Deko Simple Semi-D Ini Buat Mereka Yang Suka Kediaman Nampak Lapang Dan Kemas

Share

Setiap orang mengimpikan kediaman yang indah dan harmoni. Lebih-lebih lagi buat pemilik rumah pertama, pasti teruja nak jadikan tempat tinggal kita sebagai ‘sarang’ buat ahli keluarga berkumpul dan bergembira. Jadi sudah tentu kita nak pastikan ia berada dalam keadaan yang sentiasa kemas dan tersusun. Pertama sekali, nak mendeko kediaman perlu lah berfikir di luar kotak agar sesuai dengan saiz rumah, bajet dan paling penting, konsep yang mahu diketengahkan. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Syarlini Norzeli

, rumah semi-D yang baru didiaminya selama 6 bulan ini telah dihias cantik berpandukan dengan konsep minimalis yang tampak simple tapi menarik.

Kediaman yang dilengkapi dengan 4 bilik dan 3 bilik air ini mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan untuk direnovasi dan di siapkan sepenuhnya. Pastinya tuan rumah amat gembira dengan hasilnya kerana dalam masa yang singkat, keadaan rumah baru itu amat menarik dan memuaskan.

Dengan perbelanjaan kasar RM30k, Puan Syarlini telah menghias sendiri rumah nya dengan rona kelabu dan kuning pada karpet yang dibentangkan, begitu dominan menjadikan ruang tamu beliau kelihatan ceria. Selain itu, dapat juga kita lihat tumbuhan hijau menghiasi segenap penjuru sekaligus mendatangkan aura kesegaran pada kediaman. Cermin, bingkai gambar dan pasu kecil juga ada di letak kan di pelbagai penjuru sebagai menyeri ruang.

Jom IMPIANA bawakan pembaca melihat kediaman pertama yang menjadi idaman dan impian setiap orang supaya boleh dijadikan sebagai inspirasi di masa akan datang. Selamat mendeko!

Published by
Amalina