Hendak membeli rumah sub sale bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dipandang remeh. Banyak proses yang perlu anda tempuhi dan pelbagai ragam yang akan anda temui. Pembeli perlu lebih berhati-hati dengan melakukan pemeriksaan atau background check secara menyeluruh sebelum membuat keputusan. Bagi yang bernasib baik, dapat agen bertanggungjawab, jujur dan dapat rumah sub sale yang masih cantik. Tetapi kebanyakkan nya rumah jenis ini memang dalam keadaan menyedihkan dan memerlukan renovasi yang major.
Perkongsian kali ini ingin menampilkan sebuah kediaman subsale dengan keluasan 22×80 yang dimiliki oleh Encik Khairul. Dengan kos renovasi melebihi RM100k, pemilik telah berjaya mengubah rumah teres subsale yang kotor ini menjadi sebuah kediaman Industrial yang memenuhi citarasa serta keperluan beliau.
Melalui perkongsian di laman fb miliknya, Encik Khairul memberitahu bahawa beliau tidak hanya mahukan kediaman dengan konsep industrial yang tampak jelas pada rupa fizikalnya, tetapi mengimpikan kediaman yang mempunyai ‘jiwa’ dan pada masa yang sama, selesa buat seisi keluarga.
Ads
“Saya mahukan rumah idaman yang bukan dibina hanya untuk tampak cantik diluaran. Saya mahukan rumah yang ‘hidup’, setiap bahagian itu bersebab dan bermatlamat.” katanya lagi.
Ads
SEBELUM
Ads
SELEPAS
INFO TAMBAHAN +
Kontraktor: Hatech Niaga Resources Mohd Hafezee / Mohd Zikri
Wireman: Azrin Aziz
Konsep/Idea/Arkitek: TMZ Industrial HauS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bekas beras bukan boleh sebarang. Ianya perlu kedap untuk memastikan ia tahan lama dan terhindar dari ancaman terutamanya kutu beras. Sebab itu, ada istilah FIFO (first in, first out) bagi memastikan beras yang lama dihabiskan dahulu. Sedar keperluan ini, banyak jenama mengeluarkan bekas khas untuk menimpan beras dengan konsep FIFO ni. Tapi, harganya memang boleh tahan mahal.
Sebenarnya kalau tak ada bekas beras FIFO ni pun tak jadi masalah. Tapi, pastikan beberapa perkara ni anda lakukan:
1. Sediakan bekas keda udara
2. Elak air atau tangan basah ketika menggambil beras
3. Boleh letak bunga cengkih, daun limau purut atau cili kering dalam bekas beras
4. Pastikan beras lama di habiskan terlebih dahulu sebelum beras baru dimasukkan
5. Cuci beaks beras setiap kali beras baru dimasukkan
Baru-baru ni, tular pula bekas beras cantik yang secara tidak langsung boleh menajdi sebahagian dari dekor di dapur
Bekas beras nano siap ada tempat letak herba untuk elak seranggan kutu beras. Kalau nak beli bekas beras ni, boleh je klik link shopee ni https://invol.co/cl4kr45
Rekaan beaks beras ni macam periuk nasi. Memang cantik letak atas kabinet dapur tambahan warna nya pun menarik. Nak beli, boleh klik link shopee ni https://invol.co/cl4kr7y
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman yang cantik, selesa dan praktikal untuk didiami sudah tentu menjadi idaman bagi ramai individu. Tidak perlu terlalu mewah, cukup sekadar dapat menampung isi rumah dengan nyaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa pemilik.
Walaupun kediaman yang hanya disewa, perkara tersebut tidak wajar dijadikan alasan untuk mengetepikan elemen dekorasi dan nilai estetika ketika menghias. Malah, inilah masanya untuk anda bereksperimentasi dengan konsep dan tema yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Baru-baru ini telah viral dekorasi rumah sewa yang begitu menarik untuk dikongsi. IMPIANA berpeluang menemuramah pemilik, Nur Diyana tentang idea dan inspirasinya menatarias setiap ruang yang tampil selesa dan menarik.
Q: Mengapa dekorasi di rumah dianggap penting? D: Dekorasi rumah dianggap penting kerana setiap keluarga mengimpikan suasana persekitaran yang selesa untuk hidup bersama. Benarlah, rumahku,syurgaku. Namun, dekorasi di rumah sewa sebenarnya bergantung pada budi bicara dan kebenaran dari tuan rumah. Bagi saya, ini sangat penting bagi tidak menimbulkan apa apa masalah kelak. Ambil kira segala kerja pembaikan yang dilakukan bila mahu meninggalkan rumah kelak, jangan sesekali tinggalkan dinding yang berlubang, cat semula jika perlu dan tidak tinggalkan rumah yang kotor. Sentiasa pulangkan rumah dalam keadaan yang terbaik.
Q: Apakah konsep yang digunakan di rumah sewa? D: Saya seorang yang fleksibel apabila melibatkan konsep. Kami sepakat memilih rona kelabu bagi penataan seluruh ruang dari ruang tamu,bilik tidur sehinggalah ke dapur. Namun,setiap ruang ditatarias dengan elemen dekorasi yang berbeza walaupun berkongsi warna yang sama. Misalnya, saya menggunakan peralatan kayu dan rotan serta beberapa warna neutral di bahagian bilik tidur utama. Ini adalah texture bagi mencipta konsep seakan Urban Boho. Penggunaan peralatan rustic di dapur pula membawa kepada tema rumah ladang (farmhouse). Kami sendiri masih melakukan eksperimen dalam pemilihan tema yang digemari sebagai persiapan untuk rumah sendiri nanti.
Q: Berapa lama masa yang diambil untuk persiapan rumah sewa? D: Kami sudah mula mengumpul peralatan dekorasi selama setahun sebelum menyewa bersama. Persediaan untuk rumah sewa juga termasuk dalam persiapan perkahwinan. Kami percaya – beli sedikit sedikit dahulu jadi tidaklah bajet dikeluarkan dalam kadar besar sekaligus dalam satu masa.
Q: Anggaran bajet? D: Saya dikenali oleh rakan rakan di media sosial kerana perkongsian ‘’dekorasi bajet’’. Alatan deko yang dibeli hampir kesemuanya di dapati di jualan perabot terpakai atau di beli semasa jualan penghabisan stok. Sejulah bajet yang dikeluarkan hanya pada pembelian cat dan perabot besar. Yang lainnya saya dapatkan dengan harga serendah RM 1.00 – Bila balik ke rumah saya akan lakukan kerja kerja DIY sendiri bagi membaik pulih peralatan dan menjadikan ianya sebagai alat dekor di rumah.
Q : Pesanan kepada semua yang mungkin masih berfikir untuk dekorasi rumah sewa?
D: Dalam masa sekarang, sudah ramai rakan rakan dalam group dekorasi di Facebook yang berkongsi tentang tatarias rumah sewa mereka. Saya juga rasa teruja dengan hasil kerja mereka. Antara tips yang boleh diamalkan adalah pastikan perabot yang dibeli praktikal untuk di bawa berpindah kelak, terhadkan perabot yang menjadi keperluan sahaja dan berbelanjalah dengan bijak. Untuk pulangan modal, barang barang yang sudah tidak dipakai selama tiga bulan berturut turut bolehlah dijual semula atau disedekahkan. Rumah sewa yang lapang tanpa barang yang banyak pasti memudahkan urusan untuk berpindah kelak. Jaga rumah sewa seperti rumah sendiri. InsyaAllah tiada siapa yang akan rugi.
Puan Diyana juga ada berkongsi hasil dekorasi kediaman sewa yang didekor beliau. Jom kita cuci mata!
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
BILIK TIDUR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah berusia 80 tahun kini menjadi sebuah Resort Moden Tropikal jadi tarikan semua. Sebagaimana yang kita tahu rekaan rumah teres lama, sudah pastinya kecil dan memanjang bukan? Ya! benar sekali, beginilah rupa asal kediaman ini.
Reka bentuk asal rumah ini langsung tidak menggugat Pakar Hiasan Dalaman Design Seed Studio untuk mengadaptasikan kediaman yang menjadi idaman pemilik ini. Transformasi rumah ini cukup memukau.
Membina rumah di atas tanah kosong adalah satu perkara yang mudah. Tetapi untuk membuat renovasi rumah lama pada rekaan yang baru dan melakukan ubah suai yang besar memang mencabar. Banyak faktor yang perlu diambil kira dari struktur binaan hinggalah paip yang ditanam serta plug yang tersedia ada.
Rumah adalah tempat paling penting untuk kita berteduh, jadi bermula di sinilah sebuah binaan yang sempurna untuk di diami.
Lihat sahaja transformasi rumah lama ini diberi nafas baru dalam setiap sudut dan ruang yang ada dalam rumah ini. Tidak ada satu pun yang tertinggal. Kediaman ini cukup memberi inspirasi kepada kita semua, jika mempunyai rumah lama usah rasa binggung atau biarkan ia usang. Jadikan ia seperti kediaman ini.
Perubahan fasad rumah ini sudah membuktikan kediaman ini benar dalam perubahan yang cukup major.
Penggunaan batu angin pada tingkat atas rumah ini menbuatkan rekaanya nampak cukup estetika. ‘Flat roof’ jadi pilihan pereka ini untuk menarik reka bentuk kediaman ini agar tampak lebih menonjol dalam sentuhan Resort Moden Tropikal yang ingin di ketengahkan.
Konsep lebih terbuka membuatkan rumah ini nampak lebih luas dan selesa. Tidak rasa seakan terperap di dalam kediaman yang kecil atau sempit setelah perubahan dilakukan.
Tingat dua dalam kediaman ini tidak banyak dilakukan perubahan dari segi fasad dalamannya. Ia hanya membiarkan ruang ini lebih terbuka dan memberi nafas santai dan cozy dalam ruang keluarga ini.
Apabila dinding asal rumah teres dipecah ini menjadikan rumah nampak lebih luas dan tidak berliku-liku. Pemilihan kemasan kayu dan pokok hidup sebagai hiasan utama dalam rumah ini benar menampakkan ia seakan sebuah resort yang mendamaikan.
Jangan terlalu terburu-buru untuk renovasi rumah jika tidak pasti dengan kos dan kemampuan anda. Pastikan ID yang anda pilih itu berdaftar dan mempunyai kelayakan untuk membina rumah anda. Pereka Seni Bina Hiasan Dalaman Design Seed Studio ini adalah salah satu pakar yang anda harus percayai dengan kelebihan dan kebolehan mereka dalam membina sebuah rumah idaman.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.