untuk memelihara ikan di dalam kolam tersebut, pastikan kawasan longkang dasar kolam mempunyai penutup yang sesuai, bagi mengelakkan ikan-ikan tersebut disedut masuk melalui penutup berkenaan.
- Pemilihan lapisan “liner”. Anda tidak akan dapat membina sebuuah kolam yang elok tanpa menggunakan lapisan “liner”yang sesuai kerana ianya merupakan laipsan selaput kepada sesebuah kolam dan merupakan komponen paling penting. “liner” berfungsi melindungi ketahanan kolam anda sehingga 20 tahun. Antara produk “liner” yang dapat bertahan untuk jangka masa tersebut ialah dari jenis 45 mil EPDM.
- Pemasangan tebing berbatu. Pembinaan kolam yang sempurna dan tampak seperti semula jadi biasanya mempunyai tebing berbatu yang stabil dengan lapisan “liner” agar ianya tidak akan kelihatan di atas permukaan air. Lazimnya, paras air kolam akan menurun semasa musim kemarau. Oleh itu, batu-batu tersebut hendaklah disusun beberapa inci di bawah aras permukaan air bagi melindungi “liner” dari kelihatan. Pastikan hujung “liner” berada di belakang tebing batu tersebut dan dilipat ke atas. Ini dapat menghalang limpahan air larian permukaan dari memasuki kolam. Jangan potong tepi “liner” sehingga kesemua batu-batu tersebut siap dipasang,
- Pemilihan pam. Pam merupakan elemen penting bagi memastikan kolam anda berfungi. Bagi memilih pam yang betul, isipadu air didarab dengan angka 7.48 (yang dikenali sebagai “conversation factor”). Saiz pam juga bergantung kepada aras dan jarak pam untuk mengalirkan air dari pam ke bekalan air masuk. Pastikan anda menempatkan pam di dalam kotak yang sesuai bagi menghalang ianya diselaputi daun dan kekotoran lain.
- Penuhkan dengan air. Isi kolam anda dengan air dan biarkan selama satu minggu sebelum memasukkan ikan atau tumbuhan akuatik. Ini bagi memastikan klorin yang terdapat di dalam air tadi meruap. Setelah seminggu, kolam anda bersedia untuk menerima tumbuhan akuatik dan ikan pilihan anda. Kedua-duanya boleh menolong menjadikan kolam anda kelihatan cantik dan bersih.
BACA: 10 Perkara Menyebabkan Pembaziran Air Di Laman Anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ibu Ini Kongsi Trik Baju Sekolah Kekal Putih Dan Bersih, Tak Perlu Sental Pun!

Salah satu masalah besar buat para ibu yang mempunyai anak bersekolah adalah bagaimana nak kekalkan keputihan baju sekolah. Biasanya, tak sampai setengah tahun dah kedam. Tak kan lah setahun 3 kali nak kena beli baju sekolah baru kan?
Ada trik yang boleh kita cuba, terima kasih pada Puan Leena Hassan dengan perkongsian beliau di Facebook. Cara ini memang berkesan dan juga menjimatkan. Beliau sendiri belajar dari sepupunya yang juga seorang jururawat.
Ternyata bahan ini bukan sahaja berkesan memutihkan, malah baju juga menjadi bersih dan wangi! Dan yang paling penting, tak perlu lagi risau baju jadi kusan walau tak sampai setahun pakai.
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih ?. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So….. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse² menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara² nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak² sekolah nanti ???
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros ? masih ada.
Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan ?
Rendam baju² putih dengan sabun lux yang diparut selama 1malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa… Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental…
Anda sudah cuba trik ini? Kongsikan pengalaman dengan IMPIANA!
Sumber : Leena Hassan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI