Dekor Bajet Kediaman PPA1M Berkeluasan 850sqf, Hasilnya Menarik. Jika dahulu ramai antara kita yang suka memenuhi setiap sudut dan ruang dalam rumah dengan pelbagai perabot serta aksesori sehinggakan kalau tidak dikawal kediaman akan nampak sesak dan penuh dengan perabot.
Kini ramai yang lebih gemarkan dekorasi sederhana tetapi sedap mata memandang. Ditambah dengan saiz kediaman kini yang tidak sebesar dan seluas kediaman 20 atau 30 tahun dahulu, maka pemilik kediaman perlu bijak menghias.
Kali ini, IMPIANA ingin memaparkan kediaman PPA1M milik seorang wanita ini yang baru mendapat sentuhan sebuah syarikat dekorasi dalaman bajet, milik Pn Anis Syuhada. Menurut Anis beliau mendapat panggilan untuk menatarias rumah yang baharu dimiliki oleh seorang kakitangan Imigresen dengan pilihan tema Modern Minimalist di dalam kediaman berkeluasan 850 kaki persegi berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Kediaman sederhana ini terletak di Kepong dan baharu didiami oleh pemilik sebaik sahaja segala proses dekor siap sepenuhnya dalam masa sebulan. Dengan bantuan Anis dan juga idea pemilik yang inginkan dekorasi sederhana tetapi menarik maka siapa sangka rumah ini kelihatan menarik walaupun tanpa dekorasi berlebihan.
Dibawah ini IMPIANA buat kompilasi gambar untuk tatapan pembaca yang lain, simple dan moden, tak banyak perabot dalam rumah, hanya yang penting sahaja.
Dalam isu pengubahsuaian kediaman, kehendak dan bajet haruslah seiring. Selain itu, perancangan yang rapi juga perlu bagi memastikan proses renovasi berjalan lancar dan menepati citarasa. Walaupun setiap orang mempunyai standard berbeza-beza bergantung pada tahap kesanggupan melabur, kita semua setuju yang tiada siapa mahukan rumah mereka berantakan dan tidak cantik. Begitu juga dengan Puan Nadia dan suaminya encik Hisham yang meletakkan harapan tinggi buat kediaman teres 1 1/2 tingkat mereka di Seksyen 7, Kota Damansara ini.
Selain banyak mendapat ilham dan inspirasi dari instagram deco luar negara, Puan Nadia juga amat meminati gaya Dato’ Rizalman menghias kediaman-kediaman yang mewah tersergam indah. Dengan keluasan 24×58 kaki persegi, pemilik ini memilih untuk menerapkan konsep kontemporari yang glamour pada setiap ruang rumahnya. Rumah secondhand yang dibelinya pada tahun 2010 ini pada mulanya kelihatan sangat usang dan teruk tapi setelah membelanjakan hampir RM100k untuk kos keselurhan merenovasi, kediaman ini telah kembali bersinar dan menarik dalam masa lapan tahun.
Mari kita lihat transformasi menakjubkan yang mungkin dapat memberi inspirasi buat para pembaca. Selamat mendeko!
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa! Atas pelbagai faktor lokasi rumah juga memainkan peranan dalam menentukan harga sesebuah kediaman. Di lokasi tengah bandar rumah yang bersaiz kecil mungkin sama nilainya dengan harga rumah yang bersaiz sederhana di pinggir bandar.
Pilihan rona kontras gelap dan cerah, perletakan perabut dan susun atur kediaman yang sempurna melengkapkan keindahan konsep kediaman ini. Siapa sangka ia adalah dekorasi di rumah pangsapuri/flat yang hanya berkeluasan 753kps, namun ia nampak lebih luas dan tak sempit!
Meskipun rumah bersaiz kecil dan terhad pemilik tetap menghias cantik kediaman supaya lebih selesa untuk didiami sekeluarga mahupun tetamu yang datang bertandang. Pemilik rumah bijak membahagikan ruang dan memaksimumkan pencahayaan semulajadi di rumah.
Perkongsian ubahsuai kediaman dan dekorasi rumah flat milik Puan Nur Baizura ini boleh dijadikan inspirasi bagi yang memiliki rumah bersaiz kecil.
Jual rumah teres di Nilai, Negeri Sembilan. Tapi cuma dapat beli balik, rumah flat di Shah Alam keluasan 753kps, 3 bilik tidur, 1 bilik air.
Alhamdulillah, setahun dah berlalu sejak pindah masuk rumah ni. Pernah menyewa, berhijrah negeri orang, pindah randah, ujian anak sakit, berniaga tapi tak menjadi, suami tukar kerja dan akhirnya pulang ke tempat asal.
Dapat berteduh dan bina balik sikit-sikit untuk keselesaan anak-anak dan tetamu yang datang.
Proses Renovasi Rumah
Selepas Ubahsuai & Dekorasi Rumah
1.Pemilihan rona hijau lumut dan putih sebagai kemasan dinding dan pemasangan track light LED di ruang tamu serta ruang makan menambah seri pada ruang ini.
2. Full Height cabinet di bilik tidur dan penggunaan ‘Peg Board’ sebagai fungsi hiasan dan menggantung barangan supaya lebih kemas.
3. Ruang Dapur dengan ‘full height cabinet’ dan kemasan ‘glass door’ memaksimumkan penstoran.
4. Pemasangan ‘sliding door’ kaca sebagai pembahagi ruang dapur dan ruang tamu. Rak terbuka aluminium rona hitam nampak cukup ‘solid’ dan teratur, berfungsi menempatkan pelbagai bahan makanan kering, peralatan elektrik dan perkakas dapur.
5.Ruang ‘laundry’ dibina bertingkat dengan kemasan lantai jubin bagi ‘memisahkan’ ruang dapur.
6. Simple! Jubin rona kelabu dan putih dengan aksesori ‘shower & bidet’ rona hitam menaikkan seri bilik air.
IMPIANA: Memang cantik dah kemas hasilnya transformasi ubahsuai dan dekorasi pada rumah flat berkeluasan 753kps ini. Semoga menjadi inspirasi buat kediaman bersaiz kecil yang lain.
Kali ni, Impiana nak kongsi pula dekorasi dapur sempit puan Hani Mynis dari Sekudai, Johor. Menariknya, jika sebelum ini kebanyakkan dekor dapur sempit yang dikongsikan oleh impiana memerlukan modal yang agak tinggi, berbeza pula dengan konsep yang cuba ditampilkan oleh puan Hani.
Dengan modal lebih kurang RM 1K, Puan hani berupaya menyiapkan keseluruhan dekorasi dapurnya dalam tempoh satu malam sahaja. Makeover melibatkan bahagian dinding yang di cat dan di tampal wallpaper, lantai di tukar dengan tikar getah baru, perabot-perabot yang rosak digantikan dengan yang baru.
Tidak cerewet dengan pemilihan perabot, yang menjadi keutamaan pada puan Hani adalah fungsinya. Lebih gemar memilih perabot yang ringkas, kebanyakkannya di beli dari kedai-kedai perabot biasaa sahaja.
Dari Modal RM 1K, saya dapat membeli perabot baru (3 buah0, cat 1 tong, wallpaper kaison 3 roll). Yang lain-lain seperti rak semua repurpose dari perabot yang lama. Pasang wallpaper sangkut kat dinding dan beberapa item diy sendiri seperti jam dinding.
Selain dari drill dan angkat perabot berat ke dapur semua saya buat sendiri je (termasuk cat, pasang wallpaper) Sebab suami pulun cat ruang tamu ketika tu. Kami makeover rumah serentak di semua bahagian kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.