Datang Beraya JANGAN Muncul Tiba-Tiba, Maklumkan Lebih Awal Supaya Tuan Rumah Lebih Bersedia. Musim perayaan Aidilfitri merupakan bulan yang mulia dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Bulan inilah ramai yang mengambil peluang untuk datang berziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai.

Ziarah Menziarahi Sunnah Nabi

Ia juga di antara sunnah yang sangat digalakkan oleh Nabi SAW adalah ziarah-menziarahi. Ini adalah bagi menyuburkan sifat kasih sayang, peduli satu lain dan mengeratkan ukhuwah. Nabi SAW pernah mengingatkan kita berkenaan perkara ini. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda :

مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً

Maksudnya :”Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.”

Riwayat Al-Tirmizi (2008). Imam Al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang ghorib.

Datang Beraya JANGAN Muncul Tiba-Tiba, Maklumkan Lebih Awal Supaya Tuan Rumah Lebih Bersedia

Ads

Persiapan Tuan Rumah

Namun demikian, adab sebagai tetamu meskipun sunnah datang berziarah, janganlah muncul secara tiba-tiba depan pintu rumah orang. Sebaiknya maklumkan kepada tuan rumah lebih awal jika ingin datang beraya. Supaya tuan rumah boleh lebih bersedia untuk menerima kedatangan tetamu dan mempersiapkan pelbagai perkara.

Bukan apa, ada sebahagian tuan rumah lebih selesa diberitahu awal supaya dia boleh lebih bersedia untuk menerima dan meraikan tetamu datang ke rumah;

Antaranya seperti persiapan;

  • Untuk pastikan rumah dalam keadaan bersih, selesa dan kemas. Terutamanya pada bahagian ruang tamu, dapur dan bilik air.
  • Untuk pastikan tiada urusan dan hal lain yang bertembung.
  • Untuk pastikan tuan rumah benar-benar sihat, cergas untuk menerima kedatangan tetamu.
  • Untuk pastikan juadah makanan tersedia- ada tuan rumah memang suka memasak dan menjamu air tangan sendiri untuk meraikan tetamu.

Tetamu jarang datang ke rumah, jadi tuan rumah ingin pastikan kedatangan tetamu benar-benar diraikan dan dapat melayan tetamu dengan sebaiknya.

Ads

Datang Beraya JANGAN Muncul Tiba-Tiba, Maklumkan Lebih Awal Supaya Tuan Rumah Lebih Bersedia

Adab Sebagai Tetamu

Selain itu, adab sebagai tetamu juga pastikan;

1. Masuk ke dalam rumah hanya setelah dijemput.
2. Memilih masa yang sesuai untuk datang bertandang antaranya seperti selepas Zuhur, selepas asar dan selepas isyak. Elakkan bertembung dengan waktu solat.
3. Sebaiknya bawa sejadah dan telekung sendiri jika ingin tumpang solat di rumah.
4. Nikmati hidangan dengan segera jika disediakan dan tidak sesekali meminta-minta hidangan yang menyusahkan tuan rumah.
5. Jaga perilaku diri dan pesan juga pada anak-anak supaya tidak masuk ke bilik, dapur,tandas mahupun membuka peti ais. Minta izin daripada tuan rumah terlebih dahulu.
6. Jaga pandangan mata, mulut dan telinga sebagai tetamu. Elakkan memberi kritikan apa juga yang berada di dalam rumah tak kiralah dekorasi rumah, makanan yang disediakan, layanan tuan rumah dan sebagainya.
7. Tidak duduk dan singgah terlalu lama sehingga boleh menggangu keselesaan tuan rumah. Sebaiknya elakkan ziarah dan balik pada waktu awal pagi atau tengah malam.
8. Akhir sekali, sunat bagi tetamu untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan tuan rumah.

Ads

Semoga Bermanfaat!

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang ingin datang rumah beraya ke rumah orang nanti. Jadilah tetamu yang penuh beradab dalam memberi keselesaan buat tuan rumah.

Mesti Baca: Trik Mudah Susun Atur Meja Makan ‘Open House’
Baca Lagi Di Sini: 6 Item Bajet Rendah Mampu Milik Boleh Naikkan Seri Dekorasi Raya Di Rumah!
Artikel Menarik: Dekorasi Berkonsepkan Yang Nordic Japandi, Membolehkan Rumah Tampak Elegan Di Hari Raya Aidilfitri

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI