Dekorasi apartment luas 527 kaki persegi, pemilik kediaman kongsi idea hias rumah ‘sempit.’ Saiz rumah yang semakin hari semakin kecil menyebabkan ruang di dalam rumah perlu digunakan semaksimum mungkin.
Bagaimanapun keluasan yang terhad bukanlah halangan untuk mereka yang memiliki kediaman seperti flat dan apartment untuk menghias kediaman. Perlu ada perancangan untuk menghias kediaman terutama dari segi pemilihan perabot, cat, hiasan dan sebagainya.
Kediaman yang dimiliki oleh Sharul Ejump ini hanya berkeluasan 527 kaki persegi (sqft). Ada satu bilik dan satu bilik air berasingan. Apabila ruang kediaman terhad makan pemilik kediaman perlu kreatif bermain dengan pencahayaan dan susun atur perabot yang ada.
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, langsir dipasang tinggi terus ke siling. Pencahayaan lampu tidur yang ‘warm’ membuatkan ruangan nampak santai dan cozy. Sesuai untuk bersantai-santai sambil menonton televisyen.
Bahagian dinding pula dikekalkan dengan warna putih. Warna putih memberikan efek yang lebih luas. Perletakan cermin pada bahagian dinding juga memberikan biasan ruang yang lebih luas. Ruangan yard yang sepatutnya digunakan sebagai ruangan laundry diubah sebagai ruangan dapur basah (wet kitchen).
Untuk bilik pula, cadar warna putih digunakan. Tujuannya sama, mahu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Pemilik kediaman hanya bermain dengan warna langsir dan karpet sebagai medium dekorasi untuk bilik tidur.
Walaupun rumah ini hanya dijadikan homestay namun soal dekorasi kediaman ini tidak diabaikan. Tujuannya supaya mereka yang menginap di homestay miliknya itu berasa selesa.
Sumber: Sharul Ejump
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.