Deko Kediaman 650 Kaki Persegi Dengan Kos RM3k, Hasilnya Cukup Menarik!

Share

Proses mendekorasi kediaman adalah perkara yang universal siftanya. Ia tidak terikat pada satu-satu konsep ataupun kos tertentu. Segalanya boleh di “custom” mengikut kesesuaian dan kemampuan pemilik.

Begitulah yang pemilik kediaman ini tekankan ketika menghias kediaman. Menurut Puan Amyra Abas

, beliau yang menggemari persekitaran tenang dan ringkas telah memilih untuk menatarias kediaman 650 kaki persegi miliknya dengan konsep minimalis.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini telah memasang niat untuk mula mendekorasi kediaman kos rendah yang dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini  apabila melihat rakan-rakan yang seronok berkongsi idea hiasan di dalam sebuah laman Facebook.

“Segala kos untuk proses dekorasi ini menelan belanja sebanyak RM3 ribu termasuk kos pemasangan lantai vinyl selain daripada membeli segala perabot di kedai hiasan rumah yang biasa mengikut bajet dan kemampuan”.

SEBELUM

Dalam masa sebulan sahaja, pemilk telah berjaya menyiapkan dekor kediaman ini termasuklah mengecat, pemasangan lantai dan susun atur perabot.

SELEPAS

 

Published by
Amalina