Dekor Rumah Kayu Lama Berkonsepkan “Modern+Fresh” Hanya Dengan Modal RM2000

Share

Entri kali ini membicarakan tentang sebuah kediaman yang luarnya nampak sendu dan lama, tetapi bila melangkah masuk, sudut pandang anda pasti akan berubah sama sekali. Rumah ini dibina menggunakan material kayu dan dalamannya dicat dengan warna green mint untuk menampakkan sisi moden walaupun hakikatnya ia adalah binaan tradisonal.

Kediaman indah milik Pn Emma Syahira ini mempunyai dua bilik tidur, 1 bilik air dan tandas. Antara tujuan beliau memilih untuk tidak menata rias kediamannya dibahagian luar adalah kerana sebagai langkah keselamatan untuk menghindari rumahnya dari dimasuki pencuri berikutan kawasannya yang terletak agak jauh dari pusat bandar.

“Pada asalnya, kediaman ini berona jingga dan pada tahun ini saya menukarkan tema warna cat kepada green mint untuk menampakkan elemen segar di samping penekanan tema tropical green,” jelas penjawat awam ini.

Beliau bersama suaminya hanya berbelanja sebanyak RM2K untuk menghias ruang tamunya buat mereka seisi keluarga. Yang menjadi keutamaan, dekorasi yang dizahirkan mempunyai class walaupun hanya dengan menggunkan aksesori murah. Terdapat juga barang perhiasayan yang dihasilkan sendiri seperti wall panel untuk TV, kusyen dan pelbagai lagi.

“Walaupun anak saya baru berumur setahun 10 bulan, saya sudah mendidiknya agar tidak membiasakan diri untuk mengusik segala barangan yang ada dirumah ini serta rumah orang lain.  Kami memilih hujung minggu sebagai waktu yang ideal untuk menyiapkan dekorasi kediaman bersama-sama memandangkan hari biasa kami sibuk berkerja”, katanya.

Published by
Team Impiana