Dekor Minimalis Rumah Bujang Siap Bina Dalam Masa 4 Bulan

Share

Impian membina atau memiliki rumah sendiri sentiasa menjadi impian warga muda pada hari ini. Sebagai contoh seorang pereka Web, Muhammad Zaim Jemain yang menetap di Sg Kandis, Klang berjaya memiliki rumahnya sendiri dalam masa 4 bulan.

“Saya mengambil masa selama 7 tahun untuk menyimpan duit membina mahligai kecil ini”, ujarnya yang turut membelanjakan sebanyak RM5000 untuk kos dekorasi dalaman rumahnya dan kos membina kediaman ini adalah RM105,000.

Tambahnya lagi, rumah ini berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan keluasan 1000 kaki persegi, manakala untuk tema hiasan, dia memilih moden minimalis kerana masih lagi muda dan mahu rumah ini nampak ringkas dan tidak serabut. Selain itu, dia amat gembira untuk menetap di kediaman ini walaupun belum berkahwin tetapi amat bersyukur kerana impiannya untuk memiliki rumah sendiri termakbul sebelum mencecah usia 30 tahun.

Selain itu, dia juga selalu membuat rujukan di laman group dekorasi yang di facebook dengan menumpukan posting tentang tema kegemarannya.

Penulis amat menyukai susun atur perabotnya yang mencerminkan kehidupan seorang lelaki yang masih lagi single dan bekerjaya. Pada masa yang sama, dia menggunakan paduan warna kelabu, putih dan hitam sebagai tona pilihan untuk mewarnai mahligai miliknya.

Ikuti perkongsian kompilasi gambar kediamannya agar ia menjadi inspirasi buat pembaca lain.

 

 

 

Published by
Team Impiana