Mungkin anak-anak muda sekarang sudah lupa atau pun tidak kenal dengan rumah asal yang didiami oleh peneroka awal suatu masa dahulu. Rumah kayu bersaiz kecil dua bilik menjadi rumah pertama buat peneroka generasi pertama berteduh bersama anak dan isteri. Hasil kerja keras dan sabar mengharungi zaman kepayahan, kini peneroka bersama anak-anak mereka mampu tersenyum bangga menikmati hasil titik peluh mereka selama ini.
Salah satu contoh peneroka yang berjaya iaitu Pak Nin dan isteri (Kasnin Bin Kasah & Rugayah Bt Baly) kini mampu hidup selesa hasil daripada usaha mereka bertahun lamanya. Pak Nin yang menetap di Felda Ulu Belitong pernah memenangi pertandingan laman cantik suatu masa dahulu yang dianjurkan oleh Felda. Jom kita menjamu mata melihat keindahan halaman kediaman pemilik yang dijaga dengan bersih dan kemas. Paling penulis kagumi apabila setiap pokok kelihatan subur dan berbunga lebat bagai kan cukup serba serbi baja yang diberi. Daun-daun kering juga tidak kelihatan berselerakan di atas tanah kerana Pak Nin sentiasa memastikan halaman rumahnya terjaga dan indah.
Setiap hari selepas Subuh Pak Nin akan mula berada di laman untuk membersih, menyiram dan membaja semua pokok-pokok ini. Rahsia bagaimana pokok bunga kertas Pak Nin berbunga lebat ialah pertama bunga kertas suka kan panas, yang kedua selalu trim pokok bunga kertas ni nanti bercambah lah bunga nya keluar,