Jika dahulu ramai antara kita yang suka memenuhi setiap sudut dan ruang dalam rumah dengan pelbagai perabot serta aksesori sehinggakan kalau tidak dikawal kediaman akan nampak sesak dan penuh dengan perabot. Kini ramai yang lebih gemarkan dekorasi sederhana tetapi sedap mata memandang. Ditambah dengan saiz kediaman kini yang tidak sebesar dan seluas kediaman 20 atau 30 tahun dahulu, maka pemilik kediaman perlu bijak menghias.
Kali ini, IMPIANA ingin memaparkan kediaman PPA1M milik seorang wanita ini yang baru mendapat sentuhan sebuah syarikat dekorasi dalaman bajet, milik Pn Anis Syuhada. Menurut Anis beliau mendapat panggilan untuk menatarias rumah yang baharu dimiliki oleh seorang kakitangan Imigresen dengan pilihan tema Modern Minimalist di dalam kediaman berkeluasan 850 kaki persegi berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Kediaman sederhana ini terletak di Kepong dan baharu didiami oleh pemilik sebaik sahaja segala proses dekor siap sepenuhnya dalam masa sebulan. Dengan bantuan Anis dan juga idea pemilik yang inginkan dekorasi sederhana tetapi menarik maka siapa sangka rumah ini kelihatan menarik walaupun tanpa dekorasi berlebihan.
Dibawah ini IMPIANA buat kompilasi gambar untuk tatapan pembaca yang lain, simple dan moden, tak banyak perabot dalam rumah, hanya yang penting sahaja.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Workstation” Bukan Sekadar Selesa Tapi Cantik, Ini Yang Perlu Anda Buat. Kini ramai di kalangan kita yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri. Ia bukan sahaja selari dengan arus sosial media kini malah lebih menjimatkan juga praktikal. Namun bagaimana boleh kita kekalkan suasana profesional di kediaman sendiri dengan tugasan yang digalas?
Pereka juga mula mengikut arus masa kini. Ramai yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri dan menjadikan kediaman sebagai pejabat. Ini bermakna ruang kerja juga tampil selesa dan menyenangkan. Pelbagai idea telah dihasilkan untuk kita jadikan inspirasi, bagaimana sebuah sudut di ruang kediaman mampu bertukar menjadi ruang kerja yang cantik.
Ada yang menjadikan kabinet bina dalam sebagai stesen kerja. Lengkap dengan penutup dan pintu berpangsi. Ada yang membina para-para kecil dan ada juga yang membina unit station pada bucu ruang…unik dan amali seiring…Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selalu orang beranggapan bahawa kos untuk menukar design lantai rumah akan menelan belanja yang tinggi. Tetapi tidak bagi En Khairul Ezuwan, dia berjaya menukar lantai jubinnya yang agak bosan berwarna putih kepada lantai vinyl dengan kos kurang daripada RM1000 untuk ruang tamunya yang berkeluasan 300 kaki persegi.
Di antara bahan yang dibeli olehnya adalah seperti 13 kotak (1 kotak berharga RM 58) Luxury PVC Plank berketebalan 3mm dan panjangnya 3 x 6 inci serta Gam khas Vinyl Glue (satu tong berharga RM68).
Lantai PVC Plank ini merupakan alternatif baharu dalam dekorasi melibatkan lantai kediaman yang mana tidak semestinya kita harus mengekalkan lantai jubin yang dipasang oleh pemaju kerana segalanya bergantung kepada kreativiti pemilik kediaman tersebut. Malah tidak perlu berbelanja besar jika ingin menukar penampilan lantai kerana segala-galanya boleh dilakukan sendiri, apa yang penting rajin dan sabar seperti yang telah dibuktikan oleh pemilik kediaman ini.
Untuk maklumat, sebarang pengubahsuaian yang beliau lakukan adalah secara DIY tanpa mengupah mana-mana syarikat kontraktor. Disebabkan melakukan sendiri kerja-kerja memasang lantai vinyl maka beliau dapat menjimatkan kos renovasi yang bernilai RM3000-RM4000 dengan hanya mengeluarkan harga kos membeli barang-barang sebanyak RM1000 sahaja. Antara peralatan yang digunakannya adalah seperti Pembaris L, Pisau, Pensel, Berus Cat, Gunting dan Kain buruk untuk membersihkan sebarang kotoran sebaik sahaja selesai kerja-kerja pemasangan.
“Saya banyak merujuk video tutorial di youtube tentang proses pemasangan lantai vinyl ini dan rasa bertuah kerana anak saya yang berumur 8 tahun juga turut membantu serta menyatakan bahawa lantai ini kalis air” ujar Pengurus Insuran ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pemilihan konsep atau tema buat sesebuah kediaman bukanlah satu hal yang mudah. Selain perlu seiring dengan keluasan dan bajet, konsep kediaman juga perlu menggambarkan keperibadian dan keperluan pemiliknya. Seperti Encik Norman Mahmun dari Kuantan yang memiliki rumah dua tingkat ini memilih konsep Moden Glam sebagai penyeri kediamannya. Sebelum memulakan proses menghias, beliau telah terlebih dulu mencari inspirasi dan idea melalui youtube, media sosial dan majalah-majalah dekor. Rumah ini telah didiami selama satu tahun dan mempunyai 3 bilik serta dua bilik air. Dengan keluasan 1400 kaki persegi, Encik Norman dengan telitinya telah memilih warna cat utama dan sekunder sebelum memilih warna perhiasan yang bersesuaian. Tuan rumah juga telah memilih ruang tamu sebagai ruang kegemarannya. Di ruang tersebut juga diletakkan perabot pilihan beliau iaitu sofa 3 tempat duduk dibuat dari kayu jati yang diukir dengan halus.
Dengan bajet keseluruhan lebih kurang RM55k untuk mengubah suai, Encik Norman akan memastikan konsep moden glam mempunyai kesinambungan dari satu ruang ke ruang yang lain. Jalinan warna antara dinding dan perhiasan deko yang dipilih juga harus berharmoni, menjadikan kediaman lebih elegan dan classy. Selain itu, pemilik juga berpesan sekiranya ingin membeli perabot untuk kediaman, tidak perlu untuk membeli semua sekaligus. Sekiranya tidak yakin dengan pilihan yang ada, ambil masa dan fikir betul-betul untuk menentukan sama ada perabot yang ingin dibeli sesuai atau tidak dengan konsep yang telah dipilih. Dari segi pencahayaan pula, biasan dan pencahayaan semulajadi telah menjadi teras dalam hiasan rumah dengan perabot gelap ini. Kerana bijak merancang, tuan rumah dapat memanfaatkan cahaya matahari dengan baik, digabung bersama usaha dan ilham darinya.
Berikut merupakan paparan suasana moden glam hasil cetusan idea tuan rumah yang sudi dikongsi bersama IMPIANA. Semoga menjadi inspirasi buat pembaca, dan selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.