Tanaman yang berdaun kuning bukanlah sesuatu yang normal dan sihat.
Tidak semua tanaman sayur yang kita tanam sesuai terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Sesetengah tanaman hanya memerlukan sedikit cahaya kerana pendedahan berlebihan boleh menyebabkan masalah kepada tanaman tersebut. Tanaman sayur mungkin mengalami kekuningan dan daunnya mungkin bergulung.
Oleh itu, sangat penting untuk mengetahui panduan keperluan cahaya yang sesuai untuk tanaman ini, terutamanya bagi mereka yang gemar bercucuk tanam di rumah.
Ads
Keperluan tanaman pada cahaya untuk kesuburan
Jumlah cahaya matahari yang diperlukan tidak sama untuk semua tanaman atau sayuran.
Ada yang memerlukan;
-Cahaya penuh (bright sunlight),
-Cahaya separuh (medium sunlight), ataupun cahaya kurang/redup (low sunlight).
-Cahaya Penuh- Cahaya matahari lebih daripada 6 jam.
-Cahaya Separuh- Cahaya terus untuk 4-5 jam.
-Cahaya Kurang/Separa Redup- Cahaya untuk 2-4 jam.
-Redup- Cahaya kurang daripada 1 jam.
Pastikan tempat letak pokok sayur sesuai
Untuk tanaman yang hanya perlu cahaya separuh atau kurang, ia paling sesuai dijemur cahaya pada waktu pagi kerana matahari waktu petang terlalu terik. Kalau daun mula berkuningan atau bergulung, maksudnya tanaman itu:
1) kurang air,
2) terlalu banyak cahaya matahari, atau
3) terlebih baja.
Jadi, sebelum bermula menanam, pastikan tempat yang anda hendak meletak tanaman tersebut sesuai untuk tanaman.
Ads
Panduan ringkas sayuran mengikut keperluan cahaya matahari
Cahaya Matahari Penuh & Terus (Lebih daripada 6 jam):-
Jagung, tomato, kekacang, kacang polong, labu, tembikai, basil, selasih Thai, kentang, timun, kangkung, daun bawang, saderi, halia, bawang putih, serai.
Cahaya Matahari Penuh & Tidak Terus (4-5 jam):-
Brokoli, kubis, kubis Brussel, Kale
Ads
Cahaya Matahari Separuh (2-4 jam):-
Salad, bayam, bok choy, sawi, bit, lobak, pudina
Tak rugi berbudi pada tanah. Lebih seronok bila tanaman mengeluarkan hasilnya dan boleh digunakan untuk masakan harian seperti Kobis Bunga ni. Namun nak semai dan tanam sayur kubis bunga ada tipsnya. Jika kena cara penjagaannya, 3 atau 4 bulan dah boleh tuai hasilnya.
Rupanya antara tip sewaktu tanam kobis bunga, pastikan’bunganya’ ditutup guna daun, barulah nanti hasilnya lebih cantik dan warna lebih putih bersih. Malah bebas serangan dari serangga perosak dan sinar matahari.
Mak-mak nak cuba tanam sayur Kobis Bunga sendiri di rumah, boleh cuba semai biji benih ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Norliza Abu Bakar. Berjaya semai dari biji benih sehinggalah mengeluarkan Kobis Bunga yang elok cantik, subur, besar dan segar bugar.
Berikut perkongsian tersebut sebagai panduan;
Sepanjang 5 musim hampir 2 tahun dalam suasana PKP, ini adalah musim yang terindah pernah saya alami. Ada lagi yang cantik-cantik tapi yang ni paling saya sayang.
Walaupun amik masa yang panjang lebih 3 bulan untuk melihat hasilnya, tapi saya puas.Tip yang dikongsikan ini cara saya berkebun mungkin ada lagi sifu-sifu lain yang lebih handal berkebun. Kita berkongsi tips mana yang baik.
Antara Tipnya:
Semai guna biji benih. Semai dulu tempat lain dah naik 5 inci alihkan ke polybag besar sikit.
Saya tanam dalam polibag saiz 9×12, guna tanah sawit campur cocopeat.
Saya letak bawah bumbung tepi longkang. Maklum lah rumah taman tu je ruang yang ada. Saya letak bawah awning tepi longkang jadi dapat panas petang sekejap je. Tapi rasa memang tak boleh direct matahari.
Kalau dah keluar bunganya sekali biarkan pokok tu terus hidup. Lepas ambil bunganya nanti akan ada keluar anak-anak pokok dibatang pokok tu. Boleh patahkan, rendam sampai keluar akar atau terus tanam. Lagi senang dah tak payah guna benih.
Saya pakai baja paksa gemok, tanah sawit campur sabut hancur. Baja seminggu sekali pada pangkal pokok. Cari spray racun serangga nama dia ‘raja anti serangga’ dekat Shopee.
Saya tutup/sungkup bunga dia dengan netting atau sungkup dengan daun dia juga untuk bagi bunga cauliflower tu tak kuning dan tak cantik.
Tutup bunga tu guna daun dia.Hujung daun tu cucuk guna lidi atau cungkil gigi agar daun tu tak lepas. Bunga akan jadi lebih cantik dan warna lebih putih bersih. Tu kaedah yang biasa petani-petani buat untuk lindung bunga dari serangan serangga perosak dan sinar matahari.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Ni gambar musim lepas masa tanam dalam 3 bulan lebih.
IMPIANA: Semoga perkongsian penjagaan tanaman Kobis Bunga ini bermanfaat. Mak-mak yang suka berkebun tu, boleh cuba tanam kubis bunga ikut tip yang dikongsikan ini.Pastikan tutup ‘bunganya’ guna daun, barulah nanti hasilnya lebih cantik dan warna lebih putih bersih.
Ancaman fizikal utama pada tanaman adalah serangga. Antara yang ramai risau adalah serangan beluncas hijau yang besar jari tu. Tu memang satu malam boleh botak pokok dikerjakan.
Hipni Jafar berkongsi cara mudah atasi masalah serangan beluncas hijau ini hanya dengan menggunakan bahan dari dapur
BAHAN-BAHAN:
1 sudu Cecair pencuci pinggan Glo
2 sudu Aji no moto
1 sudu minyak masak
1 liter air
CARA-CARA:
Campurkan semua bahan ke dalam botol semburan. Goncang sampai larut dan sembur pada seluruh pokok.
Selepas 2 hari, semua ulat mati termasuk siput perosak.
Jeruk sawi pahit ni penambah selera dalam masakkan seperti gulai, asam pedas dan sebagainya. Namun kebiasaanya sawi jeruk ini terkenal dengan cara penghasilannya yang agak kotor. Sebab itu, sayur ni semakin ditolak masyarakat. Rupanya, tak susah nak hasilkan jeruk sawi pahit ni. Cynthia Teresa Patrick berkongsi resepi dan cara mudah untuk menghasilkan jeruk sawi pahit di group Berkebun D rumah.
P/S: Teknik yang sama juga sesuai digunakan untuk buat lobak jeruk dan sawi hijau
Bahan-bahan:
Sawi Pahit
Nasi sejuk
Garam kasar
Air
Cara-cara:
1. Sawi pahit dicuci dan dikering
2. Setelah kering jemur hingga layu, sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya
4. Dah layu
5. Kisar sedikit nasi sejuk bersama garam dgn air secukupnya. seeloknya guna garam kasar, kalu tak ade garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah di blend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara
6. Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.