Deko Bajet Untuk Meja Makan, Sesuai Buat Anda Yang Mahu Jimat!

Share

Apabila memasuki rumah baru, tidak kiralah rumah sewa atau rumah sendiri, sudah tentu kita mahu semuanya lengkap serba serbi.

Selain perabot di ruang tamu, set meja makan untuk dining area juga merupakan salah satu benda wajib ada didalam kediaman. Tetapi, ianya agak mahal bergantung pada kualiti.

Jika anda masih mencari-cari idea untuk ruang makan, apa kata cuba idea simple dan murah yang dikongsi saudari Nadia Musa ini. Beliau sendiri teruja dan bersyukur mendapat inspirasi ini dari salah satu laman deko yang dilayari.

Hanya dengan menggunakan meja bankuet dan beberapa bahan lain, meja makan yang hambar bertukar jadi lebih menarik! Jom kita lihat bagaimana Puan Nadia lakukan transformasi tersebut..

BAHAN YANG DIPERLUKAN
1. Spray putih
2. Kertas dinding (wallpaper)
3. Meja Bankuet
4. Kerusi Plastik

LANGKAH-LANGKAHNYA


1. Spray/ Cat terlebih dahulu kaki meja menggunakan spray putih
2. Setelah kering, mula tampal wallpaper pada permukaan meja
3. SIAP! dan boleh letakkan pada sudut yang sesuai

SUMBER

Published by
amalina