Terbaca satu posting di group to Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY milik Hns Frnh. Informasi yang dikongsikan seakan kita berada di luar negara saat melihat setiap gambar dekorasi kediaman yang dikongsikan.
Rupanya, kediaman ini terletak di Putrajaya dan merupakan sebuah kuartes kerajaan. Kediaman yang menjadi syurga buat pemilik seisi keluarga telah berusia lebih kurang 3 tahun ini mengetengahkan konsep moden scandinavian. namun menariknya, kebanyakan perabot dan perhiasan yang dibeli adalah barang-barang dari kedai murah dan ada juga secara online.
Saya suka perabot berasaskan oak sebab warna dan texture timeless, design yang boleh tahan lama.
Rumah kuarters saja tapi walaupun bukan rumah sendiri, kena sentiasa sayang kediaman kita, tempat Tuhan turunkan rahmat juga perlindungan.
Kebanyakan perabot dan perhiasan dari Shopee, Lazada, Romantika, Mr Diy, Eco, Kaison & Ikea. Mix and match tak semestinya kena berhabis duit baru dapat rumah yang sedap mata memandang
Tips pemilihan barang tak semestinya untuk nampak cantik perlu keluarkan kos yang besar. Kebanyakan aplikasi online menyediakan banyak pilihan seller dengan pelbagai jenis design perabot pada harga yang mampu milik. Dari segi aksesori saya mix and match mana yang termampu saja dari Mr Diy, Kaison, Ikea, Eco Shop, Romantika. Banyak pilihan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.
Pernah tak ada perasaan “harap-harap dia tak nak tumpang tandas” ketika ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah? haa mesti takut dan segan jika tetamu lihat tandas yang kotor dengan lantai berlumut kan.
Kebersihan tandas merupakan salah satu perkara yang amat leceh untuk dikekalkan. Kalau tidak dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali, memang lain rasanya. Lebih-lebih lagi buat para ibu yang cukup sensitif dengan segala kotoran yang terdapat dalam kediaman.
Untuk mengatasi masalah mencuci lantai serta cermin berkeladak di tandas, seorang ahli kimia (FATIMAH SALIM) telah berkongsi rahsia di laman facebooknya untuk orang ramai amalkan. Jom kita lihat cara-caranya!
“Seorang rakan ‘tag’ saya pada post yang meminta cadangan cara membersihkan kaca bilik mandi yang dipenuhi noda setelah banyak petua dan cara yang dilakukan tidak berjaya. Saya tiada pengalaman membersihkan cermin kaca di bilik mandi. Yang biasa saya bersihkan ialah jubin dinding kamar mandi.
Namun disebabkan punca kotoran pada cermin adalah sama dengan dinding jubin kamar mandi iaitu sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria, maka mungkin cara saya ini boleh membantu. Cuma harus dipastikan bahan bina (material) dinding itu kaca sebenar. Kalau plastik, takut menggerutu pula sebab terhakis di permukaan.
AMARAN: Cara ini adalah untuk mereka yang berani dan cermat!
CARANYA:
Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah) dan spray pada permukaan dinding tiles atau kaca yang kotor. Lagi berkesan jika permukaan adalah kering. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman. Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat. Jika masih lagi ada bau clorox, boleh siram dengan air shower atau air paip, dan jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain. Cara ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak suka MENYENTAL. Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas. Contoh untuk mangkuk tandas, spary keliling mangkuk tandas dan tinggalkan semalaman. Jika masih lagi berbaki noda, bolehlah disental sedikit dengan berus tandas.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air. 2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata. 3) Saya gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat. Paling PENTING, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Kang mereka main ‘spray spray’ pula. 4) Elakkan melakukan cara ini dengan kerap, terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis. Ingat, ini adalah kaedah untuk menghapuskan kotoran degil!”
Grill gunting praktikal dipasang di tingkap dan sliding door, tak ganggu pandangan, pencuri pun susah nak pecah masuk. Grill gunting atau dikenali sebagai shophouse grille/collapsible grille adalah pintu besi stail 70-an vintage grill yang selalunya kita dapat lihat pengunaannya di kedai-kedai lama.
Stail ini dapat memenuhi konsep moden mid-century dan industrial dalam rekaan rumah. Kalau anda sudah bosan dengan grill rumah sedia ada atau inginkan konsep trendi seperti ini, bolehlah beralih kepada grill gunting ini.
Walaupun kadang-kadang perlu diletakkan grease atau WD40 pada ‘joint’ bagi memelihara kelancaran pintu ini namun grill ini tetap praktikal untuk kediaman. Bila pasang grill ini, tentu rumah anda automatik nampak unik dan lain dari yang lain.
LIMA sebab kenapa grill jenis ini sesuai untuk dipasang di rumah selain disukai oleh pemilik kediaman, ‘interior designer’ dan maker ialah:
🔥Pencuri susah nak pecah masuk (security)
🔥Bunyi agak kuat, jika sebarang pecah masuk boleh didengari dengan jelas.
🔥Jimat ruang, boleh di tolak ketepi.
🔥Lain dari yang lain. Sangat unik.
🔥Menepati konsep moden industri yang trendi.
Berikut antara contoh-contoh grill gunting.
Bukan sahaja sesuai dipasang di bahagian pintu dan ‘sliding door,’ grill gunting ini sesuai juga dipasang di bahagian tingkap.
Bagi pemilik kediaman, Wawa Samad wanita ini memilih grill gunting untuk tingkap dan juga ‘sliding door’ kerana grill sangat praktikal.
“Saya pilih grill kedai runcit ini (collapsible powder coated grille) sebab grill ini boleh lipat sampai habis, dia tidak kacau pemandangan tingkap dan sliding door. Ada yang komen susah pakai grille ini nanti bila berkarat nak tolak pun susah.
“Saya bukan pakar grille, cuma tahulah juga sikit tentang ‘powder coated’ ini dapat bagi tempoh yang lebih lama dari grill ini berkarat. Lagi pun say aletak grill ini di bahagian dalam rumah untuk elak terdedah daripada panas dan hujan.”
Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.
Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place.
Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!
1.SPIRAL
Mulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
2. CENTERED
Ini susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
3. OUTER ALIGN
Anda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
4. REFLECTION
Tidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
5. STAIRCASE
Sedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
6. NINE-SQUARE
Jangan pandang rendah pada susunan simple ini. Walaupun nampak mudah, susunan inilah yang dapat memberi impak lebih besar pada sesuatu ruang.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.