Proses renovasi dapur merupakan salah satu perkara yang paling merumitkan. Sama seperti tandas atau bilik air, ruang dapur memerlukan ketelitian pada kemasan sesuai dengan aktiviti. Sistem perpaipan sanitari juga perlu dititikberatkan supaya tiada sebarang kesulitan yang boleh berlaku dimasa hadapan. Selain itu konsep sesebuah dapur juga perlu seiring dengan fungsi dan penggunaannya agar lebih mudah untuk pemilik menyelenggara dapur kediaman.
Konsep rustik mempunyai peminatnya yang tersendiri. Konsep ini mempunyai ciri-ciri seperti penggunaan bahan semulajadi yang lebih sesuai dibiarkan raw dan tanpa kemasan. Kayu palet pula merupakan salah satu jenis kayu yang paling mudah dan murah anda boleh dapati. Jom tengok beberapa inspirasi dan idea untuk kabinet dapur menggunakan kayu palet.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ciri-Ciri Homestay Yang Baik, Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Setiap kali sebelum nak pergi bercuti, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah menempah tempat tinggal untuk didiami sepanjang percutian. Terdapat beberapa jenis pilihan tempat menginap seperti hotel, butik hotel, hostel ataupun homestay.
Bagi anda yang travel dalam kumpulan yang besar dan mahu jimat, homestay lah pilihan yang paling tepat. Tapi hati-hati jangan sampai tersalah pilih kerana ada yang indah khabar dari rupa. Jadi pastikan anda melakukan research terlebih dahulu sebelum menempah destinasi percutian bersama keluarga.
Dalam posting kali ini IMPIANA ingin kongsikan ciri-ciri homestay yang baik :
HARGA YANG KOMPETITIF
Homestay yang menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan sering menjadi pilihan pengunjung.
LOKASI YANG STRATEGIK
Lokasi yang terletak jauh dari pencemaran tetapi dalam masa yang sama juga mempunyai akses kepada pengangkutan dan kemudahan awam.
KEMUDAHAN ASAS
Mempunyai kemudahan asas yang lengkap iaitu bilik tidur yang mencukupi dan selesa, bilik air yang bersih, ruang makan dan dapur yang lengkap selain item-item kecil lain yang juga penting seperti tuala, ubat nyamuk, alatan memasak dan makan.
KEBERSIHAN
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat atau serangga lain.
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik juga merupakan bonus.
KESELAMATAN
Keselamatan fizikal rumah dan persekitaran dalam keadaan baik dan selamat.
Langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah juga diambil kira oleh pemilik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Cukup Masa? Ini Langkah Bersihkan Kediaman Dalam Masa 15 Minit Sahaja!
Kita semua pasti pernah menghadapi situasi di mana tetamu datang secara mengejut dan tiba-tiba tanpa memberitahu tuan rumah lebih awal. Sehinggakan tak cukup masa nak mengemas dan bersihkan kediaman untuk menyambut tetamu.
Tapi anda jangan risau, kali ini IMPIANA ingin kongsikan cara mudah untuk anda bersihkan rumah dalam masa 15 minit sahaja!
Anda perlukan :
- Pembersih Vakum
- Getah Penyeka
- Pembersih Pelbagai Guna
- Cecair Pembersih Tandas
- Berus Tandas
- Surat Khabar Lama
- Span
- Penyapu Berus
Dalam situasi begini, adalah menjadi satu kelebihan jika anda mempunyai ruang penstoran khas untuk kesemua alatan pembersihan. Proses pembersihan akan lebih mudah dan tentunya cepat kerana anda sudah tahu dimana letaknya alat-alat yang diperlukan tanpa perlu membuang masa.
Langkah-langkah :
- Vakum kawasan kering (2 MINIT)
Sedut segala kotoran dan habuk dibawah atau dicelah sofa, meja kopi, almari, sinki dan juga alas kaki. - Gunakan span untuk bersihkan permukaan jubin, sinki dan kawasan tandas (5 MINIT)
Lakukan dalam gerakan ‘circular’ atau secara putaran untuk menghilangkan daki atau lumut pada celah-celah jubin. - Berus lantai (2 MINIT)
Kerja ini lebih mudah untuk dilakukan jika anda mempunyai berus dengan batang yang panjang bagi mengelakkan sakit belakang. - Bersih dan kilatkan cermin (2 MINIT)
Semburkan cecair pelbagai fungsi dan gosok dalam pergerakan berputar menggunakan surat khabar lama. - Cuci mangkuk tandas (1 MINIT)
Tiada siapa sukakan mangkuk tandas yang kotor! Tuangkan pembersih tandas dan berus mangkuk tandas sebelum anda ‘flush’ kan nya supaya kelihatan lebih bersinar. - Sembur air pada semua permukaan di tandas (1 MINIT)
Dengan pancutan deras, halakan hos pada sekeliling tandas yang telah anda cuci untuk jimatkan masa. - Seka dan mop air (2 MINIT)
Ambil getah penyeka dan tarik air masuk ke ‘floor trap’ agar lantai tidak terlalu licin untuk tetamu. Mop dan gantikan alas kaki sebagai sentuhan terakhir.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hampir 9 Tahun Dalam Pembinaan, Menara Merdeka 118 Kini Sudah Hampir Siap Sepenuhnya!
Baru-baru ini, satu pemiilik akaun media sosial Twitter, SkyscrapersMY telah berkongsi dengan memuat naik beberapa keping foto perkembangan pembinaan menara ikonik negara, Merdeka 118 yang kini telah hampir siap sepenuhnya.
Difahamkan, projek pembinaan yang dianggarkan menelan kos pembinaaan sebanyak RM5 bilion itu telah mula dibina sekitar sembilan tahun yang lalu, pada 2014.
Menerusi entri yang sama, turut dimaklumkan projek Plaza Rakyat yang berdekatan sekitar kawasan menara ikonik negara berkenaan itu dilihat masih terbengkalai sejak tahun 1997 sehingga kini.
Sebelum ini, perancangan projek Plaza Rakyat ini telah mula dibuat sekitar tahun 1990 dan mula dibina pada 1992.
Bagaimanapun, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2007 ini terbengkalai akibat kegawatan ekonomi negara pada tahun 1997.
“Foto perkembangan projek Merdeka 118 sepanjang lima tahun (2017-2022).
“Sementara itu, projek Plaza Rakyat yang berdekatan masih terbengkalai sejak 1997,” tulisnya.
Foto perkembangan projek Merdeka 118 sepanjang lima tahun (2017-2022).
Sementara itu, projek Plaza Rakyat yang berdekatan masih terbengkalai sejak 1997.
📸: Lok Eng Hong pic.twitter.com/6565pXCtH5
— Skyscrapers MY 🇲🇾 (@SkyscrapersMY) June 18, 2022
Memiliki struktur menara setinggi 678.9m dengan jumlah 118 tingkat, Merdeka 118 sekali gus bakal mencatatkan sejarah sebagai bangunan pencakar langit yang tertinggi di Malaysia.
Bukan itu sahaja, menara ini memiliki reka bentuk simbolik yang mencerminkan imej Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sewaktu beliau melaungkan ‘Merdeka’ kira-kira 65 tahun yang lalu.
Foto/Sumber: Lok Eng Hong & Skyscrapers MY Twitter
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI