Paduan warna hijau dan putih selalu menjadi igaun kepada pemilik kediaman yang mempunyai anak kecil yang dalam fasa membesar, tetapi itu tidak menghalang seorang pencinta warna segar hijau daripada mendekor rumahnya dengan simple tetapi menarik.

Beliau ialah Pn Nazziatul Nahira, dia mendiami rumah jenis apartment berkeluasan 1004 kaki persegi serta mempunyai dua orang cahaya mata. Dia berpendapat bahawa tema warna putih sebegini akan membuatkan rumahnya nampak lebih luas serta warna hijau akan membuatkan dia berasa tenang serta sedap mata memandang terutamanya selepas pulang dari bekerja.

Dekor Jimat Hasil Kediaman Pilihan

Apabila ditanya tentang penjagaan dekorasi yang telah disiapkan, dia menyatakan bahawa dia akan sentiasa menyimpan lebihan cat di rumah untuk menutup semula karya seni anaknya yang sentiasa menjadikan dinding rumah sebagai kanvas seni dan pada masa yang sama segala hiasan dalam rumah ini tidak menggunakan belanja yang besar kerana mereka sudah memutuskan untuk tidak berbuat demikian berikutan anaknya yang masih lagi dalam fasa membesar.

IKLAN

“Segala susun atur dekor ini kami lakukan secara berperingkat bermula daripada dapur hinggalah ke ruang tamu kerana bekerja sepenuh masa sebagai kakitangan kerajaan”ujarnya yang turut menanam beberapa tumbuhan hijau di dalam rumah untuk memastikan tema hijau ini kekal lama serta tetamu tidak menganggap tema ini hanya hidup melalui cat, tetapi hidup disebabkan tumbuhan hijau yang segar.

SEBELUM

IKLAN

Dekor Jimat Hasil Kediaman Pilihan

IKLAN

SELEPAS

Dekor Jimat Hasil Kediaman Pilihan Dekor Jimat Hasil Kediaman Pilihan Dekor Jimat Hasil Kediaman Pilihan Dekor Jimat Hasil Kediaman Pilihan Dekor Jimat Hasil Kediaman Pilihan

Penulis berharap para pembaca tidak terkejut melihat kompilasi paparan gambar dibawah ini, kerana penulis susun daripada proses sebelum dan selepas proses dekor dijalankan.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI